7 Tips Ibu Bekerja Dari Rumah Bersama Anak Kecil Secara Efektif


 Tak sangka pada tahun 2021 ini, data menunjukkan ramai ibu-ibu mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Sama ada dalam bidang profesional mahupun bidang bukan profesional. Dan disebabkan Covid-19 ini, ada juga syarikat memberi tawaran kepada pekerja mereka untuk bekerja dari rumah kerana atas risiko kesihatan Pandemik Dunia ini. Dalam pada itu, ada ibu-ibu yang sudah mula membuat bisnes online dari rumah, memandangkan peluang perniagaan pada zaman sekarang semakin meluas. Ada yang menjadi dropship, agent dan sebagainya. 






Namun dalam keghairahan ibu-ibu ini bekerja mahupun membuat bisnes onine dari rumah, ada yang menghadapi cabaran untuk bekerja dari rumah kerana mempunyai anak kecil yang masih memerlukan perhatian ibu dan suasana di dalam rumah itu sendiri. 


Menyeimbangkan semua kerja dalam satu masa bukanlah mudah, dan ia boleh membuatkan ibu menjadi semakin buntu dan stress. Ia boleh memberi kesan emosi yang tidak stabil untuk si ibu. Jangan risau, anda bukanlah keseorangan yang mengalaminya, kerana ibu-ibu di luar sana juga sedang alaminya. Malah mungkin lebih berat tanggungjawab mereka berbanding kita. 


Sebagai ibu yang bekerja dari rumah, Lisa sangat memahami situasi ini. Lisa juga pernah mengalaminya. Dengan mempunyai 3 orang anak yang berbeza umur, berbeza karakter, berbeza keperluan dari segi fizikal mental dan emosi, Lisa juga tidak boleh lari dari merasai perasaan tersebut. 


Sehingga sampai satu tahap Lisa pernah menangis di hadapan suami dan tanpa berkata apa-apa. Sebab mungkin fizikal dan mental terlalu penat untuk ditanggung dan menghadapi cabaran harian. Kita mengadu kepada suami bukan bermaksud kita tidak ikhlas menjadi seorang ibu tetapi kita perlu ada masa untuk rehat dan recharge.


Baiklah di sini, Lisa kongsikan bagaimana Lisa hadapi cabaran ini dan akhirnya ia menjadi lebih mudah untuk diuruskan walaupun kita mempunyai anak yang ramai dan mempunyai banyak kerja dalam kerjaya kita.


Diingatkan supaya anda yang membaca tips ini lebih berlapang dada dan menjadi ibu yang praktikal dalam melakukannya. 


1. Tetapkan Masa Bekerja 

Walaupun anda adalah ibu surirumah tangga yang membuat bisnes online secara part time sahaja tetapi mulailah tetapkan masa bekerja anda. Tentukan sejam, dua jam atau lebih dari itu untuk masa anda bekerja. Bila sudah tahu berapa jam sehari yang anda perlukan untuk bekerja atau membuat bisnes online maka tetapkan masa tersebut. Ada ibu yang merasakan dirinya sangat produktif pada awal pagi, ada juga ibu yang suka bekerja pada waktu petang kerana alasannya ketika itu anak-anak sedang sibuk bermain dan tidak kurang juga ada ibu-ibu yang suka bekerja pada lewat malam setelah semua anak-anaknya nyenyak tidur. Anda lebih tahu diri anda sendiri dan tidak perlu ikut cara ibu lain bekerja. 

2. Menyediakan Tempat Bekerja Dalam Rumah( Working space)

Ada yang berpendapat tidak perlu pun menyediakan tempat bekerja dalam rumah kerana boleh buat kerja di meja dapur atau di meja makan. Mungkin betul kata-kata itu, tetapi bagi diri Lisa sendiri, Lisa lebih suka kita asingkan tempat bekerja dengan tempat kita makan kerana bagi mengelakkan distraction( gangguan) Mungkin akan ada bau makanan, anak-anak akan datang ke dapur dan mengacau anda dan ini membuatkan kita hilang fokus bekerja. 

Ruangan bekerja tidak perlu mewah atau besar, cukuplah ada meja dan kerusi yang selesa. Atau jika anda ada meja yang rendah dan anda lebih suka santai duduk di atas cushion juga boleh. Yang penting lakukan apa yang anda rasa selesa dan seronok untuk bekerja.


3. Beri Kesibukan Kepada Anak

Kenapa anak-anak suka mengganggu ibu-ibu yang sedang fokus lakukan sesuatu perkara? Kerana mereka berasa bosan. Maka waktu inilah masa terbaik buat ibu untuk memberi kesibukan kepada anak-anak. Mungkin anda boleh menyediakan ruang mainan dan menyediakan pelbagai jenis permainan untuk mereka, dan boleh juga buat 'screen time' ketika ini. Ada Parenting Tips kata Screen Time tidak bagus jika berlebihan, maka apa kata tetapkan masa screen time untuk anak anda. Sebagai contoh anda mahu fokus bekerja untuk 2 jam, maka beri anak-anak ini 1 jam screen time dan 1 jam lagi untuk bermain dengan permainan mereka. 

