4 Cara Berkesan Untuk Menghadapi Bayi High Demand


April 26, 2021

 Mempunyai bayi high demand bukanlah satu ujian tetapi ia merupakan rahmat yang ALLAH turunkan kepada ibu bapa yang terpilih sahaja di atas muka bumi ini. Pada entry post sebelum ini Lisa ada kongsikan pengalaman mempunyai bayi high demand dan cara mengenal pasti bayi anda ini adalah easy baby, high demand baby atau pun baby colic. 

Untuk entry post ini Lisa nak kongsikan dengan anda 4 Cara berkesan untuk menghadapi bayi high demand. Cara yang bakal Lisa kongsikan ini bukanlah daripada rekaan semata-mata tetapi hasil perkongsian pakar kanak-kanak serta konsultan tangisan bayi yang Lisa belajar daripada mereka sendiri. Apabila Allah kurniakan bayi high demand, Lisa mula mencari solusi untuk menghadapi bayi high demand ini kerana Lisa percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya cuma kita yang perlu mencari dan berusaha untuk menghadapinya. 




Lisa sarankan anda perlu buat 4 cara di bawah mengikut langkah demi langkah. Jika cara pertama sudah berkesan untuk anak anda maka tidak perlu diteruskan untuk cara kedua tetapi jika bayi anda masih kuat nangis maka ikut turutan hingga anda lihat bayi anda sudah kurang menangis dan mudah untuk ditidurkan.

4 Cara Berkesan Untuk Menghadapi Bayi High Demand:

Swaddle(Bedung)

Bagi 4S yang pertama adalah swaddle iaitu dalam bahasa melayunya ialah bedung. Ramai yang kata 

'Saya dah bedung tetapi kenapa anak masih menangis?'

'Saya dah bedung tetapi anak boleh buka balik bedung tu'

'Saya dah bedung tetapi anak makin menangis kuat'

Sejujurnya Lisa juga menghadapi cabaran yang sama dengan kata-kata di atas. Rupanya banyak perkara perlu diperbaiki dalam ilmu bedung bayi ini. Antaranya kita perlu faham dahulu mengapa bayi baru lahir perlu dibedung. Lahiriahnya dalam kandungan perut ibu, bayi ini seperti dipeluk dan padat kiri kanannya. Jika kategori easy baby, mereka akan mudah adapt dengan dunia luar tetapi high demand baby mereka akan rasa tidak selemat kerana kiri kanan dirasakn kosong dan mereka ini akan mudah menangis dan ingin dipeluk dan ibu bapa perlu segera comfort mereka dengan memeluk atau membedung mereka dengan kemas.

Teknik bedung serta jenis kain bedung juga mempengaruhi untuk bayi high demand ini. Perlu dibedung secara kemas dan padat(bukan terlalu ketat) tetapi cukup untuk bayi rasa lebih selamat seperti dipeluk atau di dalam perut ibu. Bagi jenis kain bedung pula, perlu memilih jenis muslin baby swaddle supaya bayi ini rasa lebih selesa dan tenang. 

Anda boleh beli di shopee, terdapat banyak seller yang menjual jenis kain seperti ini.


Klik di link ini untuk pembelian terus di Shopee


Shhhhh(White Noise)


Semasa bayi di dalam perut mereka hanya mendengar bunyi shhhhh... sebab itulah ramai pakar kanak-kanak menyarankan supaya bayi yang baru dilahirkan dan mempunyai masalah menangis yang tidak boleh berhenti, perlu dipasangkan white noise. Hal ini kerana memberi ruang kepada bayi untuk rasa lebih tenang mendengar bunyi tersebut seperti ketika mereka di dalam perut bayi. 

