Pengalaman Menggunakan Mamaway Baby Ring Sling


December 31, 2019
Sebelum entry post ni Lisa ada cerita kat anda kan pasal Sarah tak suka duduk dalam stroller sejak dia dilahirkan. Siapa yang ada follow cerita Lisa dalam facebook dan instagram, anda akan tahu how struggle I am to place Sarah inside the stroller.  Walaupun, kami dah cuba pelbagai cara untuk bagi dia selesa dalam stroller tapi masih juga menangis.

Selain stroller pilihan yang kami ada hanyalah menggendong dia ke mana-mana. Ada yang beri cadangan menggunakan baby carrier kerana ada sesetengah bayi suka sentiasa rasa didukung oleh ibunya. Supaya dia rasa selamat dan selesa dan paling penting bila guna baby carrier, bayi akan dengar setiap denyut jantung si ibu. 

Dari situ lah, Lisa terfikir untuk menggunakan baby carrier dan kali ini Lisa memilih Jenama Mamaway iaitu mereka ada mengeluarkan Ring Sling Baby Carrier. Eh kenapa ring sling baby carrier dari Mamaway? Kenapa tak menggunakan jenama lain?

                               


Sebenarnya Lisa ada follow beberapa instafamous yang suka menggunakan ring sling baby carrier ni. Lisa lihat bayi mereka sangat selesa duduk dalam dukungan tersebut. Lagipun, bila Lisa baca review dari ibu-ibu yang pernah pakai ring sling ni, semuanya bagi review yang positif dan membuatkan Lisa pun nak cuba juga untuk bawa Sarah. Selain itu,ada beberapa sebab lain kenapa Lisa pilih ring sling dari Mamaway dan biar Lisa senaraikan kenapa Lisa berkenan sangat dengan ring sling ni dan Sarah pun sangat suka duduk dalamnya.



Ring Sling Adalah Selamat
Jika anda baca tentang penggunaan baby carrier, sebenarnya ring sling adalah penggunaaan yang sangat selamat untuk bayi dari segi perkembangan kaki dan punggungnya. Ada beberapa baby carrier yang boleh memberi kesan negatif kepada kaki bayi. Bab ini ibu-ibu kena berjaga-jaga dan wajib ambil tahu. Bukan sesuka hati untuk beli baby carrier yang ada dipasaran. Pastikan kedudukan bayi adalah M position. 

Senang pakai
Sebagai seorang ibu yang banyak kerja perlu dilakukan termasuklah kerja rumah dan kerja di luar makanya Lisa suka pilih baby carrier yang mudah dipakai. Bukannya babyi carrier yang perlukan masa untuk memakainya. Ring sling Baby carrier Mamaway ini sangat mudah dipakai. Letak sahaja dibahu dan masukkan bayi ke dalam. Adjust sedikit. Macam Lisa sendiri, lisa siap-siap pasangkan supaya cepat untuk dipakai. 

Material
Ha bab material ni antara faktor penting juga nak pilih ring sling ni. Mujurlah Ring Sling Mamaway ini didatangkan material yang tak panas. Sebab anak Lisa jenis yang tak boleh panas kerana kulit Sarah agak sensitif. Bila panas akan keluar ruam merah. 

Itu sahaja perkongsian Lisa kali ni untuk bab ring sling baby carrier. Untuk pengetahuan anda, ring sling baby carrier dari Mamaway ini boleh dipakai untuk bayi yang sejak dilahirkan. Cumanya anda perlu lihat panduan yang ada dalam kotak tersebut bagaimana cara memakainya untuk bayi baru lahir dan bayi yang sudah meningkat usianya. Setiap peringkat umur berbeza kedudukannya. 

Bagi anda yang nak tengok pelbagai corak Ring Sling Baby Carrier ni boleh klik di link Mamaway
Mamaway Website ni antara favourite website lisa untuk beli barangan keperluan mengandung dan untuk barangan baby. 

No comments:

Powered by Blogger.