10 Tips Kurus Selepas Bersalin


June 14, 2021

 Alhamdulillah Lisa rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan 3 cahaya mata yang sihat dan aktif. Setiap anak mempunyai pengalaman yang berbeza ketika Lisa mengandung, bersalin dan menyusukan mereka. Bagi Lisa itu adalah pengalaman hidup yang sangat berharga dan hadiah terbesar dalm diri ini sebagai seorang manusia yang bergelar ibu. Untuk pengetahuan anda, Lisa nak beritahu bahawa setiap kali mengandung Lisa pasti akan naik berat badan secara mendadak. Bukan tak nak jaga makan ketika mengandung tetapi nafsu makan ni sangat susah dikawal dan tambahan pula anak kedua Lisa, ketika mengandungkannya Lisa mempunyai alahan yang teruk ketika 3 bulan pertama. Masuk sahaja bulan keempat terus seperti balas dendam terhadap diri sendiri iaitu makan apa sahaja di depan mata. 


Tambahan pula ketika itu rumah mak ayah Lisa sangat dekat dengan restoran yang sedap-sedap dan siap ada buat penghantaran secara percuma jika membeli secara dalam talian. Begitu mudah sekali zaman sekarang ni untuk naik berat badan. Semuanya di hujung jari sahaja. Lisa rasa bersyukur apabila setiap kali lepas bersalin, kesedaran untuk turun berat badan memang agak tinggi. Semasa bersalinkan anak pertama, Lisa turun berat sebanyak 10kg, anak kedua Lisa turun berat sebanyak hampir 15kg dan untuk anak yang ketiga ini Lisa sudah dapat turunkan berat sebanyak 20kg. 


Herbalife Malaysia



Jika anda tanya Lisa, mudahkah untuk turun berat badan selepas bersalin? Jawapannya, mudah jika anda tahu cara yang betul, anda berani meletakkan usaha untuk turun berat badan dan anda mempunyai matlamat yang kuat mengapa perlu turun berat badan selepas bersalin. 


Baiklah, Lisa kongsikan dengan anda 10 Tips Kurus Selepas Bersalin berdasarkan pengalaman Lisa sendiri. Jika Lisa boleh lakukan, anda pasti lebih boleh melakukannya.

10 Tips Kurus Selepas Bersalin.


1. Minum Air Yang Cukup

Ada pendapat orang lama mengatakan ketika pantang jangan minum air banyak. Tak elok untuk kesihatan badan ketika selepas bersalin. Tetapi menurut pakar pemakanan dan sakit puan, lebih menggalakkan ibu-ibu yang selepas bersalin perlu minum air secukupnya di mana sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kerana ia membantu proses pencernaan dalam badan si ibu. Pernah tak anda dengar selalunya ibu selepas bersalin menghadapi masalah sembelit yang teruk sehinggakan terpaksa mengambil ubat untuk membantu penghadaman ini. 

Hal ini kerana salah satu puncanya kerana ibu yang selepas bersalin takut untuk minum air yang banyak dek mengikut kata-kata orang tua. Tak salah nak ikut cara berpantang orang tua kita tetapi ada beberapa perkara yang perlu dibetulkan supaya ia tidak melibatkan masalah kesihatan di kalangan ibu yang selepas bersalin ini. 

Diingatkan kepada ibu selepas bersalin perlu minum air kosong ye bukannya air yang mempunyai kandungan gula seperti sirap, teh ais, teh tarik mahupun air juss yang ditambahkan kandungan gula.

2. Makan Makanan Pantang yang Berkhasiat

Sebenarnya makanan pantang sangat berkhasiat sebab itulah jika anda betul-betul ikut makanan pantang tradisional orang melayu mahupun orang jawa, anda boleh turun berat badan dengan sangat cepat. Semasa Lisa berpantang anak pertama di rumah ibu mertua, dalam masa 2 bulan lebih Lisa dapat kembali berat ideal dan ketika itu ibu mertua Lisa sangat tegas dalam menyediakan makanan pantang.

Ciri-ciri makanan berpantang mengikut tradisional orang melayu;
  • Masak sayur atau lauk tidak boleh menggunakan minyak.
  • Lauk hanya boleh dimasak dengan cara bakar atau steam sahaja.
  • Kandungan sayur perlu lebih banyak.
  • Kandungan nasi sederhana sahaja.
  • Banyakkan makanan protin seperti ikan, tempe, tahu dan ayam.
  • Perlu ada buah-buahan untuk bantu pengahadaman.
Tanpa kita sedari makanan pantang seperti di atas adalah berkhasiat dan baik untuk badan terutama sekali bagi anda yang ingin turun berat badan secara sihat selepas bersalin. Namun begitu, kesilapan ramai ibu yang selepas bersalin, ketika tempoh berpantang mereka sangat menjaga pemakanan mereka namun setelah tamat tempoh berpantang mereka mula mengambil makanan yang boleh menyebabkan naik berat seperti fast food, process food dan sebagainya. Dengan alasan merek sudah habis tempoh berpantang. Tapi sebenarnya, amalan tersebut sangat elok diteruskan dan cuba jadikannya sebagai cara hidup sepanjang masa, bukannya hanya tempoh tertentu sahaja. 

3. Susukan Bayi Secara Konsisten

Melalui pengalaman Lisa sendiri, semasa anak pertama dan anak kedua Lisa susukan mereka sehingga 2 tahun dan Lisa lihat sangat mudah untuk kurus selepas bersalin. Kerana kalori menyusukan anak seperti kalori dibakar ketika anda bersenam dan berjogging. Lain pula ceritanya dengan anak ketiga Lisa di mana, Lisa hanya menyusukan dia untuk beberapa minggu sahaja kemudian perlahan-lahan dia mula dan lebih suka minum susu botol berbanding susu badan. 

