Panduan Lengkap Penyediaan Makanan Bayi 6 hingga 8 Bulan


September 04, 2019
Adakah anda seorang ibu yang sedang mencari panduan lengkap penyediaan bubur bayi 6 hingga 8 bulan?

Adakah anda masih keliru apa makanan pertama yang perlu diberi kepada bayi?

Adakah anda sedang mencari solusi bagaimana untuk mengatur jadual pemakanan bayi?

Dan adakah anda rasa excited untuk memberi makanan yang pertama buat anak?

Jika ya untuk kesemua soalan ini, anda sedang berada di entry post yang betul. Sebagai seorang ibu yang sedang mempunyai anak berusia 6 bulan, Lisa juga seperti anda sangat excited untuk beri solid food kepada anak. Lisa tengok anak Lisa yang kedua ni (Sarah) pun tak sabar nak makan solid food. Mana taknya, dia asyik gigit apa saja yang ada di depan mata dan barang yang dicapai. Oklah, kali ini, Lisa nak kongsikan dengan anda tentang panduan lengkap dalam penyediaan makanan bayi 6 hingga ke 8 bulan.



Apabila kita pergi ke klinik kesihatan, doktor mahupun nurse akan menyarankan untuk perkenalkan solid food kepada bayi setelah umur mereka mencecah 6 bulan. Kerana pada masa ini, perut anak sudah bersedia untuk menerima makanan berbentuk sedikit pepejal. Sebagai permulaan, anda perlu perkenalkan makanan kepada bayi dalam kuantiti yang sedikit. Selepas anda mendapati anak anda dapat menerimanya, anda boleh tambahkan kuantiti makanan tersebut secara beransur-ansur mengikut tahap umurnya.

Berikut adalah 10 Soalan Yang Sering Ditanyakan Oleh Si Ibu Berkenaan penyediaan makanan bayi umur 6 hingga 8 bulan.

Apakah makanan pertama yang perlu diperkenalkan untuk bayi yang baru mencecah 6 bulan?

Jika dilihat dalam buku rekod kesihatan anak yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan, mereka menyarankan untuk perkenalkan anak dengan makanan ruji kita iaitu nasi, sayur dan sumber protin. Namun begitu, janganlah berikan ia secara serentak. Kenalkan dahulu anak dengan bubur nasi yang cair, puri sayur, puri buah terlebih dahulu.



Tekstur Puri atau Bubur Yang Bagaimana Sesuai Untuk bayi 6 bulan?

Jika bayi 6 hingga 8 bulan, tekstur yang sesuai adalah sedikit pekat. Seeloknya dilecek atau diblend supaya anak mula belajar untuk menelan makanan dan mengunyah sedikit demi sedikit.


Berapa Kali perlu beri makan untuk bayi?

Bagi makanan utama, sebanyak sekali atau 2 kali sehari. Bagi snacking pula sekali atau dua kali sehari. Untuk permulaan, anda boleh beri anak makanan sekali atau 2 kali dahulu. Kemudian, boleh tambah snacking. Lakukan berperingkat.


Artikel Berkaitan: Cara Cepat Masak Bubur Nasi Bayi 





Berapa banyak nak beri anak makan?

Mulakan dengan 1 hingga 2 sudu teh dahulu. Kemudian, jika nampak keinginan anak untuk makan makin bertambah maka, naikkan jumlah sudu tersebut.

Bagaimana nak tahu jika makanan tersebut sesuai atau tidak dengan anak?

Lakukan 4DR(4 Days Rule) iaitu berikan makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut. Sebagai contoh 4 hari pertama hanya beri anak bubur kosong sahaja, kemudian 4 hari berikutnya kenalkan anak dengan puri carrot dan seterusnya. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti makanan apa yang menyebabkan anak alergik atau sembelit. Supaya kita boleh elakkan makanan tersebut daripada memberi kepada bayi. Jika anak lepas dengan 4 days rule ini, anda boleh cuba contohnya bubur nasi campur dengan kurma, kemudian boleh ditambah lagi dengan puri yang lain.

Bagaimana nak tahu jika anak mengalami sembelit atau tidak?

Nak tahu anak mengalami sembelit atau tidak, anda boleh lihat apabila dia meneran yang bersungguh, najisnya berketul dan berdarah. Jika ianya berlaku, anda boleh berikan kepada anak 4P(Prune, papaya, peach and plums). Boleh juga buah naga dan pear.

Bagaimana nak selangkan waktu makan dan sesi menyusu?

Kebiasaannya, selangkan waktu makan dengan waktu menyusu sejam atau setengah jam supaya anak tidak muak dan ia boleh menyebabkan muntah.

Anak makan sikit sahaja. Bagaimana nak beri anak makan berselera?

Ya, pada usia 6 bulan ke atas anak perlu makan makanan yang cukup untuk bantunya bertenaga untuk merangkak dan melakukan aktiviti perkembangan fizikal dan mental. Jika anak kurang makan untuk 1 sesi tersebut, anda boleh tukar strategi dengan berikan makanan secara kerap. Instead of 2 times a day, then anda boleh ubah kepada 3 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit.


          

Boleh beri anak nestum atau makanan segera bayi?

Terpulang kepada anda. Tetapi lebih baik kenalkan anak anda dengan makanan asli dan tiada tambahan gula atau garam. Latih anak untuk sukakan real food supaya mengelakkan mereka menjadi picky eater.


Ada Contoh Jadual Lengkap untuk bayi 6 hingga 8 bulan?

Ada. Contohnya seperti di bawah. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian anak anda. Ini hanyalah cadangan dan idea jadual pemakanan bayi untuk 6 hingga 8 bulan.












 Sumber gambar dari Group Facebook Happy Baby Foods Malaysia.



Untuk maklumat lanjut dan ingin menyertai 150 000 ibu Malaysia yang menbincangkan tentang pemakanan bayi, anda boleh sertai group facebook Happy Baby Foods Malaysia. Terdapat mereka yang berpengalaman serta pakar dalam bidang laktasi dan pemakanan bayi sehingga kanak-kanak ada di dalam group tersebut. 

Semoga entry post ini bermanfaat kepada anda dan dapat memberi gambaran serta panduan lengkap penyediaan makanan bayi 6 hingga 8 bulan. Anda juga boleh rujuk kepada doktor serta pakar pemakanan kanak-kanak di hospital. 

20 comments:

Powered by Blogger.