Tradisi Perkahwinan Orang Jawa di Banting


December 21, 2017
Follow my blog with Bloglovin

Tujuan utama dua minggu lepas kami balik ke Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar Lisa di Banting, Selangor dan untuk melepaskan rindu dekat orang yang tersayang, sudah pasti mak dan abah serta mak abah mertua. Fareeq pun rindu sangat dengan mak ngah dan mak cu dia. Sepanjang kami di Qatar, Fareeq tak habis-habis sebut nak jumpa mak cu dan mak ngah. 




Sebelum balik Malaysia, husband Lisa dah siap pesan kat Lisa tentang bila kami balik je kampung kena siap sedia fizikal dan mental sebab banyak kerja yang perlu kami buat untuk persiapan majlis kahwin adik ipar ni. Husband Lisa adalah keturunan jawa di bahagian Banting, Selangor. Dia boleh cakap jawa sepenuhnya. Kadang-kadang bila suami cakap jawa dengan mak abah mertua memang Lisa tak faham sangat mula-mula kahwin dulu tapi bila dah lama dah boleh faham sikit cuma nak cakap tu masih tak reti lagi. 

Muka yang masih jetlag lagi. Pukul 9 pagi Jumaat dah start buat persiapan untuk ahli sinoman nak memasak.


Barng-barang untuk memasak dah disediakan.

Buah kelapa yang bakal diparut untuk dimasukkan dalam masakan. Semua buah kelapa ni, mak abah mertua yang tanam.

Sesi memotong ayam dan daging dijalankan.

Sebelum hari majlis perkahwinan, jiran-jiran dan sedara mara akan hantar dan beri barang mentah seperti minyak, bawang, rempah ratus, beras dan kerepek kepada mak abah mertua untuk digunakan pada hari majlis. Selalunya, 2 minggu sebelum dorang dah start hantar barang dah. 

Untuk pengetahuan anda, tradisi perkahwinan orang jawa di bahagian sini adalah perkahwinan tersebut diadakan 3 hari 2 malam. Kami start masak waktu pagi jumaat untuk sediakan makanan kepada ahli merewang(sinoman dalam bahasa jawa) untuk makan tengahari. Pembahagian tugas memasak sepanjang 3 hari ni diberikan. Petang jumaat masak untuk makanan bagi majlis tahlil dan orang surau waktu jumaat malam. Masakannya seperti mee goreng dan kuih muih serta ahli surau akan bawa balik makanan dalam dulang iaitu nasi ambang. 



Nasi ambang dalam dulang dibahagikan untuk ahli surau yang hadir.


Sabtu pagi ahli sinoman dan sedara mara akan datang untuk masak tenghari dan makan malam sebab majlis untuk tetamu bermula petang sabtu. Tetamu yang tidak dapat hadir waktu majlis hari ahad boleh hadir pada hari sabtu. Seawal 8 pagi kami dah start masak secara berjemaah. 

Khemah siap dipasang.


Pagi ahad juga sama seperti pagi sabtu, seawal 8 pagi kami mula masak untuk tetamu yang akan datang pada tengahari hari ahad. Majlis belah jawa memang meriah. Dari A sampai Z semuanya kami buat sendiri cuma khemah, pelamin, barangan dan peralatan masak kami ambil dari orang luar. 
Untuk menu 3 hari ni, mak mertua Lisa memang dah siap listkan dan tampal di ruangan masak di belakang rumah supaya ketua ahli sinoman akan noted untuk nak masak apa dan bahan yang digunakan.

Waktu Lisa kahwin dengan husband dulu, tradisi perkahwinan ni memang Lisa rasa baru dalam hidup sebab keluarga belah Lisa semuanya kami bagi kat orang luar termasuk catering, pelamin, doorgift dan lain-lain lagi. Dan majlis perkahwinan hanya sehari dan hanya waktu makan tengahari sahaja. Sedara mara datang semasa majlis sahaja kemudian mereka pulang. Tetapi di sini jauh beza dengan cara perkahwinan belah Lisa.

Hari jumaat, sedara mara dah start datang dan berkumpul untuk bantu keluarga belah husband. Mak-mak sedara ada yang tidur di rumah mak abah mertua. Sepanjang 3 hari ni, rumah mak abah mertua memang meriah dan ditambah dengan keriuhan suara kanak-kanak. Tapi paling kuat suara Fareeq. Dia happy sangat sebab kat sini ramai kawan.

Doorgift pop corn dah dihantar. Total 2000 unit untuk para tetamu yang hadir.

Sesi memasak di bahagian belakang rumah.

Orang sinoman dah datang untuk memasak beramai-ramai



Kerepek yang diberi oleh jiran-jiran dan saudara mara


Nama makanan ni adalah Katewol. Ni antara makanan tradisional orang jawa. Cara nak buatnya agak remeh tapi sedap. Mak sedara husband suruh Lisa rasa makanan ni, mula-mula macam tak nak rasa tapi bila mak sedara kata at least merasa. So bila Lisa rasa makanan ni terus fall in love.

Antara bahan yang digunakan adalah tepung ubi, gula, parutan kelapa dan garam. 


Jumaat malam ada sesi berinai. Aku pon join dua kaki. Cantik adik ni buat.

Sesi masukkan bunga telur.


Petang sabtu, selamat adik ipar dinikahkan. Alhamdulillah.

Antara kuih muih yang dihidangkan


Makanan yang dihidangkan ketika majlis sabtu dan ahad. 

Kelebihan bila masak secara sinoman ni, makanan memang banyak dan siap boleh bungkus beri kat ahli sinoman dan saudara mara. Tapi bila guna catering, makanan kena dicatu sebab takut terkurang dari jumlah tetamu. 

Disebabkan Lisa memang suka makan, so kali ni memang makan dengan gembiranya. Makanan semua sedap-sedap. Hehehe...

Kompang dipalu pengantin baru.



Alhamdulillah mak abah dan adik beradik Lisa pun datang ke majlis perkahwinan adik ipar ni.


Alhamdulillah selesai sudah majlis kahwin adik ipar. Akhirnya, dia bertemu dengan jejaka pilihan hati. Semoga bahagia hingga ke syurga.

Untuk pengetahuan korang, majlis perkahwinan ni tidak berhenti bila tetamu semua dah balik sebab malam ahad akan ada sesi mengira duit salam kaut. Bermaksud duit yang diberi oleh tetamu yang hadir.

Bila semua duit dah dijumlahkan, maka sesi untuk membayar semua perbelanjaan yang dibelanjakan ketika majlis. Sebab itulah, bagusnya salam kaut ni seolah-olah meringankan beban tuan rumah. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.

Mak mertua kata, salam kaut ni ibarat duit kutu. Contohnya kali ni kita buat majlis orang bagi duit kat kita dalam sampul nanti majlis kahwin anak orang tu kita bagi balik jumlah duit tersebut atau nak bagi lebih pun boleh. Sebab itulah setiap sampul akan ada tulis nama oleh pemberinya.

Indah betul tradisi perkahwinan orang jawa ni. 












No comments:

Powered by Blogger.