Pembukaan Butik Jamilah Baru di Uda Business Centre, Johor Bahru


October 15, 2024

 Orang Johor mesti tak sabar dengan pembukaan butik Jamilah yang baru di Uda Business Centre dan akhirnya Butik Jamilah secara rasminya membuka pintu untuk cawangannya yang baru. Bila saya dapat tahu tentang pembukaan Butik Jamilah ini sudah tentu saya antara peminat setia butik ini akan menerjah cawangannya yang baru ini. 






Apa yang saya suka bila pertama kali datang ke Butik Jamilah yang baru ini, saya merasakan sangat mudah untuk parking kereta dan tambahan pula baju keluaran yang baru ini mula dijual di sini. Design modern yang ditampilkan memang sangat cantik dan menawan. Pertama kali saya lihat keluaran terbaru ini terus jatuh hati dan nak memilikinya. 




Antara baju keluaran terbaru yang dipamerkan di kedai baru ini adalah blouse modern jenis baggy dan terdapat pelbagai jenis design termasuklah design bunga pastel, design plain dengan bersorakkan sulaman bunga di tangan serta baju kurung moden yang diserikan bersama kain bercorak petak segi. 


Selain itu, ada juga promosi clearance stok di mana baju raya tahun ini dijual serendah Rm29 hingga Rm39. Bagi saya ini adalah harga tak masuk akal dan dikira harga runtuh. Baju-baju cantik tetapi dijual dengan harga sedemikian rupa.




Kepada para bapa dan lelaki di luar sana jangan risau, dalam butik Jamilah Johor Bahru juga ada jual baju melayu lelaki yang pelbagai warna dan corak. Bagi bakal pengantin baru anda boleh dapatkan baju melayu kahwin di sini. Material yang digunakan adalah premium setanding dengan jenama terkemuka. 




Saya tak pernah menyesal membeli baju-baju di Butik Jamilah Johor Bahru kerana kualitinya sangat bagus dan tidak panas. Anak-anak saya sehingga kini memakai baju dari Butik Jamilah untuk menghadiri Majlis Agama di sekolah mereka. 


Baju kanak-kanak juga ada dijual, lelaki mahupun perempuan dan pelbagai saiz yang ditawarkan di sini. Bagi wanita dan lelaki, saiznya bermula dengan S sehinggalah 5XL. Jai jangan risau apa jua saiz anda, semuanya pasti boleh dapat di sini.




Bagi anda yang ingin berkunjung dan membeli belah di Butik Jamilah cawangan baru ini, anda boleh google Butik Jamilah Uda Business Centre. Ia terletak sebaris dengan Butik Bulan Bintang dan berhadapan dengan Kedai Yogurt. 






1 comment:

Powered by Blogger.