Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan


June 16, 2020
Dengan 50 Kata-kata Positif Ini membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan | Sebelum Lisa kongsikan tentang 50 kata-kata positif ini, Lisa mahu kongsikan sebuah kisah yang Lisa dengar daripada radio ikim pada waktu pagi. Kisah ini Lisa dengar pada 5 tahun yang lepas dan ia masih segar dalam ingatan ini. Dan kisah ini juga memberi titik permulaan dunia parenting Lisa sendiri dalam mendidik anak. 



Ada seorang ibu ini mempunyai 3 hingga 4 orang anak lelaki. Maaf Lisa tak ingat berapa bilangan anaknya yang sebenar. Kesemua anak-anak lelaki ini sangat-sangat nakal sehinggakan ke mana-mana ibu ini membawa anak-anaknya pasti akan ada mulut sekeliling mengatakan ,

"Eh anak kau tu nakal sangat. Tak nak pergi berubat ke?"
"Macam mana la kau didik dorang ni, mereka nakal sangat tu?"

Ibu ini hanya membalas,

"Oh ,alhamdulillah anak-anak bijak memang macam tu."
"Itu semua anak-anak saya bakal tahfiz"

Setiap kali ibu ini mahu memanggil nama anaknya, pasti dihujungnya akan disebut perkataan yang positif seperti

"Hafiz, anak soleh mari sini"
"Taufiq, anak tahfiz yang hebat akhlaknya mari sini"
"Syafiq, anak yang baik tolong ibu boleh?"

Benarlah kata-kata positif daripada mulut seorang ibu merupakan doa, walaupun orang sekeliling mengatakan negatif kepada anak-anak kita. Ya, apabila anak-anak ibu tersebut sudah besar semuanya menjadi hafiz al-quran dan berjaya setiap bidang yang mereka ceburi. Kisah ini adalah kisah benar. Kita sebagai ibu bapa jadikanlah kisah ini sebagai pemangkin semangat untuk menjadi ibu bapa yang positif. Janganlah sesekali mengeluarkan kata-kata negatif seperti nakal, degil, anak tak dengar cakap, dan sebagainya lagi. 

Kemudian, Lisa bawakan kisah kedua iaitu kisah ini juga adalah kisah benar tentang seorang ibu yang mempunyai anak yang sangat nakal. 


Ibu ini sering menghamburkan kata-kata negatif kepada anak-anaknya, walaupun anak-anak ini sudah cuba buat yang terbaik tetapi ibu ini masih mengeluarkan kata-kata kesat. Sehingga pada suatu hari ada seorang anaknya menjadi pembunuh dan dimasukkan dalam penjara dan dikenakan hukuman mati. Penjaga penjara tersebut tanya apa perkara terakhir yang anda mahu lakukan. Beliau berkata " Aku mahu jumpa ibuku".

Kemudian, penjaga penjara ini memanggil ibunya dan berjumpa dengan anaknya yang bakal dikenakan hukuman gantung sehingga mati. Anak ini mengeluarkan pisau dan memotong lidah ibunya dan dia berkata kepada ibunya "Kerana mulut ibulah saya jadi pembunuh".

Allahuakbar...nauzubillahiminzalik...2 kisah ini memberi kita pengajaran yang besar dalam dunia keibubapaan. Berhati-hati dengan kata-kata dan ucapan yang keluar daripada mulut kita. Walaupun ketika itu, si ibu atau si bapa sedang dalam kemarahan atau kepenatan, tetapi cubalah keluarkan perkataan yang positif dan jika tidak mampu diam itu lebih baik.



