Musim Panas di Doha, Qatar

Cerita tentang suhu, memang mula-mula Lisa rasa culture shock when i know the temperature is high which is around 46c. Rasa nak pengsan.

Sebelum fly ke Qatar, husband dah siap-siap pesan untuk get ready dengan cuaca di sini. Bila entrance door buka je untuk kami pergi menaiki teksi, terus angin panas menyambar muka. That time rasa bahang sangat-sangat. Cepat-cepat husband bawa masuk Fareeq dalam kereta sebab dia memang tak boleh kena panas macam putera lilin pulak anak aku sorang ni.



Sampai je di hotel, Waktu Fareeq keluar dari teksi terus dia menjerit

"Mama panas, mama panas"

Lisa cepat-cepat dukung dia bawa masuk lobi hotel. Ya ALLAH tuhan je yang tahu betapa panas nya bumi gersang ni. Tak dapat nak bayangkan penduduk di sini hidup macam mana. But new chapter of my diary will start here. So apa yang mereka lalui, i'll gonna thru.

Bila dah suhu tinggi, memang tidak digalakkan keluar rumah. Dan Lisa tengok dan perhatikan mereka di sini lebih senang duduk dalam rumah sahaja ketika siang tapi belah malam barulah semua keluarga akan keluar untuk menikmati udara luar.

Kiranya malam adalah quality time mereka di luar. Walaupun pada waktu malam suhu masih tinggi tapi tidaklah setinggi ketika waktu siang. Masih lagi boleh bertahan. Almost 2 weeks, Lisa n Fareeq was here fareeq nampak nya macam dah makin boleh biasakan diri dengan cuaca dan suhu di sini. Kalau di Malaysia, panas sikit pun dia dah bising, tapi kat sini even panas terik dia dah boleh bertahan.

Alhamdulillah. Macam pepatah kata alah bisa tegal biasa. Eh betul ke pepatah yang aku cakap ni. If salah sila betulkan ye...heheh

Bila suhu di luar tinggi, maka dalam rumah memang sentiasa pasang aircond je. Mungkin di sini mereka dah biasa dengan keadaan ini maka pasang aircond 24 jam pun air cond tak meletop pun. Canggih kot teknologi dorang ni.

Bulan depan dijangka suhu akan meningkat 50 darjah. Huaaaa....lagi la tak boleh keluar rumah. Kalau bulan ni, masih boleh lagi bawa Fareeq keluar main dalam 10 hingga 15 minit tapi bulan depan belum tentu lagi.



Syukurlah anda yang berada di Malaysia, suhu di Malaysia masih boleh dikira sederhana. Nak keluar rumah sesuka hati pun tak pa. Nak berjalan atau berjogging sejam dua jam pun tak pa.



Sebab itulah, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, syukur dengan di mana kita berada. If we keep complaining, minta dijauhkan dari menjadi kufur nikmat.

InsyaALLAH, semoga kepanasan yang ALLAH bagi pinjam di dunia ni beri sedikit gambaran neraka ALLAH tu macam mana. Semoga diri ini dapat muhasabah.

Audit diri.




4 comments:

  1. salam kenal permatabiru singgah sini :)

    ReplyDelete
  2. panasnya kat Sana. Kalau 50 macam mana la ye X dpt bayang mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pns sgt. tak boleh keluar rumah. time malam baru boleh...hehhe

      Delete