Tips Sediakan Makanan Bayi Ketika Mengerjakan Umrah


December 11, 2019
Sebenarnya Lisa rasa berdebar juga bila nak bawa Sarah yang baru berusia 9 bulan untuk mengerjakan umrah. Pelbagai perasaan bercampur baur dalam diri ni. Antara perkara yang membuatkan Lisa risau adalah bab makanan Sarah. Sebab Sarah kena makan yang cukup kalau tak dia akan meragam dan bagaimana nak fokus ibadah jika dalam keadaan tersebut. Tujuan untuk kita pergi umrah adalah untuk melakukan ibadah.



Jadinya Lisa belajar dari kawan-kawan dan bertanyakan kepada mereka yang pernah pergi umrah, tentang bagaimana mereka menyediakan makanan bayi yang bawah usia setahun. Maklumlah ini kali pertama Lisa bawa baby untuk travel. Sebelum ini, kami pernah juga bawa Fareeq untuk travel tapi umur dia ketika itu sudah mencapai setahun. Apa yang kami makan, itu juga yang dia makan. Lain pula dengan situasi Sarah yang baru masuk umur 9 bulan. Makanan dia agak berbeza dengan makanan yang kami makan dan dia masih suka bubur di mana teksturnya lebih lembuh dan halus.

Artikel berkaitan: 20 Tips Bawa Anak Kecil Mengerjakan Ibadah Umrah



Berikut tips dan pengalaman yang Lisa suka kongsikan dengan anda yang tengah bercadang nak bawa bayi mengerjakan ibadah umrah.



  • Bawa Rice Cooker Travel yang saiznya kecil sahaja dan blender travel supaya mudah untuk masak bubur dan blend makanan yang perlu seperti sayur dan buah.

  • Lisa bawa sekali beras dan serbuk ikan bilis yang dah diblend. Buat untuk stok 2 minggu.

  • Di Mekah dan madinah ada kedai runcit dan pasaraya yang menjual buah, sayur dan yogurt.

  • Untuk sarapan pagi dan minum petang Lisa akan lenyekkan buah pisang atau pun yogurt atau pun buah seperti epal dan pear. Boleh dikatakan setiap bilik hotel di Mekah dan madinah menyediakan peti ais. Lisa letak buah-buahan dan makanan yag lain di dalam peti ais. 

  • Di Mekah, Lisa masak nasi sendiri tetapi di Madinah Lisa hanya ambil nasi hotel saja sebabnya kami ambil pakej fullboard. Kebanyakan hotel di Madinah menyediakan buffet makanan indonesia dan Malaysia. Hotel yang Lisa duduk sediakan kedua-dua makanan tersebut. So Lisa akan ambil nasi, sayur dan lauk. Sebelum Lisa blend kesemuanya, Lisa akan basuh dahulu sayur dan lauk dengan air masak.

  • Makan tengahari dan dinner adalah makanan yang sama. Lisa asingkan kepada dua bekas supaya mudah untuk diambil dan disediakan. Jangan lupa bawa bekas makanan yang bertutup untuk dibawa kemana-mana.

  • Di Mekah dan madinah, banyak kedai-kedai tepi jalan jual kurma. So boleh juga blend kurma dengan oat atau kurma dengan nasi untuk dijadikan sarapan pagi dan minum petang.

  • Bila buat umrah, baby memang akan cepat lapar sebab dia pun aktif membuat umrah bersama kita, maka makanan mengunyah seperti biskut kena prepare siap-siap dalam handbag supaya dia tidak meragam ketika kita membuat ibadah.

  • Jika hotel anda tidak menyediakan makanan indonesia atau malaysia, anda boleh beli nasi dan lauk di restoran malaysia dan indonesia. Jika di Mekah, Safwah Tower ada restoran dsaji dan sebelah tower tersebut ada juga restoran indonesia. Harga insyaALLAH berpatutan.

Barang keperluan untuk masak makanan baby Sarah.


Semoga dengan perkongsian mengenai tips sediakan makanan bayi ketika mengerjakan umrah ini dapat beri manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan post ini di facebook dan media sosial anda yang lain supaya dapat memberi manfaat kepada saudara dan sahabat anda juga.

No comments:

Powered by Blogger.