8 Rahsia Kurus dan Sihat Dengan Buah Lemon


November 11, 2016
Sekarang ni dah menular trend orang buat air detox menggunakan buah lemon. Zaman dulu, kebanyakannya orang menggunakan limau kasturi atau limau nipis untuk menyingkirkan lemak di badan. Tapi zaman sekarang, mungkin sudah terikut-ikut dengan diet budaya barat iaitu menggunakan lemon sebagai salah satu cara untuk menyingkirkan lemak. Tidak salah mengikut cara mereka jika ia memberi kebaikan kepada badan.

Buah Lemon mempunyai sifat alkali dengan berfungsi sebagai membuang asid berlebihan dalam badan. Selain itu, ia mempunyai 8 kebaikan dari segi membantu penurunan berat badan serta kesihatan:




8 RAHSIA KURUS DAN SIHAT DENGAN BUAH LEMON

Membantu Turun Berat Badan

Dengan minum air buah lemon dapat membantu proses penurunan berat badan lebih cepat. Hal ini kerana, buah lemon dapat meningkatkan metabolisme badan serta membantu badan membakar lemak lebih berkesan.

Anda juga mungkin meminati: Program Turun Berat Badan 30 Hari

Tingkatkan Hidrasi Dalam Badan 

Jika anda yang sukar minum air maka badan anda mudah dehydrate maka dengan anda minum air buah lemon membantu anda untuk mengelakkan dehidrasi. Kerapkan minum buah air lemon dan air kosong juga.

Mencantikkan Kulit

Ada yang pergi cucuk vitamin C semata-mata ingin cantikkan kulit. Apa kata anda mulakan rutin harian anda dengan cara gaya hidup sihat iaitu amalkan buah lemon ini kerana ia tinggi Vitamin C dan membantu mencantikkan kulit anda serta mengaktifkan kolagen dalam badan anda. Supaya nampak lebih awet muda.

Menyingkirkan Toksin Dalam Badan

Asid sitrik yang mengandungi dalam buah lemon membantu anda untuk menyingkirkan toksin dari badan. Tapi mengapa perlu singkirkan toksin? Kerana disebabkan toksin dalam badan anda yang tidak dikeluarkan akan menyebabkan badan anda mudah letih dan akan ada kesan negatif kepada badan.

Membantu Melancarkan Sistem Pencernaan dan Penghadaman

Adakah anda sukar membuang air besar? Jika ya, anda wajib amalkan air buah lemon ini kerana ia membantu melancarkan sistem pencernaan serta penghadaman. Amalkan minum buah lemon ini diwaktu pagi dan jadikan ini sebagai rutin harian anda.

Meningkatkan Sistem keimunan Badan

Jika anda mudah mendapat sakit seperti demam atau selsema, bermaksud keimunan sistem badan anda rendah maka amalkan air minuman buah lemon ini supya ia membantu meningkatkan sistem keimunan badan anda.


Merawat Sakit Tekak

Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

Kurangkan Bau Badan

Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.


Untuk anda yang tiada masa untuk membeli buah lemon di pasar dan rasa sukar untuk menyediakan, Teh Herbalife juga mempunyai bahan yang mengandungi buah lemon serta tambahan dengan bunga raya. Ia mudah disediakan dan mudah di bawa kemana-mana sahaja walaupun anda sedang travel tetapi anda masih boleh turun berat badan dengan teh herbalife.

Kebaikan Teh Herbalife adalah:



Anti-Oksida
Bantu Bakar Lemak
Cleansing(Cuci Badan)
Detoksifikasi
Memberi tenaga.



Anda juga mungkin meminati: Turun Berat Badan secara berkesan

Anda serius untuk Turun Berat Badan? Hubungi saya Coach Lisa untuk mendapatkan Coaching serta Monitoring dalam Program Kurus Cara Mudah 30 Hari.

Coach Lisa 0129232202

No comments:

Powered by Blogger.