Percutian Sehari di Padang Pasir Masaieed, Qatar

Sebenarnya lagi seminggu dah nak balik Malaysia, so dalam hati lebih excited nak jumpa orang yang tersayang dan rindu dengan makanan di Malaysia. Tapi tak sangka seminggu sebelum tu, husband tanya nak sertai  tak group kawan-kawan kerja dia pergi Desert Trip ke Sand Dunes Qatar, Mesaieed. Kami discuss dan buat decision nak join group tersebut sebab bila dah masuk musim sejuk, baru best nak ke kawasan desert/ padang pasir kalau tak ,panas terik habis hangus kulit ku. Dan lagi best bila pergi ramai-ramai macam buat family day secara tak rasmi.

Kami gerak dari Ezdan Hotel pada pukul 7 pagi dan perjalanan ambil masa sejam ke Mesaieed.

Rupanya Mesaieed ni ada dua bahagian iaitu bahagian pertama padang pasir / sand dune. Di sini korang boleh tengok bukit bukau padang pasir. Tiada tumbuhan mahupun saluran air. Hanya semata-mata pasir sahaja.

Bila Lisa berada di tengah padang pasir ni tetiba teringat kisah-kisah nabi kita. Bagaimana nabi-nabi boleh berjalan beribu kilo meter dengan keadaan yang panas terik dan tiada sumber air pun. Teringat juga kisah Maryam dengan nabi Isa. Subahanallah rasa pertolongan ALLAH kepada nabi sangat dekat.

Tak dapat nak bayangkan nabi-nabi dan sahabat boleh hidup di tengah padang pasir.

Hebat kuasa ALLAH.

Aktiviti yang boleh dilakukan di padang pasir di sini antaranya berkhemah, riding camel, ATV dan naik 4x4. Tapi hati-hati sebab padang pasir ni boleh menyebabkan kereta atau ATV kita tersangkut. So, make sure nak naik kereta dan ATV kena ada kawan, supaya kawan tu boleh tolak kenderaan korang yang tersangkut tu.

Macam kitaorang dah kena banyak kali. Huaaa.... sabar je lah!!!

Bahagian kedua adalah Sealine Beach di mana pantai ni terletak betul-betul sebelah padang pasir. Dan ia mengadap Arabian Gulf. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkelah. Air lautnya sangat bersih dan suasana di sini pun sangat nyaman.

Nak berkelah satu keluarga pun best.

Sebelum bertolak ke Desert Trip, kami singgah dulu pekena breakfast Indian Dish di MRA Restaurant, Doha.


Ni antara ahli group yang join Desert Trip.



Food Truck pun ada juga di sini tapi makanan tak banyak sangat pilihan.



Ni kami baru sampai di Sand Dune yang menghadap Sealine Beach. 


Happy Fareeq and Papa naik unta. Ni kali kedua dorang dapat naik unta. Kali pertama waktu kami travel ke Turki. Tapi unta di Turki rendah sikit berbanding unta di Qatar. Tinggi dan gayat beb.


Tiba-tiba aku terjoin group lain pulak untuk naik unta. Sepatutnya, naik dengan papa and Fareeq sekali tapi takut lebih muatan nanti unta tak boleh nak bangun pulak. Hehehe...


Mampu posing tepi unta je. Nak menghadap unta rasa ngeri pulak. Please be nice to me, oh camel.


Amboi santai hang no!!!


Bila dah sampai di area sand dune, korang akan nampak sederet khemah yang menawarkan sewa ATV dan kenderaan bermotor. Boleh pilih mengikut jenis ATV yang korang suka dan harga juga pun boleh dibandingkan.



Fareeq and his girlfriend, Piya memang sukar dipisahkan.


Husband ak tengah briefing dengan kawan-kawan dia cara menggunakan ATV. Tapi sebenarnya dia pun first time naik ATV ni. Heheh... tak pe yang penting confident level tu.


Muka happy sebelum ATV kitaorang sangkut dalam pasir. 


Dah lama tak bawa motor, tetiba rasa pelik pulak nak bawa ATV ni. Tapi nak ikutkan senang juga sebab ada 4 tayar, insyaALLAH tak jatuh. Heheh


Jenis macam kereta pun ada juga kalau korang nak naik. Tapi ni lebih sesuai untuk keluarga besar dan harganya lebih mahal dari sewa ATV.


