Ketahui 5 Rahsia Ini Untuk Cara Banyakkan Susu Badan
'Cara nak banyakkan susu badan' merupakan topik utama yang sering ditumbulkan dikalangan ibu-ibu yang sedang mengandung mahupun telah melahirkan anak. Pelbagai persoalan yang bermain di minda kita. Termasuklah persoalan seperti di bawah:
Adakah mampu diri ini menyusukan anak sehingga dua tahun?
Adakah susu badan cukup untuk bayi?
Jika tidak cukup, bagaimana untuk banyakkan susu badan?
Atau, adakah memang sudah ditakdirkan susu badan tak banyak dan anak-anak memang perlu susu formula?
Dilema ini bukan hanya anda seorang sahaja yang alaminya malah boleh dikatakan semua ibu di seluruh dunia mengalaminya. Kerana naluri seorang ibu mahukan yang terbaik buat si anak. Tambahan pula, pakar dan doktor kanak-kanak mengatakan susu yang terbaik di muka bumi ini adalah susu ibunya sendiri.
Masih segar dalam ingatan Lisa ketika menyusukan anak sulung Lisa, Fareeq. Lahir sahaja Fareeq di atas muka bumi ini, selepas dibersihkan oleh jururawat, mereka meminta Lisa menyusukan Fareeq di bilik menunggu sementara dipindahkan masuk ke wad. Masa itu, Lisa tengok Fareeq sangat bersungguh-sungguh untuk menyusu dan Lisa tengok macam tiada susu yang keluar. Fareeq dah start merengek. Suami Lisa di tepi cuba bagi kata-kata semangat dan dia suruh Lisa minum air banyak dan makan kurma. Tak lama kemudian Lisa tengok Fareeq dah start dapat susu dan sampai dia lena tidur sehingga 5-6 jam. Mungkin dia pun penat dan masih dalam dunia perut ibunya.
Alhamdulillah, rezeki yang ALLAH beri pinjamkan itu.
Jika anda melalui pengalaman ini seperti Lisa, syukurlah kerana ada ibu-ibu di luar sana sedang berusaha untuk banyakkan susu badan. Bagi anda yang sedang struggle untuk menyusukan bayi anda, di sini Lisa kongsikan 5 rahsia untuk banyakkan susu badan melalui pengalaman Lisa sendiri dan hasil pembacaan Lisa dari bahan bacaan dan penulisnya adalah pakar dalam dunia laktasi.
Begitu juga susu yang ada dalam badan si ibu. Jika bayi anda mahu dan meminta susu yang banyak maka, banyaklah pengeluaran susu yang akan dikeluarkan oleh badan. Dengan syarat, setiap kali anak anda mahukan susu, anda perlu suakan puting anda ke dalam mulut bayi anda supaya bayi menghisapnya dengan baik.
Jika sudah habis menyusu dengan bayi, anda juga boleh pam susu supaya demand tersebut masih ada. Secara tidak langsung pengeluaran susu akan berlaku dan ia boleh menyebabkan bertambahnya kuantiti susu badan dihasilkan.
Anda mungkin meminati: Pilihan dan Jenis Breast Pump
Posisi bayi ini termasuklah kedudukan si ibu serta posisi mulut bayi menghisap puting si ibu.
3. Pemakanan Yang Membantu Menambahkan Susu Badan
Pada zaman nenek moyang kita lagi perkara ini sudah sedia maklum mengenai ibu-ibu perlu makan makanan yang berkhasiat untuk membantu menambahkan susu badan. Ada yang mengatakan kita perlu makan banyak makanan yang berasaskan soya dan tidak kurang juga menyuruh kita makan sayuran yang spesifik demi menambahkan susu badan.
Sebenarnya tak kisah jenis pemakanan yang bagaimana kita mahu amalkan selagi ia berkhasiat dan mempunyai vitamin serta nutrisi, ia sudah cukup untuk membantu menambahkan susu badan termasuklah sayuran, buahan serta makanan ruji kita. Cumanya mungkin kita ingin tahu apa makanan yang spesifik tersebut yang memang boleh bantu banyakkan susu badan.
Berikut merupakan makanan yang anda boleh amalkan untuk diet harian anda dan ia juga boleh membantu menambahkan susu badan.
Kurma dan makanan sunnah
Susu segar dan susu soya
Kekacang
Sayuran(Carrot, lobak putih,sawi, kobis dan sebagainya)
Buahan(Epal, pear, anggur, limau dan sebagainya)
Melalui pengalaman Lisa sendiri, Lisa suka amalkan makan kurma setiap hari, makan sayuran dan buahan serta nasi yang mencukupi. Lisa akan pastikan setiap hidangan wajib ada sayur dan buah. Alhamdulillah, dengan cara mengamalkan pemakanan seperti di atas, asbab Allah beri kemampuan kepada Lisa untuk susukan anak pertama sehingga dua tahun setengah dan anak kedua Lisa sekarang sudah hampir 9 bulan usianya.
Anda mungkin meminati: Jenis-jenis kurma
4. Minum Air Kosong Secukupnya
Susu yang dihasilkan dalam badan adalah berbentu cecair yang akan keluar dari puting si ibu.Jika si ibu kurang minum air, formulanya mudah sahaja maka susu yang dikeluarkannya juga akan berkurang. Oleh itu, si ibu perlu minum air kosong mahupun air yang berkhasiat seperti jus ataupun susu mestilah mencukup untuk badan dan boleh menghasilkan susu buat si bayi.
Sekurang-kurangnya, minumlah air kosong 2 litre sehari, lagipun pakar pemakanan sendiri menyarankan supaya kita perlu minum air 8 gelas sehari sedangkan saranan tersebut untuk mereka yang tidak menyusukan bayi. Bagi kita yang mahu menyusukan bayi, lagilah perlu menambahkan kuantiti air tersebut untuk diminum.
Sebab itulah, sepanjang menyusukan anak, Lisa akan pastikan minum air lebih 2 litre sehari. Dan Lisa pernah juga minum kurang air dan kesannya susu yang dihasilkan agak kurang daripada kebiasaannya.
5. Tenang dan Positif
Stress merupakan salah satu punca utama mengapa susu kurang dihasilkan oleh badan. Mungkin ada yang mengatakan itu hanya dongeng sahaja tapi tahukah anda apabila stress dialami oleh si ibu ia akan mengganggu hormon oksitosin yang membantu pengeluaran susu badan supaya lebih lancar. Ya, sebagai seorang ibu Lisa faham yang kita mempunyai cabaran dan masalah keliling kita tetapi kita perlu kawal emosi tersebut dan cuba bersikap tenang serta berfikiran positif demi menjaga pengeluaran susu dalam badan kita.
Ia bukanlah mudah tetapi kita boleh cuba sedaya upaya dan mohon dari ALLAH untuk diberi ketenangan serta kekuatan dalam menghadapai cabaran hidup dan pada masa yang sama tenang untuk menghasilkan susu buat si bayi.
Banyakkan istighfar dan berzikir kepada ALLAH. Dan jika anda perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan mengadu masalah yang dihadapi, anda boleh minta pertolongan dari suami mahupun orang terdekat dengan anda. Jangan simpan atau selindung masalah yang dihadapi kerana ia akan memberi kesan negatif kepada badan anda dan secara tidak langsung akan mengurangkan penghasilan susu badan.
Artikel berkaitan: Inner Baju Menyusu Yang Selesa
Setiap ibu pasti mahu berikan yang terbaik buat si anak, jika anda sudah lakukan perkara di atas tetapi sudah ditakdirkan susu badan masih kurang dihasilkan, janganlah sedih kerana itu mungkin yang terbaik buat anda. Tetapi selagi anda berusaha insyaALLAH ALLAH akan tolong hambaNya yang memohon bantuanNYA. Jangan mudah putus asa dan terus berusaha.
Anda adalah ibu yang hebat. Allah lihat usaha anda. Setelah berusaha, serahkan semuanya kepada Allah.
Adakah mampu diri ini menyusukan anak sehingga dua tahun?
Adakah susu badan cukup untuk bayi?
Jika tidak cukup, bagaimana untuk banyakkan susu badan?
Atau, adakah memang sudah ditakdirkan susu badan tak banyak dan anak-anak memang perlu susu formula?
Dilema ini bukan hanya anda seorang sahaja yang alaminya malah boleh dikatakan semua ibu di seluruh dunia mengalaminya. Kerana naluri seorang ibu mahukan yang terbaik buat si anak. Tambahan pula, pakar dan doktor kanak-kanak mengatakan susu yang terbaik di muka bumi ini adalah susu ibunya sendiri.
Masih segar dalam ingatan Lisa ketika menyusukan anak sulung Lisa, Fareeq. Lahir sahaja Fareeq di atas muka bumi ini, selepas dibersihkan oleh jururawat, mereka meminta Lisa menyusukan Fareeq di bilik menunggu sementara dipindahkan masuk ke wad. Masa itu, Lisa tengok Fareeq sangat bersungguh-sungguh untuk menyusu dan Lisa tengok macam tiada susu yang keluar. Fareeq dah start merengek. Suami Lisa di tepi cuba bagi kata-kata semangat dan dia suruh Lisa minum air banyak dan makan kurma. Tak lama kemudian Lisa tengok Fareeq dah start dapat susu dan sampai dia lena tidur sehingga 5-6 jam. Mungkin dia pun penat dan masih dalam dunia perut ibunya.
Alhamdulillah, rezeki yang ALLAH beri pinjamkan itu.
Jika anda melalui pengalaman ini seperti Lisa, syukurlah kerana ada ibu-ibu di luar sana sedang berusaha untuk banyakkan susu badan. Bagi anda yang sedang struggle untuk menyusukan bayi anda, di sini Lisa kongsikan 5 rahsia untuk banyakkan susu badan melalui pengalaman Lisa sendiri dan hasil pembacaan Lisa dari bahan bacaan dan penulisnya adalah pakar dalam dunia laktasi.
5 Rahsia Untuk Banyakkan Susu Badan
1. Fahami konsep 'Demand and Supply'
Konsep 'Demand and Supply' ini adalah ilmu asas untuk anda yang baru menjadi ibu dan mahu menyusukan bayi anda. Konsep ini mudah sahaja untuk difahami iaitu jika banyak permintaan maka banyaklah pengeluaran yang akan berlaku. Sebagai contoh sebuah kilang yang mengeluarkan kasut sukan. Jika banyak permintaan kasut sukan maka kilang akan mengeluarkan lebih banyak kasut sukan demi memenuhi permintaan di pasaran.Begitu juga susu yang ada dalam badan si ibu. Jika bayi anda mahu dan meminta susu yang banyak maka, banyaklah pengeluaran susu yang akan dikeluarkan oleh badan. Dengan syarat, setiap kali anak anda mahukan susu, anda perlu suakan puting anda ke dalam mulut bayi anda supaya bayi menghisapnya dengan baik.
Jika sudah habis menyusu dengan bayi, anda juga boleh pam susu supaya demand tersebut masih ada. Secara tidak langsung pengeluaran susu akan berlaku dan ia boleh menyebabkan bertambahnya kuantiti susu badan dihasilkan.
Anda mungkin meminati: Pilihan dan Jenis Breast Pump
2. Posisi Bayi Ketika Menyusu
Lisa ingat lagi ketika Lisa sedang menyusukan anak pertama dalam wad, ada jururawat tegur cara Lisa menyusukan anak. Dia kata cara tersebut salah menyebabkan bayi menangis tak berhenti sebab tak dapat susu. Selepas Lisa betulkan posisi bayi dan betulkan kedudukan Lisa semasa menyusukan Fareeq, alhamdulillah baru susu keluar dengan lancar.Posisi bayi ini termasuklah kedudukan si ibu serta posisi mulut bayi menghisap puting si ibu.
Gambar ini merupakan kedudukan ibu menyusukan bayi. Ibu perlu dalam keadaan yang selesa untuk menyusukan bayi. Jika ibu berasa sakit belakang itu disebabkan kedudukan ibu yang tidak betul. Maka pastikan ibu betul-betul berada dalam kedudukan yang selesa supaya bayi juga mudah untuk menyusu.
Gambar ini pula menunjukkan posisi mulut bayi memasukkan puting ibunya. Pastikan areola(kawasan warna gelap yang mengelilingi puting) dimasukan semuanya dalam mulut bayi.

No comments: