Dengan 1 Cara Mudah Ini Dapat Jimatkan Masa Masak Bubur Nasi Bayi


August 28, 2019
Sebagai seorang ibu yang pertama kali ingin memberi anak makan solid food apabila mereka sudah mencecah umur 6 bulan sudah tentu ibu rasa sangat excited. Pelbagai bahan bacaan serta ilmu yang ditimba untuk mengetahui bagaimana cara masak bubur bayi yang baru mencecah 6 bulan. Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran si ibu tentang penyediaan bubur bayi.

Bagaimanakah tekstur bubur bayi?

Adakah perlu cair atau sedikit pekat?

Berapa kali bayi perlu makan?

Apa makanan pertama yang perlu diperkenalkan kepada bayi yang baru masuk 6 bulan?

Bagi persoalan di atas, Lisa ada huraikan di entry post yang berikut supaya dapat beri panduan kepada ibu-ibu yang masih keliru dalam penyediaan bubur bayi.

Untuk entry post ini, Lisa ingin berkongsi dengan anda 1 cara mudah yang dapat jiatkan masa untuk masak bubur bayi. Cara ini dapat membantu anda sebagai seorang ibu yang sibuk tidak kisahlah sama ada anda adalah ibu bekerja mahupun ibu suri rumah. Lisa pasti kedua-duanya mempunyai komitmen kerja yang memerlukan anda untuk menjimatkan masa untuk menyediakan makanan bayi.



Bagi bayi yang baru mencecah 6 bulan, anda perlu membuat tekstur nasi yang sangat halus dan sedikit cair. Kerana mereka sudah biasa dengan susu ibu mahuun susu formula yang berbentuk cecair maka ia ambil masa untuk bayi belajar menelan dan mengunyah sedikit demi sedikit.

Cara-cara Menyediakan Bubur Nasi Yang Mudah untuk bayi 6 bulan

Langkah pertama

Masukkan beras ke dalam bekas kecil seperti di bawah. Tambahkan air ke dalam bekas tersebut. Buatlah anggaran banyak mana yang bayi anda akan makan. Selalunya doktor atau pihak kesihatan menyarankan 2 hingga 3 sudu makan  beras iaitu 200ml.



Langkah Kedua

Masukan bekas tersebut ke dalam peti ais di bahagian sejuk beku. Biarkan ia semalaman.



Langkah Ketiga

Keesokan harinya, bila anda mahu masak bubur bayi, anda hanya perlu keluarkan bekas tersebut dari peti ais. Panaskan periuk kecil dan masukkan beras beku tersebut dan tambahkan sedikit air. Anda akan dapati ia hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk masak.


Jika anda tekstur lebih halus, anda boleh blend kan bubur tersebut.


Untuk melihat lebih detail cara masak bubur bayi dan teksturnya, anda boleh lihat video di bawah dan boleh klik di youtube channel Lisa.


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menyediakan bubur nasi untuk bayi yang baru mencecah 6 bulan.



No comments:

Powered by Blogger.