5 Cara Penjagaan Kulit Ketika Hamil

Sejujurnya bila Lisa berbual dengan ibu hamil yang lain, kebanyakannya mempunyai masalah kulit ketika hamil. Ada sesetengah ibu hamil berkata, sebelum mereka hamil tiada langsung masalah kulit tetapi ketika hamil tiba-tiba sahaja masalah kulit ini datang. Ya, sebenarnya Lisa juga pernah alami masalah yang sama. Sebab itulah, Lisa tulis entry post mengenai 5 cara penjagaan kulit ketika hamil untuk dijadikan panduan kepada ibu-ibu yang baru hamil supaya anda dapat mengambil langkah berjaga-jaga dalam penjagaan kulit.

Berikut Lisa list kan beberapa masalah kulit yang sering ibu hamil hadapi antaranya:


  • Masalah kegatalan di bahagian badan.
  • Masalah kulit menjadi gelap di sesetengah bahagian badan yang berlipat seperti ketiak, belakang siku, belakang lutut dan leher.
  • Masalah kulit muka yang tiba-tiba ada jerawat dan tidak kurang juga ada masalah 'mata panda' atau lebih dikenali sebagai dark circle dan eye bag.
  • Masalah kulit muka yang semakin nampak kusam.
  • Masalah kulit stretch mark di bahagian perut. 

Mungkin ada orang sekeliling anda mengatakan 
"Alah jangan risaulah, lepas bersalin nanti hilanglah semua masalah kulit tu."

Dan anda mengambil langkah tidak menghiraukan masalah kulit tersebut tanpa menjaganya dan merawatnya. Tetapi mengikut pengalaman orang sekeliling Lisa, ada sesetangah ibu hamil yang menghadapi masalah kulit ini, walaupun sudah bersalin, ada juga di antara mereka kekal mempunyai masalah kulit tersebut kerana mereka tidak mengambil apa-apa langkah untuk merawat atau mencegahnya. 

Baiklah, di sini Lisa ingin kongsikan kepada anda 5 cara penjagaan kulit ketika hamil. Orang putih kata " Prevent is better than cure".



Sapuan minyak atau cream di bahagian perut 

Kebiasaannya, ibu hamil akan menghadapi masalah stretch mark yang agak teruk. Stretch mark ini bermaksud kesan daripada renggangan perut kita yang semakin membesar. Di bahagian perut tersebut, jika anda tidak sapukan minyak atau cream yang sepatutnya maka stretch mark ini akan meninggalkan kesan sampai bila-bila maka perut kita tidak menjadi kemas dan nampak lebih licin seperti anak dara. Lisa nasihatkan supaya ibu hamil mula sapukan minyak atau cream ini pada awal kehamilan seperti 2 bulan atau 3 bulan supaya tidak berlaku kesan renggangan yang sangat teruk ketika akhir kehamilan. Antara jenama yang sering ibu-ibu hamil sarankan untuk menghilangkan stretch mark ini adalah Cocoa Butter, Minyak zaitun, Bio oil dan argan oil. Kebnyakan minyak atau cream ini mengandungi vitamin E yang baik untuk kulit kita. 

Bio Oil 

Cocoa Butter

Lisa sendiri suka pakai bio oil untuk mengurangkan masalah stretch mark ni. Sapuan 2 atau 3 kali sehari selepas mandi. Dengan sapuan ini juga dapat mengurangkan kegatalan di bahagian perut dan Lis aingin mengingatkan anda supaya jangan sesekali garu apabila perut gatal sebab ia akan meninggalkan kesan. 

Scrub Badan

Ada segelintir ibu hamil mempunyai masalah kulit gelap dan berdaki di bahagian pelipat seperti belakang siku, ketiak, belakang lutut dan leher. Lisa mengalaminya ketika anak pertama. Waktu tu terasa diri ni macam hodoh sangat dan ada feel down. So bila lisa baca a few article mengenai perkara tersebut, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan memakai scrub badan. Waktu kehamilan anak kedua ini, awal-awal mengandung Lisa dah apply cara ini dan alhamdulillah tiada masalah kulit lagi. Scrub badan ini kalau boleh ada kandungan extract buah-buahan atau sayuran seperti betik, timun, olive, honey dan sebagainya untuk melicinkan dan menyegarkan kulit. Boleh lihat di sini atau di sini untuk pilihan scrub badan yang baik untuk kulit ibu hamil yang ada masalah kulit gelap. 

Penjagaan Kulit Muka

Ada yang mengatakan apabila kita hamil akan berlaku perubahan hormon maka ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kulit wajah seperti berjerawat, kusam dan ada masalah dark circle di bahagian mata. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, Lisa adalah kulit kusam dan dark circle yang agak teruk. Sebagai langkah pencegahan dan merawatnya, ibu hamil perlu mengambil beberapa tindakan untuk merawatnya antaranya adalah dengan memakai cleanser, moisturizer, mask, scrub, toner dan sunscreen. Supaya kulit anda kembali menawan walaupun ketika hamil. Bagi yang ada masalah dark circle, anda boleh pakai eye patch atau eye mask supaya bawah mata sentiasa hydration.

Lisa ambil gambar selfie ni ketika usia kandungan hampir 9 bulan. Masalah kulit wajah alhamdulillah tiada berbanding semasa mengandung anak pertama. 

Ni muka Lisa ketika mengandung anak pertama, kulit agak kusam dan ada dark circle yang agak teruk.


Sapuan Lotion di kulit badan 

Sapuan lotion di bahagian badan ini sangat penting untuk ibu hamil yang ada masalah kegatalan di kulit. Kerana mungkin kulit menjadi kering dan perubahan hormon. Apabila anda sapukan lotion di bahagian badan selepas mandi, ia dapat melembapkan kulit badan dan dapat mengelakkan dari rasa gatal yang amat sangat. Anda boleh lihat di sini untuk pilihan lotion yang sering ibu hamil amalkan.

Minum Air secukupnya

Kadang-kadang bila ibu hamil kurang minum air, ia memberi kesan kepada kulit menyebabkan kulit kering dan tidak cukup hydration. Cubalah amalkan minum air sebanyak 2 hingga 3litre sehari dan anda akan nampak perubahan terhadap kulit anda. Dulu Lisa memang tak suka minum air kosong, tapi setelah Lisa amalkan secara konsisten ketika hamil, nampak banyak perubahan terhadap kulit dan ada yang menegur kata kulit Lisa nampak lebih moist dan fresh.


Diharapkan dengan perkongsian Lisa mengenai 5 cara penjagaan kulit ketika hamil ini dapat memberi panduan kepada ibu hamil di luar sana untuk menjaga kulit supaya kelihatan menawan dan cantik. Kulit juga merupakan organ terbesar tubuh badan kita, sebab itu jagalah ia dengan baik tanda kita syukur atas nikmat yang diberikan oleh Tuhan. 




















No comments:

Powered by Blogger.