6 Cara Buat Duit USD


March 25, 2020
Ada di kalangan kita sudah tahu dan biasa dengar cara buat duit usd ini tetapi ramai juga yang masih tidak tahu bagaimana nak buat duit usd secara mudah. Tapi sebelum Lisa kongsikan bagaimana nak buat duit usd ini, maaf Lisa katakan yang ini bukanlah scammer atau berbentuk penipuan tetapi cara ini Lisa sendiri dah lakukan dan dah terjebak sejak 4 hingga 5 tahun yang lepas. Seperti Lisa katakan artikel-artikel sebelum ini, Lisa ni hanyalah surirumah tangga yang sering mencari peluang menjana pendapatan dari rumah sebabnya Lisa tidak mampu untu keluar rumah dan bekerja seperti wanita yang lain disebabkan hal-hal tertentu dan ada keutamaan yang perlu diletakkan terlebih dahulu. Sebab itulah, boleh dikatakan jika Lisa ada masa terluang Lisa akan mencari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah sahaja.




Mungkin anda tertanya bagaimana nak jana pendapatan dari rumah tanpa mengeluarkan sebarang modal. Ya sebenarnya banyak sangat peluang yang kita ada untuk menjana pendapatan terutama sekali untuk topik kali ini yang Lisa bawakan tentang 5 Cara Buat Duit USD. Ia bukanlah susah dan bukanlah mudah tetapi dengan guideline yang akan diberikan insyaALLAH anda juga boleh lakukannya. Anggaplah ini sebagai ilmu tambahan dan pendapatan sampingan yang anda boleh buat di rumah pada masa lapang.

6 Cara Buat Duit USD

Etsy.com 

Terdapat lebih 6 juta barangan yang dijual dalam website ini mengikut kreativiti dan kategori yang telah disusun dalam website tersebut. Anda juga boleh menjadi salah seorang seller dalam website ini. Anda hanya perlu bayar Rm0.80-Rm0.95sen sahaja untuk mula bertapak menjual barang di sini. Jika anda sangat kreatif untuk buat kait mengait(crochet), membuat tulisan khat cantik, buat baju bayi yang comel, atau apa sahaja yang anda rasakan ia sangat kreatif maka anda sudah boleh mula bertapak di website ini. Ia dijual dalam usd dan jika ada pembeli membeli barangan anda, anda akan mendapat pendapatan usd dan pihak etsy akan masukkan duit dalam akaun paypal anda. Untuk panduan lebih lanjut anda boleh klik di link ini Etsy.com.



Artikel Berkaitan: Cara Menjaan Pendapatan Dari Rumah

Fiverr.com 

Website ini pula khas untuk anda yang ada kemahiran seperti melukis kartun, digital marketing, writing, muzik, programming dan sebagainya. Selain itu, jika anda pandai membuat design website, anda juga boleh jual service anda di website ini. Terdapat lebih 100 jenis servis yang boleh anda offer dalam website ini dan mereka yang berada di serata dunia boleh mendapatkan servis anda tanpa bertemu muka. Bayaran paling minum yang boleh anda beri kepada client adalah 5 usd dan anda juga boleh offer kepada client mengikut bayaran yang boleh anda sendiri tetapkan mengikut kemahiran dan tahap anda berada dalam website ini. Semakin ramai client berpuas hati dengan servis anda semakin tinggi bayaran yang anda boleh terima. Klik di link ini Fiverr.com.





Amazon.com

Jika di Malaysia kita sangat mengenali website Lazada sebagai website e-commerce terbesar di Malaysia dan di Asia tenggara tetapi tahukah anda di seluruh dunia Amazon.com merupakan website e-commerce yang paling terkenal. Amazon.com beri anda dua peluang untuk anda buat duit USD iaitu anda boleh jadi sebagai seorang seller dan sebagai affiliate. Kebanyakannya, mereka akan memilih menjadi affiliate amazon.com kerana prosesnya lebih mudah. Anda hanya perlu promosikan barang dalam listing amazon.com sahaja. Jika ada customer klik di link tersebut dan membuat pembelian, anda akan menerima komisen daripada setiap pembelian itu tanpa perlu anda membungkus barang dan mengepos barang tersebut kepada pembeli. Amazon Associates. 




Google Adsense/Blogger/Youtuber

Sejak kebelakangan ini, anda boleh lihat ramai orang nak jadi youtuber termasuklah artis di Malaysia dan mereka sudah mula buka channel masing-masing. Tahukah anda bayaran menjadi youtuber bukan sedikit tetapi boleh mencapai jutaan ringgit sebulan jika terdapat ramai subscriber dan view tontonan. Selain itu, anda juga boleh jadi blogger di mana sumber pendapatannya sama daripada youtuber iaitu anda perlu anda akaun google adsense. Bayaran diberikan oleh Google dalam bentuk USD. Mereka akan kreditkan akaun bank anda dan bayaran yang anda terima di dalam akaun selepas penukaran currency berlaku. Bayangkanlah jika anda mendapat pendapatan 500USD sebulan bermaksud dalam akaun anda bertambah RM2000(standard currency kali 4). Bagi surirumah seperti Lisa rasakan ia agak banyak bila berlakunya pertambahan wang dalam akaun bank kita. Boleh dikatakan pendapatan menjadi blogger dan youtube ini merupakan salah satu pendapatan pasif yang boleh dijana tanpa perlu kita bersua muka dengan pelanggan.


Swagbucks.com

Website ini antara cara paling mudah untuk anda buat duit USD iaitu hanya dengan menjawab survey, tonton video, bermain game dan sebagainya maka anda sudah boleh mengumpulkan point dan akan convert kepada duit USD. Selain itu, website ini juga offer kepada anda cash back, gift card dan sebagainya. Website ini merupakan satu website trending dikalangan mereka yang duduk rumah tetapi tidak tahu bagaimana menjana pendapatan dari rumah. Klik di link ini Swagbucks.com.



Affiliate Program International 

Di luar negara terdapat ratusan program affiliate di mana mereka menawarkan anda membuat duit USD secara mudah tanpa keluarkan sebarang modal. Anda hanya perlu promosikan sahaja product atau servis mereka tanpa perlu anda ada sebarang kemahiran. Antara program affiliate yang paling popular adalah Amazon.com, Sephora.com, Booking.com, CJ Affiliate, ShareASale dan Viglink. Anda boleh pilih affiliate program mengikut kesukaan anda sebagai contoh jika anda suka melancong, anda boleh pilih website Booking.com, Skyscanner.com sebagai program affiliate yang boleh anda promosikan. Selain itu, jika anda suka make up dan merupakan pembeli setia kepada product make up termuka dunia, anda boleh sertai Sephora.com affiliate. Sambil anda membeli product tersebut sambil itu anda boleh menjana pendapatan daripada website-website tersebut.


Ini adalah affiliate program yang Lisa sertai sejak tahun 2018 dan pada tahun 2019 baru nampak hasilnya. Website ini adalah Viglink.com.


Mengikut pengalaman Lisa dalam buat duit USD sejak tahun 2018, sebenarnya ia bukanlah mudah dan bukanlah susah tetapi jika anda konsisten melakukannya dan sabar dalam proses menguasai teknik tersebut, insyaALLAH ia akan mendatangkan hasil yang lumayan. Untuk pengetahuan anda, penghasilan duit USD ini juga dikira pendapatan pasif tanpa anda sedar kerana ada beberapa website yang Lisa sebutkan di atas pendapatan tersebut akan berjalan dengan sendirinya tanpa anda perlu kerah bekerja. Bermaksud tidak mengapa pada awalnya anda perlu fokus dan bersusah dahulu kerana beberapa ketika , anda akan sendiri rasa kepuasannya.




Semoga perkongsian ringkas ini dapat beri sedikit sebanyak idea kepada anda yang sedang buntu tidak tahu bagaimana menjana pendapatan dari rumah sedangkan di luar sana beratus website sedang menanti kemahiran anda untuk disumbangkan.




1 comment:

  1. Bole try ni. Post pic and live get paid

    https://getyippi.com/r/mizzwhatever

    ReplyDelete

Powered by Blogger.