Panduan Memilih Botol Susu Yang Terbaik Buat bayi Anda
Panduan Memilih Botol Susu Yang Terbaik Buat Bayi Anda | Lisa terpanggil untuk buat review untuk botol susu newborn dan botol susu bayi sebabnya ada beberapa orang sahabat Lisa bertanya;
"Ok tak ko guna botol susu Avent ni? Tommee Tippee ok tak untuk newborn?"
Bermaksud, rupanya ramai ibu-ibu di luar sedang mencari botol susu newborn dan botol susu bayi yang terbaik buat anak mereka dan pada masa yang sama ia boleh memberikan kemudahan buat ibu. Ya bukan mudah untuk mencari botol susu yang sesuai untuk anak-anak kita terutama sekali bayi yang baru lahir dan mempunyai masalah penyusuan terus dari ibu.
Lisa pernah mengalami situasi di mana kami membeli lebih 5 jenis jenama botol susu di pasaran untuk menyusukan bayi kami yang mempunyai masalah penyusuan direct breastfeeding. Dan apa yang boleh Lisa kongsikan adalah tentang 3 jenama yang Lisa pakai sekarang iaitu Avent, Tommee Tippee dan Lisa juga nak kongsikan panduan bagaimana untuk memilih botol susu yang bagus untuk bayi anda.
Di pasaran terdapat banyak jenis botol susu dijual. Pelbagai pertanyaan yang dilontarkan dikalangan para ibu. Antaranya,
Nak beli yang plastik atau kaca?
Perlu ada BPA-free label tak?
Berapa banyak botol susu diperlukan?
Jenis puting yang bagaimana bayi suka?
Pelbagai persoalan yang bermain di minda ibu-ibu yang mungkin pertama kali ingin mula memberi botol susu kepada bayi. Jangan risau, anda bukan seorang sahaja yang mempunyai persoalan dan dilema dalam memilih botol susu yang terbaik buat bayi tetapi ramai ibu-ibu mempunyai persoalan yang sama dan mencari jawapan tersebut.
Baiklah, di sini Lisa nak kongsikan panduan memilih botol susu yang terbaik buat bayi anda supaya anda boleh pilih mengikut kesesuaian untuk mereka.
Baca: Cara Mendaftar Shopee Mums Club
Mengapa perlu pilih botol susu yang terbaik dan sesuai buat bayi anda?
Untuk mengelakkan perkara buruk terhadap bayi anda seperti tersedak susu, penggunaan bahan kimia yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan bayi, serta selamat penggunaannya.
Panduan Memilih Botol Susu Yang Terbaik Buat Bayi Anda
Pilih BPA-Free
Jenis Kelajuan Aliran Susu
- Slow Flow Nipples (Newborn sehinggalah 6 bulan)
- Faster Flow Nipples (Bayi 6 bulan ke atas)
Bentuk Puting Botol Susu
Jika ditanya yang mana satu bentuk puting botol susu yang biasanya bayi suka dan selesa untuk dihisap, jawapannya setiap bayi mempunyai perbezaan keinginan dan cara hisapan. Bermakna ibu perlu mencuba satu per satu jenis bentuk puting botol susu yang sesuai dengan bayi anda.
Melalui pengalaman Lisa, anak kedua Lisa lebih selesa dengan bentuk puting botol susu jenama Tommee Tippee dan sebelum itu kami telah mencuba beberpa jenama di pasaran dan hanya jenama tersebut yang anak suka gunakan. Tetapi berlainan dengan anak yang ketiga di mana, sekali sahaja kami cuba beli botol susu jenama Avent dan di terus suka menggunakannya.
Adakah perlu Pilih Botol Susu Anti-Colic?
Tidak semua bayi boleh menggunakan botol susu biasa kerana ada sesetengah bayi mempunyai colic di mana mereka ini memerlukan botol susu Anti-colic.
Bagaimana nak tahu bayi anda perlukan Botol susu anti-colic atau tidak?
Antara simptom bayi yang mempunyai colic adalah bayi yang baru lahir sehingga umurnya 4 bulan, mereka ini akan menangis lebih 2-3 jam sehari dan keadaan mereka menangis hingga muka merah seperti menahan sakit. Segera bawa ke hospital atau klinik berhampiran untuk dapatkan nasihat doktor. Jika doktor mengesahkan bayi anda ada msalah colic maka, anda perlu membeli botol susu Anti-colic ini.
Baca: 4 Cara Berkesan Menghadapi Bayi High Demand
Saiz Botol Susu
Terdapat 2 hingga 3 saiz botol susu yang sering dijual dipasaran antaranya
- 4 ounces ( Sesuai utuk newborn sehingga 6 bulan)
- 8 ounces ( Sesuai untuk 6 bulan sehingga 9 bulan)
- 12 ounces. ( 12 bulan ke atas kebiasaannya)
Ia bergantung kepada kemampuan bayi anda menghisap berapa banyak untuk 1 sesi penyusuan. Ia hanyalah cadangan mengikut umur bayi dan saiz botol susu. Ada sesetengah ibu bapa lebih suka terus beli saiz 8 ounces walaupun bayi yang masih baru dilahirkan sehingga mereka 6 bulan. Ibu bapa ini akan buat separuh daripada botol ketika bayi bawah 6 bulan, dan mereka akan menggunakan botol yang sama apabila bayi tersebut mula menambah umurnya.
Umur bayi yang baru lahir selalunya akan minum susu sehingga 4 ounces sahaja untuk 1 sesi dan apabila umur mereka menambah kepada 3 bulan, 6 bulan dan seterusnya maka berlakuya juga pertambahan isi padu susu tersebut.
Berikut adalah 5 Jenama Terkenal Yang Biasa Ibu Bapa Di Malaysia Gunakan
Tommee Tippee
Tommee Tippee adalah jenama yang paling terkenal di kalangan para ibu bapa yang mempunyai bayi yang menyusu botol. Apabila ditanya mengapa mereka lebih sukakan jenama Tommee Tippee ini kerana bentuk puting botol susu nya lebih mesra untuk bayi menghisap dan ia didatangkan dengan pelbagai jenis warna dan saiz serta ringan untuk digunakan oleh bayi.
Jenama ini sudah mendapat tempat di hati ibu bapa sejak tahun 1960 ketika ia pertama kali dikenalkan di United Kingdom. Dan dipercayai keselamatan penggunaannya.
Tommee Tippee mengeluarkan 2 jenis botol susu iaitu
Kita tak ada baby lagi. Tapi kita baca jugak buat tambah ilmu. Thanks. Nice sharing 😊💕
ReplyDeletekuşadası
ReplyDeleteşırnak
tekirdaÄŸ
van
sakarya
XPYAYQ