21:18

5 Rahsia Dapatkan Me Time Buat Si Ibu

by , in
Bila sebut sahaja ibu perlukan ‘Me time’, ramai ibu-ibu sebulat suara mengatakan mereka perlukan me time. Tidak kisahlah ibu yang bekerja mahupun ibu surirumah tangga kerana masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilakukan setiap hari dan sudah menjadi rutin buat mereka.


Dulu waktu Lisa ada anak seorang, Lisa tidak pernah rasa me time itu penting mungkin masa itu Lisa agak sibuk dengan urusan kerja ke sana sini tetapi sekarang apabila Lisa sudah ada anak dua dan kini sudah menjadi ibu surirumah tangga sepenuh masa Lisa rasakan Me time tu sangat penting.

Me time sebenarnya bermaksud masa yang kita spend di luar waktu kerja atau rutin harian dan ia lebih membawa erti berehat dan tenangkan diri. Boleh juga didefinasikan sebagai  restore energy dan refresh our mood. 

Kadang-kadang sebagai seorang ibu yang perlu memikul tanggungjawab menguruskan keluarga, kerja-kerja di rumah, kerjaya serta rutin harian, membuatkan kita sangat penat dan boleh mengganggu emosi kita. 

Kesannya amat besar apabila emosi seseorang ibu itu terganggu dan terlalu penat. Ibu mungkin akan menjadi seorang yang pemarah dengan anak-anaknya, mood nya juga dalam keadaan negatif dan lebih parah lagi ibu mengalami depresi. 

Sebab itulah, Me Time ini membantu ibu-ibu untuk refresh mood dan memberi kembali tenaga untuk melakukan rutin harian. Ibu perlu ingat bahawa kita bukannya robot. Kita ada tangki emosi yang perlu dijaga dengan baik. Barulah dapat melayani anak dan suami dengan baik juga. 

Ada sesetengah orang di sekeliling kita mungkin tidak faham bahawa ibu perlukan me time dan bagi mereka me time ini adalah perkara yang bila-bila sahaja boleh dapat. Mereka tidak faham situasi kita sebagai seorang ibu yang sangat penat dengan rutin harian yang tidak pernah habis.

Di bawah ini Lisa kongsikan cara dan rahsia bagaimana si ibu boleh dapatkan me time sama ada harian, mingguan mahupun bulanan. Ibu yang perlu tahu keperluan me time buat diri sendiri. 

Fahami Maksud Me time dalam kamus hidup anda

Sebelum Lisa kongsikan bagaimana untuk dapatkan me time yang berkesan, lebih elok sekiranya fahami diri anda terlebih dahulu. Definasi me time bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Ada setengah orang mengatakan ‘Dapat pergi shopping , beli satu dua barang tanpa anak-anak di sisi’ itu adalah me time. Ada juga mengatakan dapat pergi spa merupakan me time mereka. Selain itu, ada yang mengatakan pergi bercuti dengan rakan-rakan itu adalah me time. Dan ada juga yang kata dapat baca buku di bilik yang sunyi itu adalah me time walaupun hanya 10 minit sehari. 




Setelah anda faham dan kenal pasti maksud me time buat diri anda maka anda sudah boleh merancang bagaimana untuk dapatkan me time tersebut.


Artikel Berkaitan: 15 Cara Me Time buat Si Ibu

Perancangan Kunci Utama 


Bagaimana perancangan yang baik boleh membuatkan anda dapatkan me time? Ada setengah berpendapat hanya mereka yang bekerja sahaja perlukan calendar, organizer dan diari tetapi sebenarnya sebagai seorang ibu kita juga perlukan semua itu untuk merancang jadual harian, mingguan dan bulanan. Kaitannya adalah anda dapat lihat gap of time dalam jadual anda. Dari situ, anda sudah boleh merancang bila masa yang sesuai untuk anda dapatkan 'me time'.




