5 Cara Jana Pendapatan Dari Rumah


March 21, 2020
Entry kali ni, lisa nak berkongsi dengan anda terutamanya wanita yang sedang dalam dilema bagaimana untuk mendapat pendapatan dari rumah. Dilema ini pasti anda terfikir apabila anda sebagai wanita keliru sama ada ingin meneruskan kerjaya untuk mendapat pendapatan dan bantu suami dan pada masa yang sama ingin juga menjaga anak di rumah. Jika anda sudah tekad untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan ingin menjana pendapatan, atau anda masih bekerja tetapi mahu menambahkan pendapatan isi rumah entry ini amat sesuai untuk anda. Kerana lisa juga mengalami situasi yang sama. Tetapi jika ditanya berapa boleh jana pendapatan dari rumah yang diperolehi, ia bergantung kepada rezeki yang ALLAH beri, yang pentingnya doa , usaha dan tawakal. Nasihat saya, berapa banyak pun pendapatan yang anda perolehi jangan sesekali dedahkan ia kepada media sosial kerana mengikut kata-kata motivator, 3 perkara yang perlu anda sembunyikan iaitu hubungan anda suami isteri, jumlah pendapatan anda perolehi dan ketiga adalah your next move. If you still expose these three things, there is no value in your journey.

Semoga perkongsian ini sangat bermanfaat kepada anda.

Dropship/Agen

Pada zaman ini, tahun 2017 banyak syarikat kesihatan,kecantikan, pakaian serta makanan tumbuh seperti cendawan. Dan kita juga boleh lihat, makin ramai wanita, pelajar dan tidak kurang juga lelaki mengambil kesempatan untuk menjadi dropship dan promosikan produk atau barangan dari syarikat pengeluar.

Apa itu dropship/agen?

Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan ringkas boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Pada zaman kini, dropship sering dilakukan secara online dan ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok serta tidak perlu keluar rumah. Jika anda mahu berniaga, konsep dropship adalah pintu masuk anda untuk berkenalan konsep perniagan sebenar. Dengan kata lain, konsep dropship adalah Teknik menjana wang tanpa modal. Tetapi untuk menjadi agen anda mungkin perlu mengeluarkan sedikit modal untuk mengambil stok dan kelebihannya berbanding dropship komisen yang diperolehi lebih tinggi.



Bagaimana untuk menjadi dropship/agen?

Anda boleh melihat syarikat atau perniagaan yang menawarkan konsep dropship ini. Anda perlu mendaftar sebagai ejen dropship supaya anda akan dibekalkan kit perniagaan seperti gambar produk serta maklumat produk untuk bertujuan promosi di laman social anda. Selalunya 3%-20% komisen akan diberikan kepada mereka yang menjadi dropship ini dan ia bergantung jumlah jualan yang dilakukan oleh anda. Jika banyak jualan yang anda lakukan maka, banyaklah keuntungan yang bakal anda perolehi.

Menjual Barangan/Servis Secara Langsung Hasil Tangan Sendiri

Bila lihat di media sosial seperti facebook dan instagram ramai yang sudah mula mempromosikan hasil barangan yang dibuat sendiri contohnya kek, kuih muih, makanan ringan, permainan kanak-kanak serta lain-lain lagi. Bagi servis pula seperti menjadi penjaga kanak-kanak, servis jaga orang pantang, servis mobile facial, servis make up dan sebagainya. Sebenarnya skill ini tidak perlu dari kecil lagi tetapi ia bermula dengan minat dan anda boleh menimba ilmu melalui online sahaja seperti di youtube dan website yang memberi ilmu berkaitan minat anda. Dari situ anda sudah boleh mulakan perniagaan dari rumah. Selain itu, anda juga boleh mengambil kursus tambahan untuk mendapat ilmu dari mereka yang sudah berpengalaman dalam bidang tersebut.



Dari segi bayaran, anda boleh lakukan survey supaya bayaran yang ditawarkan tidak menindas pesaing anda serta ia berbaloi dengan hasil kerja anda. Ramai rakan-rakan saya yang membuat perkara ini dan hasilnya juga lumayan.

Jual Kemahiran Anda Di Online

Cara yang ketiga ini berbeza sedikit dengan cara kedua di atas kerana kemahiran ini adalah 100% secara online berbanding di atas anda perlu berjumpa juga pelanggan. Kemahiran yang saya maksudkan adalah seperti anda mahir bahasa jepun atau bahasa asing maka anda boleh tawarkan kepada syarikat-syarikat yang inginkan kemahiran anda tanpa anda pperlu pergi ke pejabat. Untuk pengetahuan anda, website Fiver.com menawarkan pelbagai kemahiran atau skill yang boleh anda sertai untuk mereka yang perlukan. Antara kemahiran lain adalah, kemahiran photoshop, menjual gambar, kemahiran menjadi translator, penulis dan sebagainya lagi. Dari segi bayaran ia bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.



Penulis atau Editor

Jika anda mempunyai bakat menulis cerpen, menulis skrip drama mahupun mempunyai minat dalam bidang penulisan, anda boleh menjadi penulis secara freelance dan boleh jana pendapatan dari rumah. Kebiasaannya, menjadi penulis anda hanya perlu mendapatkan idea yang kreatif untuk diusulkan kepada penerbit buku atau penerbit production tv/filem. Dari segi bayaran yang bakal diterima bergantung kepada berapa lama anda berada dalam bidang penulisan tersebut dan berapa kreatifnya idea yang anda persembahkan dalam penulisan itu. 


Link Affiliate 

Zaman ini, siapa yang tiada media sosial sangatlah pelik tetapi tujuan apa anda mempunyai media sosial seperti instagram dan facebook. Adakah tujuannya suka-suka atau untuk menjana pendapatan?. Bagi saya, sudah alang-alang anda mempunyai media sosial apa salahnya anda menjana pendapatan melalui link affiliate. Seperti mana Involve Asia, menawarkan sistem affiliate. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu FREE Sign Up, dan anda boleh promosikan brand yang anda suka di media sosial anda. Apabila rakan-rakan anda membeli di link tersebut anda akan mendapat komisen secara tidak langsung. Klik link ini untuk mendaftar. 

Antara syarikat atau ecommerce yang sertai Involve Asia adalah Lazada, 11street, FOS, Zalora dan sebagainya. Oleh itu jangan sia-siakan peluang mudah untuk mendapatkan pendapatan sampingan dari rumah ini.



Jika info ini sangat berguna untuk anda, jangan lupakan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan supaya mereka juga boleh menjana pendapatan sampingan hanya dari rumah sahaja.

No comments:

Powered by Blogger.