Pengalaman Mempunyai Bayi High Demand


April 26, 2021

 Rasanya lebih 6 bulan Lisa tidak terlalu aktif di media sosial bukan sebab Lisa tidak suka dengan media sosial atau medium yang menghubungkan antara kita dan sahabat atau saudara yang berjauhan tetapi sepanjang 6 bulan ini, Allah uji Lisa dengan kehadiran si comel Ameer Faqeeh nama diberi kerana dia dikategorikan sebagai bayi high demand. Bukanlah sesuka hati sahaja Lisa labelkan anak sebagai bayi high demand atau lebih dikenali sebagai bayi high need tetapi melalui pembacaan dan perkongsian rakan-rakan, Faqeeh boleh dikategorikan sebagai bayi high demand. 





Bayi ini mempunyai tiga kategori iaitu 

  • Easy baby( Bayi yang mudah dijaga dan seperti bayi normal)
  • High Need Baby atau High Demand Baby( Menangis yang terlalu kerap dan ciri-ciri seperti di bawah)
  • Baby Colic( Bayi yang tangisannya lebih kuat dan perlu merujuk kepada doktor bagi rawatan lanjut)

Bagi anda yang baru mendengar perkataan ini atau anda ingin tahu adakah bayi anda dalam kategori bayi high demand atau tidak, ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 

  • Bayi Ini tidak boleh ditinggalkan keseorangan. Jika diletakkan di atas katil atau di mana-mana, ia akan mudah menangis.
  • Bayi ini sangat aktif bergerak, tangan mahupun kaki.
  • Sentiasa mahu dekat dengan ibunya dan sentiasa mahu dipegang sepanjang masa. Jika tidak bayi ini akan menangis sekuat-kuatnya.
  • Kekerapan menyusu sangat tinggi.
  • Mudah terjaga dari tidur. Apabila terjaga, bayi ini akan terus menangis.
  • Bayi ini sukar menenangkan dirinya. Dan bayi ini menangis tanpa sebab.
  • Mengambil masa yang lama untuk tidur dan waktu tidurnya tidak lama seperti bayi lain. 

Mula-mula Lisa tidak rasa Faqeeh ini dalam kategori bayi high demand tetapi setelah seminggu, tangisannya berpanjangan dan kami suami isteri sangat penat untuk melayani setiap karenah tangisannya. Bukan kami complain tetapi itu adalah pengalaman yang kami lalui 6 bulan lepas. 

Apabila dapat bayi high demand ini, ia seperti seolah-olah kita ni baru menjadi ibu bapa sedangkan ini adalah anak ketiga Lisa. Hal ini disebabkan pengurusan bayi high demand bukan sperti bayi biasa. Sebagai contoh Fareeq dan Sarah, setelah menyusu badan mereka akan lena tidur di pangkuan Lisa dan kemudian Lisa akan alihkan mereka ke atas katil atau baby cot. Tetapi lain pula dengan Faqeeh, walaupun sudah menyusu sejam, dan dia akan terlelap sekejap dan bila dialihkan dia akan menangis sekuat hati. Dan Lisa perlu sentiasa pegang untuk menenangkannya. 




Dan waktu tidur Faqeeh sangat sekejap. Nak tidurkan dia ambil masa yang lama. Dia juga sangat mudah terjaga dari tidur. Boleh dikatakan waktu malam, Lisa akan bangun setiap sejam atau dua jam, kerana dia akan menangis sekuat hatinya. 

Kalau nak cerita tentang penat dan restless, rasanya tak cukup 1 entry post blog ni sebabnya ia sangat mencabar buat kami suami interi menghadapi situasi ini. Bukan setakat penat fizikal tetapi mental kita juga jadi sangat penat. Ketika ini, kebergantungan dengan ALLAH sangatlah penting dan perlukan support system dari luar juga. bab ini Lisa akan cerita di next entry post tentang bagaimana kami hadapi situasi ini dan Lisa percaya anda yang membaca entry post ini juga sedang mengalaminya dan cuba mencari jalan keluar. 

Pengalaman mempunyai bayi high demand ini sebenarnya banyak memberi hikmah kepada kami sekeluarga. Pelbagai pengajaran dan pelajaran yang kami belajar. Antaranya kami belajar tentang sabar. Walaupun ada ketikanya sabar kami semakin nipis, tapi Alhamdulillah banyak Allah tolong dalam kami menghadapinya.

Mungkin orang luar boleh kata pelbagai kepada kami dan bayi tetapi kami yang melaluinya saja yang tahu bagaimana struggle bila mempunyai bayi high demand ni. 

Untuk pengetahuan anda, bayi high demand ini bukan seperti bayi lain yang mudah adapt dengan dunia baru. Mereka baru sahaja dilahirkan dan mereka perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana dunia baru. Sebagai ibu bapa kita perlu tolong mereka untuk membiasakan diri dalam suasana dunia ini. Sebab itulah, dengan adanya cara 4S, ia sangat membantu bayi high demand ini untuk membiasakan diri di dunia ini dan mengurangkan tangisan mereka. 

Menurut Konsultan Tangisan Bayi dari Page Facebook Baby Language, bayi high demand ini akan berlaku dari mereka lahir sehingga umur 4 bulan sahaja. Kemudian mereka sudah boleh adapt dengan suasana dunia baru ini. Memang betul apa yang Puan Uswatun kata, Ameer Faqeeh bila masuk umur 5 bulan sahaja, tangisannya maskin berkurang dan dia sangat mudah untuk tidur tanpa Lisa dodoikannya. 

Bila habis menyusu dan Lisa letak sahaja di atas katil, dia boleh tidur dengan sendirinya dan waktu malam tidurnya sangat nyenyak. Bangun hanya sekali sahaja untuk minta susu. Ketika disusui, mata Faqeeh tertutup dan bila ditarik botol susu, dia boleh kembali tidur seperti biasa. 

Kepada ibu bapa yang sedang diuji dengan kehadiran si comel yang high demand, Lisa doakan semoga anda semua bersabar dan pasti ada hikmahnya. Anda juga boleh baca Bagaimana untuk menyelesaikan masalah bayi high demand ini. Semoga ia dapat membantu anda dan pasangan untuk menghadapi cabaran ini. 

No comments:

Powered by Blogger.