Namun begitu, ada sesetengah pendapat mengatakan white noise ini adalah budaya barat dan bayi perlu dipasangkan ayat-ayat alquran. Berkenaan statment ini Lisa tak berani nak buat huraian panjang tetapi menurut konsultan tangisan bayi, white noise ini bukanlah budaya barat tetapi ia adalah semulajadi atau lahiriahnya sudah Allah kurniakan bunyi tersebut sejak dari dalam perut ibu dan apabila bayi ini keluar ke dunia baru ia mengambil masa untuk adapt dan menerima bunyi sekeliling yang baginya amat baru sekali. 

Tidak salah juga memasang zikir dan ayat alquran sebenarnya. Apa yang Lisa buat untuk baby Ameer Faqeeh, Lisa selang seli kan white noise dengan zikir serta ayat-ayat al-quran. Zaman sekarang sangat mudah banyak seller jual seperti audio device yang mempunyai white noise sekali dengan ayat al-quran, contohnya seperti di bawah.



Klik di link bawah untuk pembelian terus di Shopee


Soothers(Puting)


Jika anda sudah lakukan swaddle(bedung) dan Shhhh(white noise) tetapi bayi anda masih susah nak tidur maka pergi langkah seterusnya iaitu soothers(puting). Dalam bahasa jawa bagi bayi yang sentiasa mahu menyusu dengan ibunya sahaja dipanggil sebagai mengempeng. Bagi bayi mengempeng ni, mereka kalau boleh nak sentiasa puting di dalam mulut mereka sepanjang masa. Ya, sebagai seorang ibu dan kita juga mempunyai tanggungjawab lain serta mempunyai anak yang lain untuk dilayan, bukan semata-mata melayan bayi sahaja. Sebagai langkah seterusnya puting merupakan sebagai pengganti diri ibu untuk sementara wantu sahaja sementara ibu perlu membuat kerja lain. 

Pemberian puting kepada bayi bukanlah setiap masa dan setiap saat tetapi hanya untuk beri mereka lebih lena semasa tidur. Jika mereka sudah dalam keadaan deep sleep, ibu atau bapa boleh tarik puting tersebut. Sejujurnya Lisa tidak pernah beri puting kepada anak-anak Lisa yang lain tetapi disebabkan anak ketiga ini dirasakan puting itu merupakan satu keperluannya untuk dia boleh tidur lena, maka Lisa mula beri puting tersebut.

Tetapi bukanlah sepanjang masa. hanya untuk tidur sahaja. 

Swing(Buaian)


Langkah terakhir adalah baby swing(Buaian). Anak ketiga Lisa ni, memang perlukan semua termasuklah baby swing. Apabila semuanya sudah diberi, barulah Faqeeh sudah kurang menangis. Buaian ini boleh dikatakan seperti bayi di dalam perut ibu dibuai-buai apabila ibu sedang bergerak dan berjalan. Sebab itulah kebanykan bayi yang suka menangis kuat, apabila diberikan buaian mereka akan tidur lebih lama disertakan dengan barang keperluan di atas. 

Ada yang bertanya buaian yang mana sesuai untuk bayi dan selamat digunakan. Ada kawan Lisa menyarankan buaian yang tiang besi tu tetapi ia sebenarnya tidak selamat digunakan kerana pernah mencederakan adik ipar Lisa semasa dia kecil. Ada juga yang recommend menggunakan baby swing Mamaroo tetapi Lisa rasakan harganya quite pricey kerana hanya digunakan untuk beberapa bulan sahaja. Setelah Lisa survey dan melihat review daripada ibu bapa yang lain maka Lisa pilih Baby Swing Joie Serina. Ia selamat digunakan serta mempunyai fungsi white noise sekali. 



Klik di link bawah ini untuk pembelian terud dari Shopee



Untuk menghadapi bayi high demand ini iaitu anak yang kerap menangis dan mengamuk bukanlah suatu perkara yang mudah dilalui tetapi ia memberi pengalaman yang besar untuk kami suami isteri dan ia juga banyak mengajar kami tentang kesabaran, kesyukuran serta bertolak ansur antara satu sama lain. 






No comments:

Powered by Blogger.