Anda Bakal Melahirkan Anak Kedua? 4 Perkara Yang Wajib Anda Tahu

01:24
Apabila si ibu dan si ayah mendapat tahu mengenai bakal bertambahnya lagi seorang ahli keluarga, tentu perasaan teruja akan timbul dalam diri dan sudah pasti si ibu dan si ayah akan terfikir bagaimana perasaan dan cara untuk handle dua orang anak nanti. Adakah ia lebih senang atau lebih susah? Bagaimana dengan si abang dan si kakak?Adakah abang atau kakak akan gembira dengan kelahiran si adik? Bagaimana layanan kita nanti terhadap si abang/kakak dan adik nanti? Pelbagai persoalan yang timbul serta bermain dibenak pemikiran si ibu dan si ayah. Itu adalah normal untuk kita yang bakal menerima cahaya mata yang kedua.



Dalam melayani persoalan yang timbul, 5 perkara ini perlu ibu ayah ambil tahu sebelum melahirkan anak kedua supaya tiada istilah 'culture shock' yang akan berlaku di kalangan ibu ayah. 5 perkara ini tidak semuanya diberitahu oleh orang sekeliling anda dan di sini Lisa nak kongsikan dengan ibu ayah yang merancang untuk mendapat anak kedua mahupun sedang menanti kelahiran si kecil.

Anak Pertama dan Anak Kedua adalah Berbeza

Sebelum lahirnya anak ke dua di dunia ini, ibu ayah perlu tanamkan dalam fikiran bahawa anak pertama dan anak kedua adalah berbeza. Mereka adalah orang yang berbeza.

Berbeza dari segi apa?

Berbeza dari pelbagai segi. Contohnya, si abang jenis yang tidak kuat nangis tetapi si adik jenis kuat sangat nangis. Si abang jenis yang beri susu badan dan akan mudah lena tidurnya tetapi si adik perlu di dodoi dan diberikan buaian,barulah tidurnya lena. Si kakak jenis yang tidak kuat menyusu tiba-tiba si adik jenis yang kuat menyusu. Banyak lagi perbezaan yang akan ibu ayah hadapi di antara anak pertama dan anak kedua. Tentu ia merupakan satu kejutan buat anda.

Bagaimana untuk menghadapinya?

Apa yang perlu anda lakukan adalah terima perbezaan anak pertama dan kedua seadanya. Setiap perbezaan merupakan keistimewaan buat mereka. Cara anda untuk menghadai situasi tersebut juga akan berbeza. Fahamilah bahawa perbezaan ini akan berlaku sejak mereka lahir sehingga mereka dewasa nanti walaupun jantina si abang/kakak dengan si adik adalah sama.

Itu jugalah yang dihadapi oleh Lisa sendiri. Fareeq dan Sarah sangat berbeza seperti langit dan bumi. Ada yang lebih dan ada yang kurangnya. Mula-mula Lisa rasa sangat tertekan dengan perbezaan ini kerana Lisa tidak tanamkan mindset bahawa anak pertama dan anak kedua adalah berbeza. Maka mulalah Lisa kata " Kenapa Sarah kuat nangis tapi fareeq tak da pun macam ni.. Sepatutnya dia kena ikut abangnya". Sebab itulah pentingnya, kita memahami setiap anak berbeza karakter, berbeza perangai dan berbeza dari pelbagai segi.


Tiada Istilah Bahagi Kasih Sayang, Yang Ada Hanyalah Bertambah Kasih Sayang

Pernah dengar tak orang sekeliling anda berkata, nanti bila anak kedua lahir maka kasih sayang mak ayah kena bahagi dua. Bila dengar statement itu, seolah-olah kasih sayang terpaksa dikurangkan kerana berkongsi. Tetapi sebenarnya lagi molek bila kita berkata lahirnya anak kedua bertambah kasih sayang untuk anak pertama dan anak kedua. Jika sebelum ini kasih sayang untuk anak pertama adalah 100%, bila lahirnya anak kedua maka kasih sayang untuk anak kedua juga akan 100% . Ia makin bertambah bukan makin berkurang.

Barulah anak pertama tidak rasa dirinya dipinggirkan. Kerana dia akan rasa lahirnya adik, bertambah kasih sayang ibu bapanya bukan semakin berkurang. Sebenarnya, apabila perkara ini berlaku ia akan membawa kesan negatif kepada anak pertama sehingga mereka besar nanti.

Sebab itulah, ibu ayah perlu tanam pada diri iaitu kasih sayang makin bertambah bukan dibahagikan. Walaupun bunyinya seperti terjemahan dari matematik, tetapi itulah hakikatnya yang perlu kita ambil apabila kita bakal menimang cahaya mata kedua nanti.

Artikel berkaitan: Bagaimana melalui Fasa Anak Tantrum


Rutin Harian Akan Berbeza

Ya, rutin harian anda akan sangat berbeza apabila lahirnya si kecil. Mungkin apabila ada anak seorang, anda mempunyai banyak masa tetapi apabila lahirnya anak kedua, anda akan rasa masa tidak cukup untuk menguruskan pelbagai perkara termasuklah urusan rumah, keluarga mahupun kerjaya. Dengan perbezaan keperluan oleh anak pertama dan kedua, ia membuatkan banyak kerja yang perlu anda lakukan.

Contohnya si adik perlu susu badan dan si abang/kakak perlu makan solid food. Maka anda perlu bahagikan masa untuk memasak untuk si abang dan pada masa yang sama perlu susukan adik. Masa inilah, anda diuji tentang pengurusan masa. Jika anda ada pembantu,mungkin memudahkan kerja anda tetapi jika anda adalah seorang surirumah mahupun wanita yang bekerja, maka anda perlu tahu pengurusan masa yang betul.

Rutin harian anda tidak akan sama seperti sebelum ini.


Waktu Pantang Adalah Fasa Peralihan Emosi

Ada di kalangan anda, anak pertama dan anak kedua hanya beza setahun, dua tahun mahupun tiga tahun. Bagi anda mungkin ia masih tidak cukup buat si abang/kakak untuk mendapat kasih sayang secukupnya. Bayangkanlah si abang baru pandai berjalan tiba-tiba bakal mendapat adik. Tentu ada perasaan yang menggangu dalam jiwa anda.

Maka anda perlu tanamkan pada diri, waktu pantang iaitu 44 hari atau 2 bulan, ia merupakan tempoh atau fasa peralihan emosi. Masa itu mungkin anda akan banyak bermain dengan emosi seperti berasa sedih, mudah terasa dengan orang sekeliling, sering menangis dan sebagainya.

Bersabarlah ketika itu. Cuba luahkan perasaan yang terbuku kepada orang yang anda percayai dan orang yang terdekat dengan anda iaitu suami anda atau pun ibu ayah anda. Janganlah sesekali memendam rasa kerana mungkin jika anda pendam perasaan, anda mungkin akan mengalami pospartum depression. ia amatlah tidak bagus untuk kesihatan anda sendiri.


InsyaALLAH semoga perkongsian Lisa ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit pencerahan serta pendedahan kepada anda tentang perkara yang perlu anda tahu sebelum melahirkan anak kedua. Get prepared and insyaALLAH you can go through this beautiful journey as a mother.





1 comment:

Powered by Blogger.