Disebabkan Lisa sudah terbiasa menggunakan calendar dan organizer ketika bekerja dahulu, maka Lisa memang akan merancang lebih awal untuk jadual harian, mingguan mahupun bulanan. Dengan cara tu, Lisa sudah boleh plan nak dapatkan 'me time' pada waktu bila. Bagi Lisa sendiri, maksud 'me time' adalah menulis dan membaca. Lisa memang suka membuat dua perkara ini. Ketika menulis artikel ini, Lisa sedang dapatkan 'me time' kerana masa inilah anak-anak sedang enak dibuai mimpi. Lisa akan pastikan setiap hari Lisa akan dapat sejam untuk 'me time'. Walaupun hanya sejam, ia sudah boleh membuatkan Lisa rasa kembali seronok untuk melakukan kerja rutin harian.

Aturlah Jadual

Bukan sahaja di sekolah ada jadual, di rumah juga perlu ada jadual. Sebagai seorang ibu, anda perlu tahu jadual harian anda bagaimana. Jika sebelum ini anda tiada jadual harian, maka anda perlu mulakan dari sekarang. Jadual inilah yang akan bantu anda untuk dapatkan me time.

Sebagai contoh, anda mempunyai bayi dan pada masa yang sama anda perlu uruskan anak yang sudah tahap kanak-kanak(toddlers). Sudah tentu masa anda sangat penuh, ya lah kerana perlu uruskan si adik, dan kakak abangnya juga perlu disediakan keperluan mereka dan pada masa yang sama anda perlu uruskan kerja rumah. Jika anda tiada jadual yang tetap, anda pasti menjadi orang yang sangat sibuk sehingga tiada masa untuk dapatkan me time. Aturlah jadual untuk anak-anak, supaya mereka faham dan ikut jadual masa yang ditetapkan. Ingat ya!! Anak-anak perlu ikut masa kita bukannya kita ikut masa mereka.

Ketahui Keutamaan Anda

Lisa pernah berbual dengan seorang sahabat yang mempunyai 4 orang anak pada usia kami masih muda dan Lisa lihat sahabat ini sangat tenang. Lisa tanya apa rahsia dia mempunyai mood yang positif walaupun jadual hariannya sangat padat dengan anak-anaknya yang masih kecil. Satu sahaja yang dia kongsikan dengan Lisa, dia kata sebagai seorang ibu kita perlu tahu keutamaan. Bermaksud dalam hidup ini mahupun dalam rutin harian kita perlu tahu apa keutamaan.

Sebagai contoh, keutamaan kita pada satu masa adalah berbual dan spend quality time bersama anak dan suami. Tetapi ketika itu juga pinggan mangkuk dan almari di dapur masih belum dibersihkan. Maka anda perlu tahu apa keutamaan anda ketika itu. Mungkin anda pilih quality time with your family dan kerja-kerja pembersihan di dapur boleh dilakukan kemudian.

Setiap orang mempunyai keutamaan yang berbeza. Kita perlu tetapkan apa keutamaan kita, tidak kisahlah dari segi rutin harian mahupun matlamat hidup. Bila sudah tahu keutamaan barulah kita akan mudah untuk buat sesuatu keputusan.

Berbincang dengan pasangan atau orang terdekat untuk minta bantuan

Untuk dapatkan me time , anda perlu ada sesi perbincangan dengan pasangan mahu pun orang terdekat dengan anda kerana ia melibatkan diri mereka juga. Sebagai contoh maksud me time anda adalah anda perlukan 2 hingga ke 3 jam dalam seminggu untuk pergi keluar dengan teman baik. Maka anda perlu pasangan atau orang terdekat untuk menjaga anak-anak di rumah dan anda boleh lakukan ‘me time’ tersebut. 

Pasangan dan orang yang terdekat akan memahami situasi tersebut jika anda menerangkan kepada mereka. Sebab itulah perbincangan sangat penting untuk dapatkan kata sepakat. 



Sebagai seorang ibu, anda perlu bijak merancang terutama sekali dalam jadual harian. 







