9 Tips Kurus Bulan Ramadhan Untuk Diamalkan


April 05, 2022

 9 Tips Kurus Bulan Ramadhan Untuk Diamalkan | Apabila masuknya bulan Ramadhan, pasti umat Islam di seluruh dunia sangat gembira kerana ia adalah pesta ibadah dan amalan kita digandakan. Terdapat banyak pahala yang bakal diperolehi jika kita lakukan amal ibadah seikhlas hati dan niat kerana Allah. Di samping itu juga, jangan dilupakan tentang kesihatan badan kita. Setelah 11 bulan badan kita bekerja kini, bulan puasa adalah bulan untuk badan kita rehat seketika. Itulah indahnya Ramadhan untuk kesihatan badan.




Tidak kurang juga ada yang mengambil peluang keemasan ini untuk mendidik diri supaya menurunkan berat badan ketika bulan ramadhan. Tak salah niat untuk kita kurus pada bulan puasa kerana ia juga tuntutan dalam islam untuk menjadi kita lebih sihat dan mudah beribadah.

Baiklah Lisa kongsikan 9 Tips Kurus bulan Ramadhan untuk diamalkan supaya anda tidak tersalah langkah dalam mengamalkan ilmu pemakanan dan penjagaan diri kesihatan. Kerana kajian menunjukkan pada bulan Ramadhan lah yang ramai mereka pergi ke klinik atau hospital dek kerana masalah kesihatan terutama sekali perut. 

1. Bersahur 

Mengapa sahur penting dalam kesihatan badan ketika berpuasa dan membantu dalam penurunan berat badan? Kerana apabila anda bersahur, ia membekalkan tenaga kepada badan anda untuk digunakan sepanjang hari sebelum berbuka. Ia juga dapat mengawal perasaan yang terlalu lapar ketika berbuka. 

2. Minum Air Kosong Secukupnya

Pada bulan bpuasa badan kita sangat mudah untuk berlakunya dehedrasi. Apabila dehedrasi berlaku kepada badan maka kita akan mudah penat, letih dan emosi juga akan terganggu. Ia memberi kesan negatif kepada badan. Cara untuk mencukupkan air dalam badan adalah dengan, minum air 200-300ml pada waktu sahur dan 1-1.5litre pada waktu berbuka dan sepanjang malam sebelum tidur. 


3. Makan Tidak Lebih Daripada Jumlah Kalori Badan Anda

Setiap badan mempunyai jumlah kalori yang berbeza, maka anda tidak boleh memakan ketika berbuka dan bersahur lebih daripada jumlah kalori tersebut. Jika terlebih maka boleh berlakunya kenaikan berat badan pada bulan puasa. Itu juga punca utama mereka yang susah nak kurus walaupun bulan ramadhan. Bagaimana nak tahu jumlah kalori badan anda terbakar sehari berapa? Boleh cek di Website Ini. 


4. Lakukan Senaman Ringan Sebelum Berbuka atau Selepas Terawikh

Senaman ringan sebelum berbuka sangat membantu dalam proses penurunan berat badan dan baik untuk kesihatan badan kerana seluruh tubuh anda aktif beraktiviti dan mengeluarkan peluh. Lebih aktif anda seharian, lebih banyak kalori akan dibakar dan lebih cepat anda akan turun berat. Namun begitu, ia bukanlah tiket untuk anda boleh makan apa sahaja termasuk tinggi gula, tinggi garam dan tinggi kalori. ia perlu disertai dengan piramid makanan.


5. Perbanyakkan buah dan sayur

Mesti anda sudah jemu dengan point ini kan? Kerana Lisa percaya mana-mana tips turun berat badan di bulan ramadhan pasti akan masukkan point ini. Bermaksud ia amat penting untuk kesihatan badan kerana nutrisi yang diperlukan oleh badan ada dalam buah dan sayuran. Salah satu perkara yang bagus ada dalam buah dan sayuran adalah serat/fibre ia membantu dalam sistem pencernaan badan kita.


6. Kurangkan Minuman Dan Makanan Manis 

Perkara ini sangat penting kerana kebiasaannya waktu bulan Ramadhan lah ramai antara kita menggandakan pengambilan makanan dan minuman manis seolah-olah, untuk memberi reward kepada badan setelah seharian berpuasa. Tetapi itu bukanlah cara terbaik untuk reward badan, kerana ia boleh menyebakan sugar spike dalam badan kita dan menyebabkan insulin akan naik secara mendadak. Hal ini memberi kesan negatif kepada gula dalam darah anda.


7. Tidur Yang Mencukupi

Bagi orang dewasa, 5 hingga 6 jam sehari tidur adalah terbaik untuk badan kita. Apabila badan mendapat rehat yang cukup, anda sendiri akan rasa lebih sihat dan bertenaga sepanjang hari walaupun ketika berpuasa. Namun sebaliknya, anda akan mudah rasa lemah dan sentiasa lapar dan ia tidak membantu dalam kesihatan badan anda.


8. Kandungan Protin 

Ramai yang tersalah anggap mengenai makanan yang bersumberkan protin dan karbohidrat. Jika anda mahu kenyang lebih lama, sumber protinlah yang akan membantu anda untuk kenyang lebih lama berbanding karbohidrat yang tujuannya adalah untuk bekalkan tenaga pada badan. Jangan risau jika anda mengambil protin lebih drpd karbohidrat, badan anda tidak akan menjadi seperti mereka yang sertai sukan bina badan. Sumber protin ini boleh diambil ketika berbuka puasa seperti ikan, ayam, tempe, tauhu.


9. Ikut Cara Pemakanan Sunnah Rasulullah s.a.w

Caranya adalah berhenti sebelum kekenyangan. Jangan berhenti setelah terlalu kenyang. Kerana jika terlalu kenyang, badan kita akan rasa cepat lemah dan kita juga akan rasa tidak larat untuk beribadah. InsyaALLAH dengan panduan yang Rasulullah sudah gariskan buat kita sebagai umatnya, sudah pasti ia membawa kebaikan kepada kita




Semoga dengan perkongsian 8 tip kurus bulan ramadhan untuk diamalkan ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk menjalani ibadah puasa dengan harmoni dan bertenaga. Kongsikan artikel ini dalam media sosial anda supaya lebih ramai orang di luar sana dapat manfaatnya. 


No comments:

Powered by Blogger.