50 Kata-kata Positif Yang Membuat Anak Menjadi Semakin Berkeyakinan dan Hebat



  1. Wah! Rajin anak ibu suka tolong.
  2. Ya, betul cakap anak ibu.
  3. Ya, ibu tahu you did your best.
  4. Ibu bersyukur sebab ada anak macam .........(nama anak)
  5. I love being your mom.
  6. Ibu percaya kepada ....(nama anak)
  7. You are important to me.
  8. (Nama anak)... buat ibu sangat bangga.
  9. Ibu sayang anak ibu.
  10. Jangan takut jadi diri sendiri.
  11. It's good to be curious.
  12. Kita semua ada buat salah, then it's OK.
  13. Ya, ibu faham.
  14. You can say no.
  15. Keluarga ini tak akan sempurna tanpa anak ibu.
  16. Kita boleh cuba buat ikut cara ....(nama anak).
  17. Ibu hargai usaha (nama anak)
  18. Ibu maafkan (nama anak)
  19. Ibu rasa gembira bila (nama anak) ada di sisi ibu.
  20. Apa yang (nama anak) buat menunjukkan anak ibu sangat berani.
  21. I admire you.
  22. Ibu faham. Itu keputusan (nama anak).
  23. Jangan putus asa.
  24. (Nama anak) boleh cuba lagi. 
  25. Jangan sesekali bandingkan diri (nama anak) dengan orang lain.
  26. It's OK to be scared.
  27. Walaupun (nama anak) sudah buat silap, tapi anak ibu boleh perbetulkan. 
  28. Jadi orang yang baik bukan bermaksud anak ibu lemah.
  29. Your ideas are great.
  30. You don;t have to do what everyone  else is doing.
  31. Anything is possible.
  32. I love how you said that.
  33. Ya, ibu dengar apa (nama anak) katakan.
  34. (Nama anak) dah buat yang terbaik.
  35. Good Job.
  36. Well done.
  37. Great.
  38. That's a great question.
  39. Ibu percayakan (nama anak).
  40. Your attitude can change any situation.
  41. You are a great friend.
  42. Never stop trying.
  43. I'll always love you.
  44. Give yourself space. 
  45. You don't have to be perfect to be amazing.
  46. Wah, itu pilihan yang bagus.
  47. Thanks for working so hard.
  48. I love your effort.
  49. Ibu faham perasaan ( nama anak).
  50. I know you can do it. 
Walaupun, kata-kata positif ini yang dieluarkan dari mulut ibu bapa hanya 2 hingga 5 patah perkataan tetapi ia sangat bermakna untuk anak-anak kita. Ketika Lisa kecil sehinggalah besar, ibu bapa Lisa tidak pernah sesekali mengeluarkan kata-kata kesat malah mereka sentiasa memberi kata-kata yang positif walaupun Lisa pernah gagal dalam beberapa fasa kehidupan. 

Jika hari ini, anda sedang diuji dengan pelbagai karenah anak-anak, bersabarlah dan sentiasa positif dalam kata-kata itu, sebabnya kita tidak tahu bila-bila masa sahaja ALLAH akan bantu kita untuk mudahkan urusan dan menjadikan anak-anak ini menjadi lebih baik dan penyejuk mata dan hati kita. SEntiasa bersangka baik dengan Allah. 

Kata-kata seorang ibu bapa merupakan ubat mujarab untuk anak-anak ini menjadi semakin bersemangat, berkeyakinan malah suatu hari nanti Lisa yakin anak-anak kita semua menjadi anak yang hebat di dunia dan di akhirat.

SEmoga dengan perkongsian Lisa tentang kata-kata positif dan kata semangat ini dapat memberi panduan seidkit sebanyak untuk anda yang bergelar ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang soleh dan solehah. 


Dapatkan Buku parenting di Ebooksouq.com





Klik Di Link Ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang isi kandungannya.



Klik Di Link Ini untuk mengetahui lebih lanjut.


Terima kasih kerana sudi membaca entry post ini, Jangan lupa tekan button 'SHARE' supaya lebih ramai ibu bapa di luar sana menjadi semakin positif dan sabar dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh solehah berjaya dunia akhirat. 

1 comment:

  1. tips yang berguna untuk yang baru bergelar ibu seperti saya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.