17:16

15 Cara 'Me Time' Untuk Si Ibu

by , in
Menjadi seorang ibu merupakan satu anugerah terindah buat si ibu. We love being a mom. Tetapi bila seharian mendengar jeritan, tangisan anak-anak. Ditambah pula dengan kerja rumah yang tidak pernah akan habis serta perlu menguruskan keperluan anak-anak menyebabkan kadang-kadang kita akan rasa penat dan kita perlu recharge our energy. Sedangkan bateri kereta yang sering digunakan setiap hari perlu recharge inikan pula kita manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Ada setengah ibu yang inginkan 'Me Time' tetapi mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk melakukan me time tersebut. Untuk pengetahuan anda, me time ni bermaksud kita ada masa untuk rehatkan diri serta restore energy. Senang cerita me time ni membawa maksud kita keluar daripada rutin harian dan masa tersebut untuk kita betul-betul rasa rehat dan chill.

Me time yang berkesan adalah me time yang apabila anda dapat refresh mood anda. Positive mood. Positive vibes. Me time yang tidak berkesan apabila anda lihat anda masih dalam keadaan negative dan sentiasa mood yang tidak baik.

Jika di negara orang putih mereka banyak mengamalkan self-care. Dengan pelbagai tekanan pada zaman ini, self-care ini sangatlah penting. Jika ia tidak dilakukan secara konsisten ia boleh menyebabkan berlakunya depresi dan boleh membawa kepada bunuh diri.

Wahai ibu, di sini Lisa kongsikan 25 cara 'Me Time' yang boleh ibu lakukan untuk kembali positive. Mungkin ia nampak remeh tetapi dengan melakukannya secara konsisten, anda akan rasa bahagia untuk melakukannya.

1. Take a nap

Ambillah sedikit masa untuk ibu tidur sebentar. Dapat 5 hingga 10 minit pun sebenarnya sudah boleh buat kita kembali bertenaga.

2. Keluar untuk bersenam atau berjogging

Semasa Lisa travel ke Australia dan London, boleh dikatakan setiap awal pagi Lisa akan nampak ibu-ibu mat saleh ni akan bersenam dan berjogging sambil membawa anak sama ada menggunakan stroller mahupun baby carrier. Sebab itulah badan ibu mat saleh ni memang cantik kerana mereka mengamalkan hidup sihat dan disamping recharge energy mereka. Ibu-ibu boleh lakukan sedemikian. Ambillah masa setengah jam sehari untuk melakukannya atau 3 kali seminggu. Mungkin dengan cara ini membuatkan anda rasa lebih positif.

Artikel Berkaitan: 5 Rahsia Dapatkan Me Time

3. Menari Sambil Mendengar Muzik

Tidak semestinya perlu menari seperti Stacy dalam TV tu, cukuplah menari ikut irama lagu. Pasanglah lagu kegemaran ibu dan menari dengan gembiranya dalam rumah. Jika segan jiran nampak anda menari, jangan lupa tutup langsir.

4. Baca buku atau majalah kesukaan ibu

Apa hobi anda? Apa yang anda suka lakukan? Memasak? Menjahit? Baking cake? Tak kisah lah apa pun hobi atau perkara yang anda suka, anda boleh cari majalah dan buku untuk dibaca dan untuk menambah pengetahuan yang sedia ada. Dengan ilmu baru membuatkan anda rasa lebih excited untuk melakukannya dan anda akan menghasilkan mood yang positif.

5. Keluar dengan rakan perempuan

Mengapa waktu zaman universiti mahupun zaman sekolah, kita tidak rasa sunyi dan seperti seorang diri? Sebabnya kita selalu keluar dengan rakan-rakan dan berbual perkara yang menyeronokkan. Mintalah izin dari suami untuk keluar dengan rakan anda. Jika anak perlu dihantar kepada pengasuh untuk sementara, maka buatlah keran dengan cara itu membuatkan anda rasa lebih bahagia dan refresh your mood.

6. Sertai aktiviti zumba atau workout

Ada setengah orang pergi zumba atau workout program untuk kuruskan badan tetapi ada juga golongan yang ddatang ke ativiti tersebut untuk suka-suka je sebab nak refresh mood. Itu juga dikira me time. Melakukan zumba beramai-ramai sambil gelak ketawa, boleh menghasilkan hormon endorfin.

