Resepi Churros Sukatan Cawan


April 14, 2020
Nak buat churros sebenarnya bukanlah susah sangat bila kita dah tahu tekniknya. Lisa, suami dan anak-anak memang peminat tegar dengan churros ni. Sedap makan time panas-panas selepas dimasak dan ditabur sedikit dengan gula halus serta sedikit serbuk kayu manis. Rasanya memang lazat. Kalau nak tambah lagi umpppphhhh boleh cicah dengan nutella atau pun sos karamel. Tapi Lisa lebih suka makan macam tu sahaja sebab luarannya pun sudah manis, kalau ditambah dengan sos pencicah tersebut lagi bertambah manis pula. Kalau beli di gerai dalam mall di negara Dubai ni, 3-4 sticks sudah menceceh Rm25-Rm30, bila difikirkan balik lebih baik buat sendiri. Banyak jimat. harga tepung dan majerin baru berapa jika nak dibandingkan dengan harga yang dijual di pasaran.



Sebab itulah, Lisa pilih hari ini untuk berkongsi resepi churros sukatan cawan di mana orang yang tak pernah masak pun bila sekali menggunakan resepi di bawah insyaALLAH terus menjadi. Sebab caranya sangat mudah dan bahan yang diperlukan juga kemungkinan besar memang akan ada dalam dapur almari kita. Tidak perlu untuk keluar rumah dan mencari bahan-bahan tersebut.

Resepi sukatan cawan yang lisa tulis di bawah mengikut anggaran 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai dan mempunyai ramai anak, anda boleh tambahkan sukatannya sahaja.

Bahan A

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Kedua-dua bahan di atas diayak.

Bahan-bahan B

1 cawan air kosong*
1 sudu besar gula*
1 sudu kecil garam*
1 sudu besar majerin*
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya

1. Masukkan air, gula, garam dan majerin ke dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan bahan yang mendidih ke dalam bahan A.
3. Kacau sehingga rata dan tidak berketul.
4.Masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata.
5. Kemudian masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan nozel yang berbentuk seperti menghasilkan bunga.
6. Panaskan api dan picitkan pipping bag dan potong menggunakan gunting mengikut kepanjangan yang anda kehendaki.
7. Siap dihidang bersama taburan gula halus serta serbuk kayu manis.

Untuk lebih lanjut anda boleh lihat video di bawah iaitu dalam channel khalisah hazrina. Dalam video ini Lisa tunjuk lebih detail cara membuatnya.





Semoga dengan perkongsian Lisa di atas mengenai resepi churros sukatan cawan ini dapat memberi manfaat kepada anda dan membantu anda dalam menyediakan makanan yang lazat untuk seisi keluarga.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan sahabat facebook anda serta di media sosial anda.

4 comments:

  1. Semua bahan-bahan dah ada kat dapur . Boleh cuba,ni .makan panas2 sedap kan ..

    ReplyDelete
  2. nak buat churros ni tak terbuat lagi sbb anak2 sibuk nak buat sajian diaorg...umi diaorg kena queue la dulu

    ReplyDelete
  3. sedap juga makan ni. biasa beli je, belum pernah buat.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Ss tak pernah buat lagi... sedap tu, cicah dengan coklat.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.