Di website Shopee terdapat banyak sangat barisan permainan yang menyeronokkan untuk anak-anak bermain, daripada murah hinggalah yang mahal, daripada umur seawal bayi 6 bulan sehinggalah anak yang berusia 12 tahun. Tinggal ibu-ibu nak pilih yang mana 1 untuk 'add to cart' 

Link Terus ke Shopee untuk melihat barisan permainan yang ada 

4. Sediakan Jadual Rutin harian Di Rumah

Baru-baru ini Lisa ada kongsikan di Instagram Story Lisa tentang cara membuat jadual rutin harian di rumah sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, Lisa tak sangka rupanya ramai ibu-ibu di luar sana mempunyai masalah dan cabaran yang sama iaitu untuk melakukan atau membuat jadual harian di rumah. Percayalah jika anda ada jadual rutin harian di rumah, hidup anda lebih teratur dan malah anda mempunyai banyak masa untuk diisi dengan perkara yang berfaedah. 

Lagi bagus jika Jadual rutin harian ini ditampal di dinding rumah dan semua ahli dalam rumah tersebut tahu tentang jadual tersebut. Supaya mudah untuk mengaturnya. Sebagai contoh, anda sudah menetapkan masa untuk membasuh baju/laundry adalah ketika waktu pagi dari pukul  7 hingga 8 pagi, maka anak-anak yang alin sudah prepare untuk letakkan bakul pakaian ketika waktu itu. Maka kerja anda akan jadi lebih mudah.

Boleh lihat di sini pelbagai jenis diari atau jadual yang boleh anda tulis di dalamnya termasuklah perancangan anda untuk harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Maklumkan kepada semua ahli rumah bahawa masa bekerja anda pada waktu sekian dan minta mereka jangan menggangu anda ketika itu. Jika anda ada anak kecil atau anak yang masih bawha 7 tahun, anda boleh aturkan masa nap time/quiet time mereka. 

5. Jadilah Ibu Fleksible 

Untuk mengelakkan anda menjadi ibu yang stress dan matlamat kita mahu ibu yang bekerja dari rumah ini menjadi lebih gembira dan efektif maka jadilah ibu yang fleksible. Eh tadi kata kena ada jadua harian, tak kan tak ikut? 

Ya, betul. Kita perlu ada jadual, perancangan yang rapi tetapi perlu diingatkan hari-hari kita tidaklah sempurna mana dan kita bukanlah manusia sempurna untuk mengikut jadual tersebut secara tetap. Mungkin ada hari anak kita sakit, mungkin ada hari kita pula sakit dan mungkin juga ada hari ada sesuatu perkara berlaku diluar jangkaan kita. Maka ibu-ibu janganlah stress mengenai apa yang telah dirancang.

Berlapang dada jika kita tidak mampu lakukannya. Yang penting perancangan sudah ada. Dan jika ada kelapangan kita boleh menggantikan kerja tersebut pada masa yang lain. 


6. Fahami Keutamaan 

Ada ibu-ibu yang terlepas pandang bab ini. Sepatutnya bila kita mula bergelar ibu kita sudah mula letak apa keutamaan hidup kita ini. Ada setengah orang meletakkan kerjaya sebagai no.1 dalam hidupnya, ada juga yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan. 

Baiklah, perkara ini melibatkan prinsip dalam hidup seseorang. Lisa beri contoh yang sangat mudah dan mungkin contoh ini anda juga pernah mengalaminya. 

Ketika kerja sedang banyak dan orang atas kita menekan supaya menyiapkan kesemua kerja sebelum akhir bulan dan tarikh akhir bulan tersebut adalah esok. Dan pada masa yang sama, anak anda sedang sakit dan perlu rawatan dari pihak hospital. Apa yang akan anda lakukan? Meneruskan bekerja atau meneman anak untuk dapatkan rawatan. 

Sejujurnya jika anda tanya Lisa, apa yang perlu dibuat. Lisa akan buat menemani anak adalah keutamaan kita kerana anak hanya ada kita seorang ibu sahaja dan syarikat yang kita bekerja ada ramai staff dan boleh minta kawan sekerja untuk lakukannya. Tambahan pula, jiwa anak ini kita sangat perlu jaga kerana mereka akan lihat dan belajar dari sikap kita. This is my personal opinion. 

7. Minta Pertolongan 

Jangan malu dan jangan segan untuk minta pertolongan jika anda tidak mampu lakukannya. Jika anda rasa tidak mampu untuk menjaga anak ketika masa bekerja di rumah, maka minta orang yang dipercayai atau orang yang terdekat dengan anda untuk membantu anda. Dan jika perlu hire pembantu maka lakukanlah. Jangan ada perasaan anda ini bukan supermom. WE can't become a supermom, we are ordinary mom and we just want the best for our kids. 

Kita bekerja atau membuat bisnes online juga adalah sebahagian tanggungjawab untuk memberi yang terbaik buat anak-anak. Tidak salah untuk meminta pertolongan daripada orang lain jika kita tidak mampu lakukannya. 


Ini pembantu cleaner yang Lisa ambik mengikut jam yang Lisa dah tentukan. Sebab ketika ini Lisa baru nak adapat dengan 3 orang anak dan hanya Allah sahaja yang tau betapa penatnya nak handla all three kids at one time. 

Sekian sahaja perkongsian Lisa untuk kali ini tentang 7 Tips Ibu Bekerja Dari Rumah Bersama Anak Kecil Secara Efektif. Jika anda rasa ia sangat bermanfaat buat diri anda, maka cuba lakukannya dan feel free to share this writing with your friends and others. Semoga mereka juga dapat manfaatnya. 


No comments:

Powered by Blogger.