7. Pergi Membeli-belah dan Window Shopping

Lisa pernah alami rasa sunyi disebabkan rutin harian dan suami pula sibuk dengan rutin kerjanya, menyebabkan Lisa perlu Me Time bagi recharge energy. So Lisa minta izin suami untuk pergi ke shopping mall seorang untuk beli belah. Bukanlah nak beli barang sangat pun sebenarnya tetapi lebih kepada ingin masa untuk bersendirian. Anak pula Lisa minta suami jagakan. Dengan cara ini Lisa dapati mood terus jadi positif dan kembali bertenaga untuk melakukan rutin harian.

8. Pergi Spa atau Massage.

Wanita dan spa tidak dapat dipisahkan. Kerana wanita suka dibelai dan dimanja. Dengan menghadiri sesi spa dan massage membuatkan kita rasa nyaman serta itulah Me time yang kita inginkan. Menurut kajian di negara Barat, wanita yang konsisten menghadiri sesi spa dan massage lebih bahagia berbanding wanita yang tidak pernah atau sekali sekala sahaja datang ke sesi spa dan massage. Ini mnenunjukkan ,sebagai seorang wanita kita perlu pergi spa dan massage demi kebahagiaan diri sendiri.

Terdapat banyak website yang menawarkan promosi spa dan massage termasuklah Fave (MY) . Serendah Rm35 untuk sesi spa dan massage anda sudah boleh dapat. Lisa kalau nak pergi spa atau massage website ni la yang jadi kegemaran untuk tengok promosi yang ada untuk bulan tersebut.

9. Call ibu bapa, kakak atau teman baik.

Untuk kembalikan mood kita yang makin hilang dengan rutin harian yang memenatkan, kita boleh call ibu bapa,kakak atau teman baik kita. Tanya khabar mereka dan berbuallah apa-apa topik pun yang penting ia dapat membuat kita rasa lebih gembira apabila we have someone to talk and hear what we say. Mungkin dengan call mereka dapat beri kata-kata semangat kepada kita dan membuatkan kita rasa lebih positif.

10. Sertai Persatuan Wanita Mahupun Aktiviti Kemasyarakatan

Di Malaysia, terdapat banyak persatuan wanita mahupun persatuan kemasyarakatan yang boleh kita sertai. Dengan penyertaan tersebut kita dapat join aktiviti yang mereka adakan dan kita juga boleh menambah kawan baru. Kita juga dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang ilmu kekeluargaan daripada mereka yang sudah berpengalaman.

Macam Lisa sendiri, Lisa suka bergaul dengan wanita yang lebih berusia dari Lisa kerana dapat belajar ilmu kekeluargaan daripada mereka. Kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang tetapi mereka mengingatkan kita tentang perkara tersebut.

11. Lakukan Hobi Anda

Pernah tak ada orang tanya apa yang kita suka buat? Jika tiada, biar Lisa tanya kepada ibu-ibu, apakah hobi ibu atau apa perkara yang ibu suka buat? Jika anda suka menanam, maka pergilah lakukannya. Jika anda suka shopping, lakukanlah. Jika anda suka membaca buku,lakukanlah. Jika anda suka baking cake lakukanlah.

Jika melakukan hobi tersebut membuatkan anda rasa lebih bahagia dan gembira, apa salahnya. Sayangi diri anda dan sayangi hobi anda.

12. Cuba Perkara Baru

Ada wanita yang takut untuk melakukan perkara baru tetapi tahukah anda dengan melakukan perkara baru tersebut boleh membuatkan anda rasa gembira dan rasa ingin tahu untuk melakukan secara lanjutnya. Contohnya, jika anda suka sangat memasak, apa kata anda cuba perkara baru dengan suka mendekorasi rumah.

Ia akan membuatkan anda rasa ingin lebih tahu dan menambah ilmu untuk mendekorasi rumah. Lisa percaya apabila dekorasi rumah anda berlainan dari sebelum ini, sudah pasti suami dan anak-anak juga suka melihatnya. Mereka akan memuji hasil dekorasi anda dan ia akan membuat anda lebih bahagia dan gembira.

