Pembekal Dan Pemborong Makanan Dari Thailand dan Pantai Timur Di Kuala Lumpur


January 11, 2020
Sebenarnya Lisa dan suami memang penggemar makanan dari Thailand dan negeri Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan dan Terengganu. Boleh dikatakan setiap kali kami balik Malaysia, mesti suami Lisa bawa kami sekeluarga ke negeri pantai timur hanya kerana nak dapatkan makanan di negeri tersebut. Rasa makanan tersebut sangat unik dan bukan semua negeri boleh sediakan makanan seperti tu. Contohnya keropok lekor basah, keropok lekor kering, dan sebagainya.

Manakala makanan dari Thailand juga merupakan makanan kegemaran Lisa tambahan pula beras siam yang disediakan bersama dengan Tom Yam serta lauk-pauk masakan Thailand. Mak Lisa suka pesan, kalau nak masak nasi lemak atau nasi ayam, lagi sedap menggunakan beras siam. Teksturnya yang sedikit melekat dan rasanya yang berlemak membuatkan gabungan nasi beras siam dan lauk pauk membuatkan ia sedap dimakan bersama.

Bukan mudah nak dapatkan pembekal dan pemborong makanan dari Thailand dan Pantai Timur terutamanya di kawasan Kuala Lumpur kerana kebanyakan kedai-kedai pembekal pemborong makanan ini terdapat di kawasan yang agak jauh dari ibu kota ini. Lisa pun baru tahu tentang hal ini. Lisa yakin anda juga tentu sependapat dengan Lisa di mana bukan mudah untuk dapatkan pembekal makanan dari Thailand dan Pantai Timur ini.



Sahabat Lisa yang bernama Azwa, baru sahaja bagitau kat Lisa yang dia ada buka Kedai iaitu dia dan suaminya menjadi pembekal dan pemborong makanan dari Thailand dan Pantai Timur Di Kuala Lumpur.

Yang menariknya, Azwa kata keropok ikan yang mereka jual di Kuala Lumpur ini adalah datang terus dari kilang mereka yang bertempat di Kuala Besut, Terengganu. Makanya, selepas ini anda sudah tidak perlu pergi Terengganu untuk dapatkan keropok lekor ni dan terus saja pergi ke kedai sahabat Lisa.






Berikut merupakan makanan yang dibekalkan oleh Azwa dan suaminya:
  • Keropok Lekor kering Terengganu
  • Budu
  • Beras Siam
  • Sambal Ikan
  • Bahan-bahan untuk membuat nasi dagang dan nasi kerabu
  • Dan sebagainya






Menurut Azwa, mereka juga menyediakan perkhidmatan membekal barang basah dari pasar dan barang runcit terus hantar ke restoran-restoran dan rumah. Maklumlah, kadang-kadang kita tiada masa dan pengangkutan yang mencukupi dan dengan perkhidamatan seperti Azwa dan suaminya sediakan ini boleh membantu meringankan kerja anda untuk menyediakan makanan untuk pelanggan mahupun ahli kerluarga.

Selain itu, pada musim durian, suami Azwa akan menjual pelbagai jenis durian dengan harga yang sangat berbaloi dan mampu milik. Jika anda penggemar tempoyak tetapi tidak tahu dimana boleh dapatkan tempoyak di kawasan Kuala Lumpur, anda juga boleh datang ke kedai Azwa untuk dapatkan tempoyak asli tanpa ada bahan pengawet mahupun garam dan gula.


Maklumlah, zaman sekarang bukan mudah untuk dapatkan tempoyak yang asli dan sedap tambahan pula di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini.

Lisa rasa sangat bertuah dan bangga kerana ada orang Melayu kita boleh menyediakan pelbagai perkhidmatan iaitu membekal makanan dari Thailand dan Pantai Timur serta menyediakan perkhidmatan penghantaran barang basah di sekitar Kuala Lumpur.



Bagi anda yang ingin dapatkan perkhidmatan tersebut, anda boleh menghubungi Azwa dan suaminya seperti maklumat di bawah:

Ejop:             013-2165036
Nurul Azwa: 01119407220





1 comment:

  1. POKERVVIP AGEN POKER TERPERCAYA
    *POKERVVP* Merupakan Penyedia Agen Situs Game Online Yang Memberikan Berbagai Macam Permainan Seperti Poker Yang Deposit Menggunakan Pulsa Telkomsel Dan XL Yang Ada Di Indonesia.
    *1 User ID 8 Permainan : * Poker - * -Domino99-*BandarKiu-*Bandar Poker-*Adu Kiu-*-Capsa Susun-*-Sakong *-Bandar 66-*

    *Minimal deposit & withdraw
    - Minimal Deposit 10,000 ( Rekening)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( Rekening)
    - Minimal Deposit 10.000 ( VIA PULSA)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( VIA PULSA)

    *Bonus Terbesar
    - Bonus CASHBACK 0.5%
    - Bonus Referral 15%

    Bandar Poker Online
    Agen Poker Online
    agen poker
    Cerita Dewasa
    Bandar Ceme
    bandar poker
    Poker Online
    Bandar Domino Online
    Agen Domino Online
    game terbaru

    ReplyDelete

Powered by Blogger.