Ketika itu, Lisa perasan berat badan agak sukar untuk turun dan bila dah masuk 3 orang anak, Lisa semakin sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Disebabkan itu, baru Lisa faham mengapa ibu yang menyusukan anak mudah untuk kurus berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi mereka. 


4. Bersenam mengikut kesesuaian badan

Doktor yang merawat Lisa dari awal mengandungkan anak ketiga sehinggalah Lisa bersalinkannya, doktor ini sangat banyak memberi nasihat dari segi kesihatan badan terutama sekali ketika hamil, bersalin dan menyusukan bayi. Doktor Asma pesan jangan lakukan senaman selepas bersalin sehingga bulan ketiga. Selepas itu barulah dinasihatkan untuk lakukan senaman yang ringan terlebih dahulu kemudian barulah senaman yang lebih berat. 

Bagi anda yang ingin bersenam selepas bersalin, pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu dan sebenarnya apabila anda melakukan kerja di rumah, ia juga merupakan satu aktiviti senaman yang membantu sedikit sebanyak dalam proses penurunan berat badan.


5. Rehat Yang cukup

Untuk mendapatkan rehat yang cukup selepas bersalin merupakan perkara yang agak mustahil kerana ketika itu ada bayi yang sukar untuk tidur dan menangis setiap masa, ada juga yang ibu yang mempunyai bayi yang sangat mudah dijaga tetapi cabaran lain pula datang dengan mempunyai anak-anak yang lain yang perlu diruskan keperluan mereka. Walaupun untuk mendapatkan rehat yang cukup adalah cabaran besar buat ibu selepas bersalin, tetapi cubalah mencari orang terdekat untuk membantu anda dalam menguruskan urusan rumah suapay anda ada masa untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Rehat yang cukup membantu proses penurunan berat badan lebih konsisten. Seolah-olah anda recharge diri untuk menjadi lebih bertenaga dan mood kita menjadi lebih positif.

6. Sarapan Pagi yang Sihat

Nak turun berat badan selepas bersalin jangan sesekali skip sarapan pagi atau anda mengambil sarapan pagi tetapi yang tidak sihat dan mempunyai banyak kandungan lemak dan berlebihan karbohidrat. Mengapa sarapan pagi sangat penting untuk badan? Kerana sarapan pagi yang sihat dapat membantu badan kita bekerja lebih baik sepanjang hari. Sarapan yang sihat tidak menyebakan anda berasa mengantuk selepas 2 jam mengambil sarapan tersebut. 


7. Makan 5 Kali Sehari

Ramai yang mula ikut trend zaman sekarang iaitu melakukan diet Intermitten Fasting di mana anda dibenarkan untuk mkan hanya ketika beberapa waktu sahaja dan kemudian anda tidak dibenarkan untuk makan kecuali hanyaminum air kosong atau teh kosong sahaja. Ya betul, dengan diet IF ini anda boleh turun berat badan kerana berlakunya kalori defisit. 

8. Jangan Stress

Selalunya ibu yang lepas bersalin mengalami stress kerana sedang berusaha untuk adapt dengan kehadiran si kecil. Bukan bermaksud kita tidak suka dengan si comel ini tetapi perubahan keadaan diri, masa , environment dan sebagainya membuatkan kita perlahan-lahan untuk memahami dan cuba untuk serasikan diri ini. Jika ibu rasa stress maka minta bantuan dan sokongan daripada orang terdekat supaya stress yang dialami dapat dikurangkan. Hal ini kerana, stress juga boleh menyebabkan ibu sukar untuk turun berat badan selepas bersalin. 


9. Urutan Tradisional

Nenek moyang kita sangat tekankan urutan tradisional selepas bersalin ini. Kata mereka ia juga boleh membantu ibu untuk kembali mendapat berat badan ideal. Tapi sejauh mana kebenaran itu, Lisa tak pasti tetapi Lisa sendiri memang mengamalkan urutan tradisional ini selepas bersalinkan ketiga-tiga anak Lisa. 

Jika ditanya kepada ahli fisiologi, urutan sebenarnya membantu aliran darah menjadi lebih baik dan lancar di samping dapat memberi ketenangan selepas diurut. Tak salah untuk amalkan amalan nenek moyang kita di mana ia mungkin sedikit sebanyak membantu dalam proses penurunan berat badan walaupun ia agak subjektif sebenarnya. 


10. Amalkan kesemuanya secara konsisten

Anda sudah bacakan 9 tips di atas untuk kurus selepas bersalin. Jika ya, maka teruskan tips dan amalan di atas secara konsisten. Jangan letakkan amalan hidup sihat ini untuk waktu seketika sahaja atau tempoh tertentu tetapi perlu diamalkan sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini. Kerana dengan mengamalkan amalan sihat ini, kita dapat maintain berat badan dan kesihatan juga lebih terjaga.

Tambahan pula, umur kita makin meningkat dan masa sekarang adalah masa terbaik untuk kita lakukannya. Jangan tunggu bila sakit atau sesuatu perkara yang tidak baik berlaku kepada kesihatan kita, kemudian barulah kita mahu berubah. 

Percayalah, jika kita lakukannya, badan dan diri kita akan berterima kasih kepada diri kita sendiri tanda kita sudah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan untuk kita jaga dan pelihara dengan baik. 

1 comment:

Powered by Blogger.