13. Tengok Wayang

Jika anda inginkan 'Me Time' , mungkin anda boleh pergi seorang tengok wayang tersebut tetapi jika anda perlukan teman, anda boleh call rakan-rakan mahupun dengan suami sendiri untuk tengok wayang. Lisa pernah lakukannya bersama suami dan anak kami tinggalkan dengan pengasuhnya walaupun hanya 2 atau 3 jam sahaja. Demi mendapatkan Me Time yang berkesan.

Apabila kita tengok wayang, kita akan rasa lebih relax dan chill. Kita tidak fikir tentang rutin harian mahupun masalah yang dihadapi. Beri masa kepada diri anda untuk rehat.

14. Hadirkan Diri Ke Kelas Agama atau Ceramah

Pegangan agama merupakan nadi dalam hidup kita. Jika ia goyah dan tidak dipegang kuat maka lemahlah seluruh tubuh kita untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya yang berlandaskan syariah islam. Sentiasalah hadir ke kelas agama atau ceramah untuk tambahkan ilmu pengetahuan agama serta dapat memberi ketenangan kepada diri keran menuntut ilmu itu wajib bagi setiap umat islam. Apabila kita dengar ceramah, insyaALLAH hati akan tenang.

15. Pergi Bercuti

Tahun lepas kecoh dalam media sosial tentang hanis zalikha bercuti dengan rakan-rakannya tanpa membawa suami dan percutian tersebut hanya dihadiri oleh teman perempuannya sahaja. Mungkin anda juga boleh melakukannya demi mendapatkan Me Time anda. Tidak perlulah sampai ke luar negara. Dapat dalam negara pun sudah cukup untuk anda dapatkan Me Time tersebut. Tetapi jika ada budget lebih apa salahnya.

Wahai Ibu, jangan lupa lakukan Me Time ini supaya Ibu dapat positive vibes dan refresh mood.  Jadilah ibu yang sentiasa ceria dan bahagia demi melahirkan anak-anak yang bahagia.


18:48

Panduan Lengkap Penyediaan Makanan Bayi 6 hingga 8 Bulan

by , in
Adakah anda seorang ibu yang sedang mencari panduan lengkap penyediaan bubur bayi 6 hingga 8 bulan?

Adakah anda masih keliru apa makanan pertama yang perlu diberi kepada bayi?

Adakah anda sedang mencari solusi bagaimana untuk mengatur jadual pemakanan bayi?

Dan adakah anda rasa excited untuk memberi makanan yang pertama buat anak?

Jika ya untuk kesemua soalan ini, anda sedang berada di entry post yang betul. Sebagai seorang ibu yang sedang mempunyai anak berusia 6 bulan, Lisa juga seperti anda sangat excited untuk beri solid food kepada anak. Lisa tengok anak Lisa yang kedua ni (Sarah) pun tak sabar nak makan solid food. Mana taknya, dia asyik gigit apa saja yang ada di depan mata dan barang yang dicapai. Oklah, kali ini, Lisa nak kongsikan dengan anda tentang panduan lengkap dalam penyediaan makanan bayi 6 hingga ke 8 bulan.



Apabila kita pergi ke klinik kesihatan, doktor mahupun nurse akan menyarankan untuk perkenalkan solid food kepada bayi setelah umur mereka mencecah 6 bulan. Kerana pada masa ini, perut anak sudah bersedia untuk menerima makanan berbentuk sedikit pepejal. Sebagai permulaan, anda perlu perkenalkan makanan kepada bayi dalam kuantiti yang sedikit. Selepas anda mendapati anak anda dapat menerimanya, anda boleh tambahkan kuantiti makanan tersebut secara beransur-ansur mengikut tahap umurnya.

Berikut adalah 10 Soalan Yang Sering Ditanyakan Oleh Si Ibu Berkenaan penyediaan makanan bayi umur 6 hingga 8 bulan.

Apakah makanan pertama yang perlu diperkenalkan untuk bayi yang baru mencecah 6 bulan?

Jika dilihat dalam buku rekod kesihatan anak yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan, mereka menyarankan untuk perkenalkan anak dengan makanan ruji kita iaitu nasi, sayur dan sumber protin. Namun begitu, janganlah berikan ia secara serentak. Kenalkan dahulu anak dengan bubur nasi yang cair, puri sayur, puri buah terlebih dahulu.