Lepas puas main dan jalan-jalan di sand dune, kami gerak ke sealine beach untuk berkelah dan makan-makan sebelum bergerak balik ke Doha.

Pantai di sini sangatlah bersih dan bila musim sejuk baru ramai orang Qatar dan expat berkelah di sini. Jika musim panas tiada siapa nak berkelah sebab panas padang pasir memang hangat macam menggigit daging je.

Kami bawa bekalan dari rumah dan masing-masing masak untuk dimakan di sini.

Di Malaysia, tepi pantai selalunya ada pokok kelapa tapi kat sini nak carik pokok pun susah so memang berkelah di tengah-tengah padang pasir.


Kami sempat singgah di Souq Wakrah. Struktur bangunan di sini adalah sangat unik dan ia mengetengahkan Arabian style. Bila korang jalan di sini seperti korang berada di zaman negara Arab dahulu kala. Tapi bangunan di sini lebih berbentuk kemodenan berbanding di Souq Wakif.

Fareeq jatuh waktu main lari-lari kat sini, super excited kot!!





Souq Wakrah ni terletak betul-betul sebelah pantai dan terdapat sederet restoran yang menghadap pantai ni. Sangat santai dan nyaman.

Kami sempat dinner di sini di samping menikmati keindahan pantai serta pemandangan laut yang cantik.


Really enjoy this moment.


New experience for us.










20 comments:

  1. Tak pernah beriadah di padang pasir. Setakat ikut aktiviti ziarah masa umrah ajer.

    ReplyDelete
  2. seronok di negara orang seronok lagi di negara sendiri tapi memang best juga di negara orang tapi untuk percutiaan la hehe kalau stay sana rindu nak balik Malaysia hehehe

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah best nya..kalau AR pun takut tengok unta. Haha muka dia tu menggerunkan

    ReplyDelete
  4. wah.. best jugak ada pengalaman di padang pasir kan.. Macam mana cuaca disana yea.. TB tertanya2 apa pemandangan yang dapat dilihat menarik disana..

    ReplyDelete
  5. wahh bestnya siap dapat naik ATVlagi , moga satu hari nanti CCL pun dapat jejak kaki ke padang pasir ni

    ReplyDelete
  6. Jika di Malaysia kita bercuti di pantai atau sungei tetapi di negara Arab memg tempat berkelah mereka kat padang pasir...

    ReplyDelete
  7. wahh.. rare destination ni. bilalah dapat peluang ke padang pasir macam ni. bestnya!

    ReplyDelete
  8. Seronok juga yer bercuti di padang pasir ni. seronok tengok anak-anak enjoy .

    ReplyDelete
  9. Bestnya jln2 di Qatar. Teringin nk ke sana. Nak tgok padang pasir, nk cuba naik unta n mcm2 lg

    ReplyDelete
  10. Nampak enjoy sangat cuti dengan family...Bonde teringin nak pergi qatar nampak menarik jika diterokai... InsyaAllah satu masa nanti sampai juga wish list dulu...

    ReplyDelete
  11. baru skodeng tengok ig neelofa cuti kat padang pasir dubai...bestnya bila ada peluang pergi tempat macam ni....lain daripada lain kan

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat pergi padang pasir. Teringin nak naik unta macam tu, hehe. Mudah-mudahan murah rezeki utk sampai ke sini suatu hari nanti

    ReplyDelete
  13. So best can ride on camel. One day I want travel to this nice place.

    ReplyDelete
  14. Bila la dapat ke sana. Harap2 dapat juga pergi. Nak naik unta juga

    ReplyDelete
  15. This is something different, I would love to try out someday. Looks like fun.

    ReplyDelete
  16. wah bestnya jalan-jalan di padang pasir. dapat naik unta lak tu..kenangan yang bakal tidak luput kan.

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat merasai sendiri persekitaran padang pasir kak. Tengok unta,naik unta. Fuh! Bertuah akak. Moga kita punya rezeki untuk ke sini one day.

    ReplyDelete
  18. seronoknya dapat rasai suasana padang pasir. dari kecil teringin nak naik unta, hmm kalau sekarang dapat naik pun nanti unta tu yang tak larat nak bawa. haha. apapun adalah rezeki neeza nk ke sana juga

    ReplyDelete
  19. salam.. nak tanya, berapa ye harga naik unta dan ATV dekat sane?

    ReplyDelete
  20. Salam lisa.. sis datang sini jenguk2 baca travel lisa =D

    ReplyDelete