5 Pilihan Produk Skin Care Yang Paling Digemari Tahun 2020


January 28, 2020
Wanita dan produk skin care tidak dapat dipisahkan. Secara lahiriahnya wanita memang sukakan kecantikan terutama sekali penampilan luaran. Kerana itulah perkara pertama yang orang luar akan lihat. Ya, walaupun ada yang mengatakan wanita itu cantik apabila ia menjadi dirinya sendiri tetapi kecantikan itu juga perlu dijaga dengan baik dan perlu ada 'maintenance' bagi mengekalkan kecantikan tersebut.

Untuk entry post ini, Lisa suka nak kongsi dengan anda tentang 5 pilihan produk skin care yang paling Lisa gemari dan Lisa percaya ada sebilangan anda juga suka dengan produk skin care tersebut di mana ia memberi kesan positif ke atas kulit dan penampilan kita. Produk skin care ini termasuklah penjagaan kulit muka, kulit badan serta bahagian kulit kepala kerana itu juga merupakan bahagian mahkota wanita yang berada di atas yang perlu dijaga dengan baik.



Dulu waktu Lisa umur bawah 20-an, Lisa tak pernah terfikir untuk menjaga penampilan inikan pula nak beli produk skin care yang mana perlu diamalkan secara konsisten. Waktu Lisa sekolah dahulu, Lisa hanya pakai apa yang mak bagi iaitu pencuci muka jenama clean&clear dan bedak powder  johnson. Bila pakai 2 produk ini pun Lisa dah rasa diri ni macam cantik je tanpa menghiraukan masalah kulit. Tapi sebenarnya, waktu itulah kena jaga dengan betul dan lakukan rutin penjagaan kulit supaya pada usia 30-an hingga 40-an, kulit kita akan makin nampak lebih cantik dan berseri.

Bila ditanya apa produk skin care yang paling bagus atau yang sesuai untuk kulit kita, sebenarnya ia bergantung kepada kulit masing-masing. Ada setengah kulit wanita sangat sensitif dan ada kulit sesetengah wanita tiada masalah sensitif.

Sebenarnya kulit lisa dalam kategori kulit yang tiada masalah sensitif tetapi sejak Lisa berpindah ke luar negara, dan mempunyai 2 musim(Musim panas dan musim sejuk) tiba-tiba sahaja kulit Lisa jadi agak sensitif dan mungkin juga faktor usia yang semakin meningkat. Dan hormon juga merupakan salah satu faktor menyebabkan kulit seseorang menjadi semakin sensitif.

Dari segi soal pilihan produk skin care yang terbaik, apa yang boleh Lisa kongsikan berdasarkan pengalaman Lisa sendiri adalah

Jangan takut untuk mencuba sesuatu produk(try and error)

Tapi sebelum mencuba sesuatu produk skin care pastikan ada beberapa elemen yang perlu anda lihat tentang produk tersebut termasuklah review daripada pengguna produk tersebut, adakah produk tersebut sudah berada lama dipasaran, adakah produk tersebut dhermatology tested dan free achohol dan free paraben.

Perlu menggunakan sesuatu produk tersebut lebih 3 bulan untuk pastikan ia berkesan atau tidak ke atas kulit. Jangan bawah 3 bulan anda menggunakannya dan mengatakan ia tidak sesuai dengan anda, kerana kebanyakan produk skin care di pasaran mengambil masa untuk sesuaikan dengan kulit anda.

Tiga point di atas merupakan perkara utama yang Lisa akan titik beratkan dalam memilih produk skin care yang terbaik buat Lisa sendiri.

Baiklah berikut merupakan produk skin care yang paling digemari oleh Lisa sendiri:

Mengatasi Masalah Kulit Kering

Setelah lebih 3 tahun Lisa duduk di luar negara yang mempunyai beberapa musim, masalah kulit kering merupakan masalah utama buat Lisa sendiri. Bila masuk musim sejuk, kulit akan jadi sangat kering dan bila masuk musim panas pula kulit juga akan jadi sangat kering. Pernah juga sampai kulit Lisa berdarah kerana gatal disebabkan terlampau kering. Suami Lisa sarankan pakai lotion Vaseline. Untuk pengetahuan anda lotion vaseline ini sudah lama berada di pasaran dan bukan sahaja dijual di Malaysia malah di serata dunia. Sebab itulah, Lisa dapat beli lotion Vaseline ini di Dubai. Alhamdulillah setelah beberapa hari pakai lotion Vaseline ini, kulit Lisa dan kulit anak-anak kembali moisture serta tidak lagi kering.

Kami selalu sapukan lotion Vaseline ini dua kali sehari iaitu selepas mandi. Anda dapat lihat perbezaan kulit badan setelah beberapa kali memakainya. Kulit nampak lebih segar dan tidak kering.

Boleh Klik di link ini untuk pembelian lotion Vaseline.