Tekstur Puri atau Bubur Yang Bagaimana Sesuai Untuk bayi 6 bulan?

Jika bayi 6 hingga 8 bulan, tekstur yang sesuai adalah sedikit pekat. Seeloknya dilecek atau diblend supaya anak mula belajar untuk menelan makanan dan mengunyah sedikit demi sedikit.

Berapa Kali perlu beri makan untuk bayi?

Bagi makanan utama, sebanyak sekali atau 2 kali sehari. Bagi snacking pula sekali atau dua kali sehari. Untuk permulaan, anda boleh beri anak makanan sekali atau 2 kali dahulu. Kemudian, boleh tambah snacking. Lakukan berperingkat.

Artikel Berkaitan: Cara Cepat Masak Bubur Nasi Bayi 

Berapa banyak nak beri anak makan?

Mulakan dengan 1 hingga 2 sudu teh dahulu. Kemudian, jika nampak keinginan anak untuk makan makin bertambah maka, naikkan jumlah sudu tersebut.

Bagaimana nak tahu jika makanan tersebut sesuai atau tidak dengan anak?

Lakukan 4DR(4 Days Rule) iaitu berikan makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut. Sebagai contoh 4 hari pertama hanya beri anak bubur kosong sahaja, kemudian 4 hari berikutnya kenalkan anak dengan puri carrot dan seterusnya. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti makanan apa yang menyebabkan anak alergik atau sembelit. Supaya kita boleh elakkan makanan tersebut daripada memberi kepada bayi. Jika anak lepas dengan 4 days rule ini, anda boleh cuba contohnya bubur nasi campur dengan kurma, kemudian boleh ditambah lagi dengan puri yang lain.

Bagaimana nak tahu jika anak mengalami sembelit atau tidak?

Nak tahu anak mengalami sembelit atau tidak, anda boleh lihat apabila dia meneran yang bersungguh, najisnya berketul dan berdarah. Jika ianya berlaku, anda boleh berikan kepada anak 4P(Prune, papaya, peach and plums). Boleh juga buah naga dan pear.

Bagaimana nak selangkan waktu makan dan sesi menyusu?

Kebiasaannya, selangkan waktu makan dengan waktu menyusu sejam atau setengah jam supaya anak tidak muak dan ia boleh menyebabkan muntah.

Anak makan sikit sahaja. Bagaimana nak beri anak makan berselera?

Ya, pada usia 6 bulan ke atas anak perlu makan makanan yang cukup untuk bantunya bertenaga untuk merangkak dan melakukan aktiviti perkembangan fizikal dan mental. Jika anak kurang makan untuk 1 sesi tersebut, anda boleh tukar strategi dengan berikan makanan secara kerap. Instead of 2 times a day, then anda boleh ubah kepada 3 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Boleh beri anak nestum atau makanan segera bayi?

Terpulang kepada anda. Tetapi lebih baik kenalkan anak anda dengan makanan asli dan tiada tambahan gula atau garam. Latih anak untuk sukakan real food supaya mengelakkan mereka menjadi picky eater.

Ada Contoh Jadual Lengkap untuk bayi 6 hingga 8 bulan?

Ada. Contohnya seperti di bawah. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian anak anda. Ini hanyalah cadangan dan idea jadual pemakanan bayi untuk 6 hingga 8 bulan.










 Sumber gambar dari Group Facebook Happy Baby Foods Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan ingin menyertai 150 000 ibu Malaysia yang menbincangkan tentang pemakanan bayi, anda boleh sertai group facebook Happy Baby Foods Malaysia. Terdapat mereka yang berpengalaman serta pakar dalam bidang laktasi dan pemakanan bayi sehingga kanak-kanak ada di dalam group tersebut. 

Semoga entry post ini bermanfaat kepada anda dan dapat memberi gambaran serta panduan lengkap penyediaan makanan bayi 6 hingga 8 bulan. Anda juga boleh rujuk kepada doktor serta pakar pemakanan kanak-kanak di hospital.