Senarai Barang Baby Yang Perlu Dibeli PDF


July 05, 2021

 Walaupun kelahiran yang kali ini adalah kali kedua atau ketiga mahupun keempat dan lebih, kadang-kadang si ibu kurang mengingati senarai barang baby yang perlu dibeli, ini kan pula bagi ibu-ibu yang pertama kalinya memegang title ibu. Sudah tentu perlu bersedia lebih awal untuk membeli barang-barang keperluan baby, takut-takut ada barang yang penting tertinggal pula. Macam Lisa sendiri ketika kelahiran anak kedua, Lisa seolah-olah menyambut seperti kelahiran anak pertama kerana perbezaan tahun yang agak jauh di antara Fareeq dan Sarah. Banyak barang-barang yang Lisa dah jual dan beri kepada saudara terdekat apabila Lisa mengalami keguguran yang kedua dan Lisa ingat sudah tiada rezeki untuk dapatkan anak seterusnya. Sebab itulah bila Lisa mengandungkan Sarah ketika third trimester, mula kelam kabut nak beli barang baby sebab tak dapat nak digunakan barang-barang baby daripada Fareeq waktu baby. 




Oleh kerana itu, Lisa rasakan senarai barang baby yang perlu dibeli ini sangat penting buat semua ibu-ibu yang sedang mengandung dan menunggu hari untuk bersalin. Lisa percaya jika kita tidak menyenaraikannya, mungkin akan ada barang keperluan yang tertinggal untuk dibeli. Dan jika anda sudah ada barang keperluan tersebut maka anda hanya tick sahaja di ruangan kotak kecil di sebelah item di bawah. Ini bagi memudahkan ibu-ibu untuk melihat secara lebih terperinci. 


Selain itu, ada ibu-ibu yang agak keliru mana barang keperluan bayi yang perlu dibeli terlebih dahulu dan mana barang baby yang sebenarnya bukanlah penting keperluannya. Sebagai contoh, buaian. Ramai yang kata buaian adalah baby gear yang perlu dibeli sebelum bayi lahir. Tapi hakikatnya ia bergantung kepada bayi tersebut setelah lahir dan jika ada keperluan untuk beli barulah ibu bapa dinasihatkan untuk memilikinya. Mengikut pengalaman Lisa, buaian bukanlah baby gear yang penting. Kerana 2 orang anak Lisa langsung tidak sentuh buaian. Dan ketika itu Lisa beli dan ia sudah berlakunya pembaziran. 


Lisa belajar dari kesilapan. Bila anak ketiga lahir dan Lisa nampak, buaian adalah satu keperluan kerana anak ketiga Lisa adalah dalam kategori baby high demand, boleh baca di artikel ini di mana Lisa kongsikan pengalaman mempunyai baby seperti ini dan bagaimana untuk menanganinya. 


Dalam Senarai Barang Baby PDF ini, Lisa dah masukkan item-item tersebut berdasarkan kategorinya, supaya ibu-ibu mudah membeli barang pada kategori yang sama dan tidak akan tertinggal barang yang penting. 




Antara contohnya adalah Kategori Clothing/Pakaian. Dalam kategori ini, Lisa masukkan kesemua keperluan pakaian baby seperti baju tidur, baju siang, penutup kepala, sarung tangan dan sarung kaki.  Dan jika anda mahu tambah seperti barut baby, anda boleh tulis di bawah kategori tersebut dan boleh print out untuk mudahkan urusan ibu-ibu sekalian. 


Terdaat 5 kategori utama dalam membeli barang baby iaitu

  • Pakaian
  • Pemakanan/Penyusuan
  • Keperluan pampers
  • Keperluan kebersihan dan mandian
  • Peralatan atau Perabot buat bayi 

Sekian , itu sahaja perkongsian Lisa berkenaan Senarai barang baby yang perlu dibeli pdf. Anda boleh klik download dan selepas anda download, anda boleh klik di setiap item di atas untuk pembelian terus di Shopee iaitu ecommerce kegemaran rakyat Malaysia. 

22 comments:

  1. Barang-barang ni tak,salah kalau nak sediakan awal-awal .

    ReplyDelete
  2. saya pun sedang beli beberapa barang untuk memudahkan keperluan https://tiddleryou.com/

    ReplyDelete
  3. Needed a water heater replacement urgently. Called them in the morning, and by the afternoon, the new heater was installed. Impressive speed and professionalism.

    ReplyDelete
  4. kerala lottery jackpot result has brought forth jubilation and awe as luck smiled upon a fortunate individual holding the winning ticket with the number

    ReplyDelete
  5. Incorporating cer-100 hair into one's hair care routine could be the key to achieving healthier, more resilient hair, showcasing the product's potential to set new standards in hair treatment and maintenance.

    ReplyDelete
  6. Savour the artistry of our finely tailored apparel, which combines modern and traditional elements. Discover gorgeous designs that perfectly capture the spirit of Ramadan during this special khaadi ramadan sale, ranging from classy kurta sets to delicately embroidered gowns. Enhance your look by incorporating Khaadi's distinctive fusion of modern and traditional styles.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.