5 Resepi Senang Buat Kuih Minum Petang


April 07, 2020
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ni diumumkan oleh kerajaan Dubai disebabkan Covid-19, Lisa ni tiba-tiba jadi rajin pula nak buat minum petang untuk anak-anak dan suami. Kebetulan suami Lisa kadang-kadang bekerja dari rumah dan kadang-kadang dia kena pergi site. Bila dia ada kat rumah rasa seronok sikit nak masak untuk buat kuih minum petang. Tapi Lisa ni bukanlah rajin sangat nak buat resepi kuih minum petang yang menggunakan banyak bahan tu, Lisa cuma guna 3 hingga 5 bahan sahaja untuk buat kuih minum petang ni. Bukannya apa, seronok nak mengunyah sambil-sambil boleh sembang dengan suami dan anak-anak.


Popiah Sardin


Biasalah time musim PKP ni, rasa mulut ni nak mengunyah je, itu belum cerita lagi pasal anak-anak. Qaisarah yang baru umur setahun lebih pun dah pandai nak mengunyah. Sama macam abang dia. Selang setengah jam pergi dapur tengok rezeki apa yang ada. Sedangkan tadi baru sahaja makan tengahari. Kalau Lisa malas sangat memang potong buah je bagi mereka makan.

Kali ni, Lisa nak kongsi dengan anda sekalian tentang 5 Resepi senang buat kuih minum petang khas untuk anda yang nak buat kuih simple-simple je sekadar mengunyah.





1) Resepi Kuih Buah Melaka


Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
Setengah biji kelapa parut
Buah melaka yang telah dipotong dadu
3/4 cawan air( untuk uli)
Secubit garam
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara-caranya


1. Campurkan tepung pulut bersama air, garam, tepung gandum dan pewarna hijau. Uli sehingga tidak lekat di tangan.

2. Ambil sejemput uli tepung tadi dan masukkan buah melaka ke dalamnya. Buat seperti bebola. Anggaran bebola yang dihasilakan adalah 18-25 biji.

3. Masukkan bebola buah melaka ke dalam air panas dan biarkan sehingga ia timbul di permukaan air.

4. Angkat buah melaka tersebut dan salutkannya dengan parut kelapa yang telah digaul bersama sedikit garam.

5. Dah siap dan boleh disediakan untu keluarga.


Artikel Berkaitan: Resepi donut lembut 


2) Resepi Popiah Sardin


Bahan-bahan


Kulit popiah
1 kecil tin sardin
1 biji bawang besar dipotong dadu
Setengah biji buah limau( air perahan limau hilangkan hanyir sardin)

Cara-caranya


1. Dalam 1 mangkuk kecil, masukkan kesemua bahan di atas kecuali kulit popiah. Gaul sehingga sebati

2. Masukkan sardin ke dalam kulit popiah dan gulung ikut kekemasan.

3. Panaskan api dan goreng sehingga warna keperangan.

4. Siap masak dan boleh ngap makan.




3) Resepi Kuih Bom Yang Senang


Bahan-bahan


2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air(anggaran untuk uli sehingga tak melekat di tangan)
Setengah cawan bijan
parut kelapa
Setengah cawan Gula merah
2 helai daun Pandan

Cara-caranya


1. Masakkan inti kuih bom dulu iaitu campurkan 2-3 sudu air, kelapa parut, pandan dan gula melaka. Gaul sehingga sebati dan sedikit kering. Ketepikan.

2. Masukkan tepung pulut dan air. Uli sehingga tidak melekat di tangan.

3. Masukkan inti ke dalam tepung yang telah diuli tadi.

4. Salutkan bijan di permukaan bebola kuih bom.

5. Panaskan api dan goreng sehingga keperangan.

6. Siap dan boleh makan.


4) Resepi Kuih Cek Mek Molek Yang Senang


Bahan-bahan


1-2 biji ubi keledek oren
Setengah cawan tepung gandum
3-5 sudu gula(inti)

Cara-caranya


1. Rebus ubi keledek sehingga empuk dan mudah untuk dilenyekkan.

2. Lenyek dan campur dengan tepung gandum. Uli sehingga tidak melekat di tangan.

3. Buat bentuk bujur atau bantal peluk. Masukkan gula ke dalamnya dan tutup dan golekkan sehingga ia nampak kemas.

4. Panaskan minyak dan gorengkannya sehingga warna keperengan.

5, Siap di masak. Siap untuk buka mulut dan ngap.


5) Resepi Cucur Pisang Yang Mudah


Bahan-bahan


3-5 biji pisang( bergantung kepada kebesaran)
Tepung gandum
Secubit garam
Tepung penaik

Cara-caranya


1. Lenyekkan pisang dan campurkan kesemua bahan di atas.

2. Jika terlalu cair, tambahkan lagi sedikit tepung supaya bial goreng dia akan jadi kembung elok bulat seperti bebola.

3. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

4. Siap masak. Sedia untuk dihidang untuk seisi keluarga tercinta.


Ha itu 5 resepi senang buat kuih minum petang bersama seisi keluarga yang biasa Lisa masak. Bila mood malas datang resepi mudah ni lah yang akan jadi peneman setia untuk Lisa masak. Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak nak masak kuih minum petang ni, masaklah resepi yang senang ni dulu. Bila rasa kemahiran tu dah makin bagus, boleh pergi ke resepi advance sedikit sepeti buat kuih karipap, kuih cucur badak, kuih jenis kukus dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: Resepi Mudah Karipap Daging Yang Sedap

Resepi kuih minum petang yang lisa kongsikan di atas khas untuk korang yang tak biasa buat kuih. jangan risau, insyaALLAH menjadi. Kalau tak enjadi sangat pun tak apa, rasanya masih sedap dimakan.



2 comments:

  1. Sedapnya kuih buah melaka tu, memang favourite tu selalu buat juga di rumah.

    ReplyDelete
  2. Wahh sedap sedap resepi chef Lisa share! Akak loikeeee!!! Kipidap sweet chef! ��

    ReplyDelete

Powered by Blogger.