Resepi Kek Chocolate Moist Yang Paling Senang
Sebenarnya Lisa ni rindu sangat dengan kek chocolate moist anis kek di Malaysia, lama sangat tak makan. Rasanya lebih 6 bulan dah. Selalunya kalau lisa teringin nak makan kek chocolate moist ni Lisa akan pergi beli kedai Petronas mahupun kedai-kedai kek. Sedap sangat kek chocolate moist yang mereka buat. Lisa cuba juga cari di Dubai ni tapi tak jumpa kebanyakannya mereka buat kek chocolate yang tak kena dengan tekak Lisa ni dan resepinya sedikit berlainan dengan di Malaysia. Oleh sebab itulah, Lisa cuba cari resepi kek chocolate moist yang paling senang dibuat, maklumlah Lisa ni bukannya rajin sangat nak buat kek tambahan pula kena berperang dengan anak-anak. Mereka pula pantang kalau nampak mama dia di dapur, mesti nak join sekali masak-masak dan akhirnya bersepah terus dapur. Kalau Lisa nak masak kek atau masak makanan yang jenis perlukan masa yang lama, memang agak mencabar sebenarnya.
Resepi yang kali ni alhamdulillah memang menjadi dan sangat senang untuk dibuat. Lisa percaya ibu-ibu yang ada masa terhad untuk masak kek tetapi memang terigin nak makan, resepi ni khas untuk anda.
Resepi kek chocolate moist yang bakal Lisa kongsikan ini hanya menggunakan sukatan cawan sahaja maka mudah untuk anda masak nanti. Tak perlu nak timbang-timbang semua tu.
1 Cawan gula(Lisa guna brown sugar)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan serbok koko(lisa guna brand cadburry, yang tu je yang ada kat carrefour Dubai ni ha)
3 biji telur gred A
Blend semua bahan A ini dalam 4 hingga 5 minit. Pastikan ia sebati.
1 1/4 tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Ayak semua bahan B ini.
1. Campurkan kedua-dua bahan tersebut setelah bahan A diblend dan bahan B diayak. Kacau sebati.
2. Bakar adunan kek ini dengan suhu 150-160 darjah dalam masa 40-45 minit bergantung kepada kebesaran oven anda.
Anggaran 150-200gm marjerin
Setengah cawan susu pekat
Setengah cawan serbuk koko
1. Cairkan majerin dan masukkan susu pekat serta serbuk koko. Pastikan api perlahan sambil mengacau kesemua bahan tersebut. Kemudian, letakkan topping ini di atas kek chocolate moist yang telah siap masak tadi.
2. Siap. Ready untuk dihidang kepada seisi keluarga.
Ataupun kalau anda nak lebih mudah boleh klik link ini, sebagai altenatif untuk buat kek chocolate moist yang lagi senang dan mudah. Macam Lisa duduk Dubai tak ada pilihan nak beli seperti ini tetapi anda yang di Malaysia ini mungkin boleh cuba.

Resepi Kek Chocolate Moist Yang Paling Senang Meengikut Sukatan Cawan
Bahan A
1 Cawan gula(Lisa guna brown sugar)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan serbok koko(lisa guna brand cadburry, yang tu je yang ada kat carrefour Dubai ni ha)
3 biji telur gred A
Blend semua bahan A ini dalam 4 hingga 5 minit. Pastikan ia sebati.
Bahan B
1 1/4 tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Ayak semua bahan B ini.
Cara-caranya
1. Campurkan kedua-dua bahan tersebut setelah bahan A diblend dan bahan B diayak. Kacau sebati.
2. Bakar adunan kek ini dengan suhu 150-160 darjah dalam masa 40-45 minit bergantung kepada kebesaran oven anda.
Warna chocolate ni Lisa guna serbuk chocolate cadburry, kalau anda nak warna chocolate seperti darkc chocolate boleh gunakan chocolate masakan dan warnanya lebih gelap.
Resepi Topping Kek Chocolate Moist Yang Sedap
Anggaran 150-200gm marjerin
Setengah cawan susu pekat
Setengah cawan serbuk koko
Cara-caranya
1. Cairkan majerin dan masukkan susu pekat serta serbuk koko. Pastikan api perlahan sambil mengacau kesemua bahan tersebut. Kemudian, letakkan topping ini di atas kek chocolate moist yang telah siap masak tadi.
2. Siap. Ready untuk dihidang kepada seisi keluarga.
Ataupun kalau anda nak lebih mudah boleh klik link ini, sebagai altenatif untuk buat kek chocolate moist yang lagi senang dan mudah. Macam Lisa duduk Dubai tak ada pilihan nak beli seperti ini tetapi anda yang di Malaysia ini mungkin boleh cuba.
Selalu jugak buat kek coklat kukus sbb senang.. hehe
ReplyDelete