5 Permainan Kanak-Kanak Ini Bawah Rm10 Sesuai Dimain Ketika PdPR
Ketika PdPR di Malaysia dilaksanakan, ada ibu bapa yang berasa sugul bagaimana cara untuk menghadapi situasi tersebut dan ia lebih kepada keluarga yang mempunyai anak yang bersekolah dan pada masa yang sama ada adik-adik yang masih kecil di bawah umur 6 tahun. Ketika abang dan kakak sedang belajar secara online, ada adik-adik membuat bising atau mengacau mereka. Ini membuatkan kakak dan abang susah untuk fokus dalam pembelajaran. Da kemungkinan juga mereka ingin sertai adik-adik untuk bermain.
Begitulah situasi yang Lisa alami ketika berlakunya separuh Lockdown di Dubai ni. Sarah bermain dan mahu mengacau abangnya tetapi mujurlah Lisa sudah siapkan beberapa permainan untuk beri kelekaan kepada Sarah supaya dia tidak mengacau abangnya.
Dan Lisa juga letakkan Fareeq di bilik berasingan supaya dia mudah fokus untuk belajar. Lisa tetapkan hanya waktu rehat sahaja dibenarkan keluar dari bilik tersebut, jika tidak dia perlu duduk di dalam. Sekali sekala Lisa akan intai untuk melihat apa yang dibuat di bilik.
Sementara Sarah di ruang tamu bersama Faqeeh(bayi 7 bulan) bermain berasingan. Sebabnya permainan di bawah tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun.
Permainan di bawah juga boleh dijadikan sebagai aktiviti indoor untuk kanak-kanak dalam usia 3 hingga 6 tahun. Dengan warna permainan tersebut bewarna warni dan mempunyai keseronokan tersendiri, membuatkan kanak-kanak akan leka bermain.
Permainan Montesori ini sangat bagus untuk tangan kanak-kanak pada usia 3 hingga 6 tahun.
Dekstop Mushroom Puzzle
Permainan ini sangat sesuai unuk kanak-kanak pada usia 3 hingga 6 tahun, tetapi perlu ada pengawasan ibu bapa bagi bawah 4 tahun jika anak anda masih suka masukkan benda kecil ke dalam mulut mereka. Apa yang membuatkan Lisa suka dengan permainan ini, ia membantu kanak-kanak menjadi kreatif dan berfikir bagaimana untuk membuat sesuatu corak mengikut shapes yang diberikan. Dengan didatangkan pelbagai warna, kanak-kanak pasti sukakannya.
No comments: