Perubahan Hidup Apabila Munculnya Anak Kedua


July 30, 2019
Apabila lahirnya anak kedua kami ke dunia ini iaitu Qaisarah Yusra, seolah-olah memberi satu sinar harapan dalam melengkapi ahli keluarga kecil kami. Sebenarnya sudah lama Lisa memendam rasa untuk mendapat anak perempuan, alhamdulillah ALLAH makbulkan doa Lisa untuk anak kedua ini.


Dalam melalui proses adapting when new person come to our family, ia membawa satu perubahan besar dalam hidup kami dalam keluarga kecil ini. Ada perubahan yang kami tidak jangka dan ada juga perubahan yang daripada awalnya kami sudah bersedia dari fizikal dan mental. 

Sarah dilahirkan ketika umur Fareeq baru mencecah 4 tahun 3 bulan. Bermaksud selama 4 tahun 3 bulan, Lisa, suami dan Fareeq sudah biasa kehidupan bertiga. Ke mana-mana kami bertiga. Buat apa-apa hanya kami bertiga. Semuanya hanya kami bertiga sahaja. Tiba-tiba selepas 4 tahun 3 bulan hadirnya seorang hamba ALLAH dalam dunia kami bertiga, ia sedikit sebanyak memberi kejutan di antara kami terutamanya Fareeq.

Semasa Lisa mula mengandungkan Sarah, Lisa memperbanyakkan cerita mengenai Sarah kepada Fareeq. Supaya Fareeq faham suatu hari nanti akan munculnya makhluk kecil yang dipanggil adik. 

Apabila kami lihat cerita kartun bersama, Lisa akan cerita kepada dia, nanti Fareeq macam tu la, ada adik. Kena layan adik dengan baik. 

Bila ada gambar bayi dalam story book, Lisa akan tunjukkan bayi tersebut seperti adik.

Bila kami pergi pasaraya dan ternampak bayi dan seorang abang di sisi, Lisa akan kata nanti Fareeq macam tu la. Adik dalam tummy mama, akan jadi bayi macam tu.

Bila kami menonton filem dan ada karakter bayi dalam filem tersebut, Lisa akan kata , nanti adik macam tu la. 

Bukan apa Lisa ceritakan semua itu kepada Fareeq, cuma Lisa nak Fareeq bersedia dari fizikal dan mental tentang kehadiran orang baru dalam hidup kami bertiga. 

Alhamdulillah apabila lahirnya Sarah, Fareeq tidak terkejut sangat dan dia sangat gembira kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Walaupun pada mulanya, memang nampak Fareeq seperti rasa pelik kerana sebelum ini fokus Lisa hanya kepada dia sahaja tetapi apabila Sarah muncul,  Fareeq terpaksa bagi ruang kepada Lisa untuk uruskan adiknya dan tidak terlalu tertumpu kepada dia sahaja. 

Lisa ada tulis mengenai 4 perkara yang perlu anda tahu sebelum melahirkan anak kedua kerana ia melibatkan perubahan dari segi rutin harian, emosi mahupun kasih sayang.



Antara perubahan utama yang boleh Lisa kongsikan dengan anda adalah.

Pengurusan Keperluan 

Keperluan untuk Fareeq dan Sarah sangat berbeza. Fareeq sudah capai umur 4 tahun lebih dan alhamdulillah dia pun sudah pandai uruskan diri seperti pergi ke tandas dan membuat rutin harian yang telah Lisa tetapkan dari awal lagi manakala keperluan Sarah tentulah A sampai Z Lisa perlu uruskan tambahan pula Lisa adalah full-time housewife, tiada pembantu. Maka di situ, Lisa perlu bahagikan masa untuk menguruskan Sarah dan menguruskan Fareeq di mana Fareeq perlu disediakan makanan dan keperluan asasnya untuk ke sekolah. 

Perbezaan keperluan tersebut membuatkan Lisa kadang-kadang ada yang terlepas pandang, sebab itulah Lisa akan tulis notes dan tampal di peti ais supaya ada perkara yang tidak tertinggal atau terlepas pandang. Apabila fokus dan tanggungjawab semakin bertambah ia juga memerlukan kita membuat sesuatu dengan lebih berhati-hati. 

Perubahan Masa

Mungkin sebelum ini, Lisa bukanlah orang yang terlalu menjaga masa tetapi apabila audah ada dua orang anak, masa itu ibarat emas. Lisa perlu bahagikan masa di antara menguruskan Fareeq, Sarah, keperluan suami , keperluan rumah dan kerjaya sebagai freelance writer dan blogger. Semasa Lisa mempunyai anak seorang sahaja, Lisa rasa banyak masa yang Lisa ada untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan keluarga. Tetapi hadirnya Sarah, Lisa merasakan seperti tidak cukup masa untuk buat semua tu dan perlu menguruskan masa sebaiknya. Jika tidak, sudah tentu ada perkara yang Lisa akan terlepas pandang.



Perubahan Emosi

Benarlah orang kata perubahan emosi akan berlaku apabila hadirnya orang baru dalam kehidupan kita. Emosi tersebut mungkin ada yang melibatkan positif emosi dan negatif emosi. Sebelum ini, Lisa seperti mudah marah kepada Fareeq jika dia buat sesuatu yang tidak kena caranya tetapi dengan hadirnya Sarah, Lisa lebih rasa kesabaran yang agak tinggi dengan perlakuan Fareeq serta adiknya.

Sebenarnya, anak-anak ini mengajar kita tentang sabar dan lebih bertindak rasional. Emosi ini juga melibatkan si ayah dan si anak yang pertama , dan bagi Lisa pasangan kita perlu sama-sama merasai apa yang kita rasa dengan berkongsi cerita kepada mereka. Janganlah memendam rasa jika anda perlukan seseorang untuk berkongsi masalah atau cabaran. Mereka berhak tahu tentang situasi emosi yang kita rasai.

Perbelanjaan Kewangan

Tahun depan adalah tahun 2020 di mana perbezaan cara hidup sangat ketara dengan 20 hingga 30 tahun yang lepas. Orang kata jika mahu tambah anak, perlu fikirkan juga soal keadaan kewangan kita bagaimana tetapi ada juga yang mengatakan anak itu pembawa rezeki. Ya, itu sudah pasti. Setiap anak ada rezekinya.

Mungkin sebelum ini, Lisa dan suami sudah meletakkan portion perbelanjaan untuk keperluan fareeq sahaja dan kini dengan kehadiran Sarah, portion untuk perbelanjaan anak akan bertambah. Sebab itulah, pengurusan kewangan juga akan perubahan dan sebagai ibu bapa kita perlu menguruskannya dengan baik demi masa hadapan mereka. Banyak atau sikit bukanlah perkara utama tetapi yang pentingnya, setiap anak ada bahagiannya. Tambahan pula, anak lelaki dan anak perempuan keperluan mereka sangat berbeza.




Perubahan hidup ini bukanlah sahaja akan berlaku apabila lahirnya anak kedua sahaja tetapi ia juga akan berlaku apabila lahirnya anak ketiga,keempat dan seterusnya. Perjalanan kita lebih panjang untuk dinikmati dan lalui pengalaman ini dengan hati dan fikiran yang terbuka. Perubahan yang berlaku akan lebih mematangkan untuk setiap ahli keluarga kecil ini.

Anggaplah setiapa hari yang kita bakal lalui merupakan hari pembelajaran buat kita sekeluarga. Setiap fasa mempunyai perbezaan pengalaman.


No comments:

Powered by Blogger.