Membuang Kulit Mati Dan Daki Di Badan

Sejak mengandungkan Sarah Lisa alami masalah kulit gelap di bahagian pelipat, sama ada di siku, kaki mahupun leher. Ada setengah orang kata, masalah itu disebabkan hormon mengandung dan ada juga yang kata itu kesan kulit mati. Makanya Lisa cuba cari solusi untuk membuang kulit mati serta daki yang ada. Mungkin nampak negatif bila sebut daki, Lisa pun tak pasti bab itu sebab kalau daki nampak sangat macam kita ni malas nak mandi so Lisa assume sebenarnya itu adalah masalah hormon serta kulit mati ketika mengandung.

Lisa cuba beberapa jenis scrub badan di pasaran. Dan alhamdulillah yang paling berkesan untuk kulit Lisa sendiri adalah scrub dari jenama Bath and Body works. Hampir setahun lebih Lisa dah menggunakan jenama ini untuk membuang kulit mati dan membersihkan di bahagian pelipat. Hasilnya memang memuaskan. Warna kulit kembali kepada warna asal. Jika tidak di bahagian tersebut sangat gelap.

Anda juga boleh cuba untuk menggunakan scrub jenama bath and body works ini. Klik di link ini untuk lihat pelbagai jenis bau yang ditawarkan oleh bath and body works.

Produk Hair Care Terbaik Untuk Rambut Gugur 

Bagi anda yang mengalami masalah keguguran rambut pasti akan risau tentang masalah utama ini. Lisa juga pernah mengalami masalah rambut gugur yang sangat teruk dan pernah satu ketika rasa sangat give up untuk mencuba produk di pasaran bagi mengatasi masalah keguguran rambut ini. Lisa ada terbaca dalam facebook tentang viral shampoo yang boleh mengatasi masalah rambut gugur. Dan terdapat lebih 5000 orang share tentag tips mengatasi rambut gugur dengan menggunakan produk dipasaran iaitu Herbal Essences Argan Oil of Morocco.

Lisa cuba menggunakan produk tersebut dalam 3 minggu lebih dan alhamdulillah rambut semakin kurang gugur berbanding sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, di negara belah Timur Tengah mereka sangat sukakan argan oil ini disebabkan itulah segala jenis produk yang berkaitan argan oil dari Morocco mereka akan beli dan menggunakannya termasuklah shampoo, conditioner, serum dan sebagainya.

Klik di link ini untuk pembelian secara oline.

Produk Kulit Muka 

Bila bercakap tentang kulit muka ni, Lisa pasti orang perempuan mesti suka bab ni sebabnya bagi kami wanita ni ia merupakan aset utama yang perlu dijaga dan dibelai dengan baik. Jika ada satu jerawat tumbuh pun rasanya kecok satu kampung. Ha macam hiperbola pula bunyinya tapi itulah hakikatnya sebagao seorang wanita yang inginkan kulit muka yang berseri dan menawan.



Produk kulit muka yang Lisa dah pakai lebih 7 tahun ni merupakan produk kesukaan Lisa dan maish setia memakainya sehingga hari ini. Dulu memang Lisa jadi coach herbalife dan amalkan semua produk herbalife tetapi walaupun sekarang Lisa dah tak jadi coach tetapi Lisa masih sayangkan produk herbalife kerana hasil yang Lisa memang nampak terbukti bekesan terhadap kulit Lisa sendiri. Mungkin kulit Lisa bukan jenis yang terlalu sensitif tetapi dengan menggunakan produk herbalife, Lisa rasa kulit menjadi semakin licin dan memuaskan. Lagi satu, Lisa ni jenis yang setia kepada satu. Jika produk tersebut sudah sesuai dengan kulit, maka Lisa akan setia menggunakan produk tersebut.


Tambahan: Cara Dapatkan Kulit Seperti Orang Korea

Sejak kebelakangan ini ramai yang inginkan kulit seperti orang korea sebabnya mereka kata ia seperti natural beauty dan seperti glass skin. Lisa ada sahabat yang mempunyai kulit seperti orang korea dan bila ditanya apa yang dia amalkan adalah rejim rutin 10. Dan antara 10 rutin tersebut adalah mask dan sapuan aloe vera di muka supaya kulit muka sentiasa berada dalam keadaan lembap dan bukannya kering. Bagi mendapatkan kulit seperti orang korea ini, Lisa suka menggunakan produk dari Hermo sebabnya banyak pilihan dan produk dari korea dan japan dijual di website tersebut. Dah beberapa kali Lisa beli di sana dan harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi.

Ini adalah 5 pilihan produk skincare yang paling Lisa gemari, bagaimana pula dengan anda? Boleh kongsikan dengan Lisa apa produk yang paling korang suka dan kenapa korang suka dengan produk tersebut.




1 comment:

  1. Saya suka dgn Youth Shaklee. Setakat ni memang setia dengannya apa,lagi ramai yang tegur nampak lebih muda dari usia sebenar selepas konsisten menggunakanya :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.