Percutian Di Gold Coast, Morib


October 06, 2015

Sebenarnya dalam otak ni tak terfikir pun nak pergi ke Gold Coast, Morib. Waktu pergi MATTA FAIR bulan lepas, dalam fikiran ni memang nak pergi Bali. Sebab aku dah survey dengan my friends and a few blogger pasal keindahan dan kecantikan di Bali. Hati memang penuh membara ni nak pergi Bali, tapi bila sampai sahaja di Booth Indonesia, aku pun Tanya la tentang pakej hotel semua, tiba-tiba last question dia Tanya kat aku

 “bak ada anak kecil ya nak pergi ke sana?”

“aah, ade. Tu budak kecik tu.” Aku tunjuk fareeq yang tengah leka main dalam stroller.

“Saya nasihatkan bak, baik jangan pergi jika ada anak kecil. Di sana panas bak”


Dalam otak aku, kalau panas pakai je la paying tak pun pilih je la hotel yang ada air cond kan senang.
Husband aku cakap, rupanya panas tu maksudnya benda-benda yang kita tak Nampak kat sana. Kawan dia pi honeymoon pun kena kacau. OOOoooooo……… baru aku faham… loading lambat sikit.


Then, kitaorang kumpul semua flyers vacation then we sit one place and review balik semua sekali. Pastu, decide mana nak pergi. Tiba-tiba da satu flyers yang husband aku ambil dan dia cakap


“Even I dok kat Banting dh 26 tahun, I tak pernah pergi  Gold Coast.”


Kasihan pula aku tengok husband aku ni…heheh… lagi pun memang dah da niat awal nak bagi hadiah kat fareeq sebab dia dah start reti main air. If aku cakap pasal mandi atau main air, senyum tu tak sah tak sampai ke telinga.


Kitaorang decide ambil pakej weekdays sebab lagi murah dan berbaloi sebab ambil weekend harga dah lain dan confirm2 crowded. Tak da feel beb nak bercuti if ramai orang.


Day 1
Kitaorang sampai awal juga dalam pukul 10 pagi. Kami dapat masuk kat dalam theme park untuk 2 hari. Tapi hotel check in pukul 3 petang. So,kami main air dulu puas-puas. Fareeq bukan main seronok betul dapat air.



Nampak tak budak kecik tu memang la happy sangat. Papa pun tak kurang juga.


Makan tengahari, kami pilih pergi ke Pantai Morib Baru. Banyak pilihan makanan yang ada. Harga pun not bad. Ada nasi kukus, lauk campur, dan sebagainya. Dan kalau nak beli pelampung untuk kids sangat best beli di Pantai Morib Lama, sebab harga berbaloi dan da banyak pilihan.




Pukul 3 tepat kami check in. Rehat jap dalam bilik then after asar main lagi air kat water theme park. Disebabkan kami main air dengan si kecik ni, so kami memang alert dengan dia. If dia dah start genggam tangan dan  dah tak boleh senyum maksudnya dah memang kesejukan la tu. Kami terus bawa dia masuk dalam bilik. Ibu bapa yang bawa anak, jangan lupa stand by balm supaya elak dia cepat selsema.


Fareeq yang merasmikan dulu katil ni.


Yang bestnya, kami dapat pakej bilik hotel yang ada Jacuzzi. So sangat rilex even duduk dalam bilik.
After solat isya, kami dinner di luar iaitu di restoran faizol. Tak jauh dari Gold Coast , Morib. Dalam 15 minit je. Tahu bakar dan otak-otak JB memang terangkat. Kami ambil set menu untuk 2 orang iaitu ada nasi, tom yam sea food, sayur kalian ikan masin,sotong goring tepung, sambal belacan.  Ramai juga pengunjung di sini.

tahu bakar memang terbaik.


Time ni tak ramai orang lagi, sebab masih awal lagi dalam pukul 8.30 mlm. 


Santai dinner.


Day 2

Disebabkan tak ramai orang time weekdays, kami breakfast like hotel ini kami yang punya. Seriously best. Banyak pilihan breakfast kat sini. U can choose healthy breakfast or unhealthy breakfast. Semuanya ada.


Pukul 9 pagi, kami masuk balik dalam water theme park. Mandi lagi…. Hehehhe….. Memang puas kali ni. Tak ramai orang pun. Boleh di kira berapa family je yang ada. Kebanyakannya chinese.




korang boleh request nak bilik menghadap pantai atau menghadap jalan.


Pemandangan yang menghadap pantai. Kat sini ada juga jual sotong goreng tepung, pisang goreng cheese tapi harga memang berganda-ganda.


Tips dari aku



  1.   Firstly, kalau nak pergi Matta Fair, dah plan dari awal nak pergi mana, bulan berapa, budget berapa. Dan ada back up planning. Jangan jadi macam kitaorang tetiba je blur kejap. Pastu, dalam dompet kena stand by dalam rm 100 ke atas sebab normally dorang akan minta deposit rm100 ke atas kalau korang memang nak book pakej tu.  Jangan nak mengada sampai PWTC, baru nak pergi draw duit, sebab that time ramai orang.
  2. Seriously, recommended to all yang ada kids boleh datang ke Gold Coast Morib. Memang best. Tapi kalau korang nak honeymoon, I don’t think this is the best place for you
  3.   Nak pergi Gold Coast, Morib better masa weekdays. Sebab tak ramai orang dan rate lebih rendah. Dan korang akan rasa hotel ini aku yang punya.
  4. Kalau nak dinner, better pergi area Pantai Morib Baru sebab kat sini banyak pilihan makanan seafood. Ada juga yang recommend pergi Bagan Lalang, tapi kitaorang tak pergi sana sebab perjalanan ambil masa setengah jam dan jalannya memang gelap gulita.

Sekian sahaja perkongsian aku kali ni tentang percutian di Gold Coast, Morib. Selamat membaca kawan-kawan.

 Kepada yang berminat untuk turun atau naik berat badan secara sihat boleh hubungi Coach Lisa di talian 0129232202. Dapatkan pakej yang menarik untuk program-program yang Lisa sediakan.

No comments:

Powered by Blogger.