Program Kurus Herbalife yang Berkesan


November 08, 2016


Semalam Lisa ada handle kelas fitness khas untuk ibu-ibu yang nak turun berat badan. Dan ada seorang mommy Tanya Lisa, untuk turun berat badan wajib tak berpeluh. Sebab waktu first class, mommy Intan tak berpeluh langsung tapi semalam adalah kelas ke tujuh bersama Lisa, mommy Intan sangat banyak peluh dan rasa badan makin sihat.



Bila soalan ini diajukan kepada Lisa, tiba-tiba teringat kisah 5 tahun yang lepas. Lisa pun alami siatuasi yang sama di mana Lisa menyertai Program ASKAR WATANIAH selama 3 tahun. Tujuan Lisa sertai program tersebut sebenarnya Lisa nak kurus tapi berlaku sebaliknya.


Latihan untuk menjadi askar agak berat. Jumping jack 100 hingga 300 kiraan sudah biasa bagi kami. Tapi Lisa tak pernah kenal erti nikmat peluh. Sepanjang 3 tahun Lisa sertai program tersebut, Lisa tak kurus-kurus pun. Kawan-kawan lain semua dah peluh lencun dah, tapi Lisa masih tak berpeluh langsung. Sampaikan ada kwan-kawan kata Lisa curi tulang maksudnya tak buat pun latihan yang diberi oleh jurulatih.



Tapi sebenarnya, Lisa buat Cuma peluh memang langsung tak keluar. Maksudnya proses nak turun berat badan sangat susah bagi Lisa.


Tapi setelah Lisa tahu cara yang betul bagaimana proses berpeluh itu berlaku. Alhamdulillah, barulah Lisa dapat turun berat badan secara konsisten dan sihat.


Nak tahu bagaimana kita boleh berpeluh walaupun anda sebelum ini tergolong dengan kumpulan yang susah berpeluh?


Sebenarnya, kita perlu minum air yang cukup supaya kitaran air dalam badan kita lebih baik. Sebab tu, team coaching Lisa amat tekankan tentang minum air yang cukup. Kemudian lakukan senaman secara konsisten dan bukan kadang-kadang buat dan kadang-kadang tidak buat. Sekurang-kurangnya lakukan senaman 2 atau 3 kali seminggu.

Dan Lisa semakin nampak kesan turun berat badan apabila dibantu dengan program kurus Herbalife. Sebelum Lisa jadi coach herbalife, Lisa juga bermula sebagai pengguna produk herbalife. Lisa sangat suka minum teh herbalife kerana ia membantu bakar lemak dan jika buat teh herbalife suam-suam, memang Lisa dapat berpeluh dengan banyak sampai lencun.

Sebab itu, sebelum dan selepas senaman Lisa akan ambil teh herbalife sebagai minuman wajib. Teh herbalife bukan seperti teh di pasaran kerana ia mempunyai banyak khasiat dan kesan positif apabila kita ambil secara konsisten.

Anda juga mungkin meminati: Program Kurus Cara Mudah 30 Hari


Jika anda berpeluh, barulah toksin dan lemak badan anda keluar dari badan. Tapi anda perlu ingat, bahawa NAK TURUN BERAT BADAN adalah 80% pemakanan dan 20% senaman.




Tahun pertama masuk ASKAR WATANIAH. Masa ini penuh harapan nak kurus.

Semasa masuk WATANIAH, inilah kerja Lisa. Sering tidur dan tidak bertenaga.


Selepas WATANIAH, masih gemuk lagi. Berat tidak turun-turun.


Alhamdulillah setelah diperkenalkan Program Kurus Herbalife, kini Lisa mempunyai seorang anak tetapi mampu dapat berat ideal dan sudah turun 20kg. 





No comments:

Powered by Blogger.