Aku Bukan Mua'laf.. Siri 1
Dentuman bunyi kuat memecah kesunyian jalan yang
menghala ke Kuala Lumpur. Beberapa orang pejalan kaki terpaku melihat kejadian
yeng mencuri perhatian mereka. Sebuah kereta proton saga biru remuk di bahagian
bonet belakang manakala sebuah kereta Honda City di hadapannya remuk teruk.
Kereta proton saga biru berpusing beberapa kali di
tengah jalan raya sebelum melanggar divider. Seorang ibu dan anak kecil
tercampak keluar dari perut kereta saga. Manakala si ayah, kepalanya terhantuk
di stereng kereta dan tidak sedarkan diri.
Terasa tubuhnya tercampak di tengah jalan.
Pandangannya semakin kabur. Tapi dia sempat melihat seorang ibu yang berlumuran
darah masih sempat menyusukan bayi yang tidak berhenti-henti menangis. Kalimah
terakhir yang dia dengar dari mulut wanita tersebut adalah kalimah yang sangat
asing baginya.
“Asyhaduallah ila Haillah, waAsyhaduanna Muhammad
alRasulullah”
Kalimah itu semakin sayup-sayup didengarnya. Kesakitan
amat yang dialaminya sudah tidak dirasakan lagi. Semuanya hilang serta merta. Matanya
tertutup. Hanya pandangan hitam yang dia rasakan. Tubuhnya terasa layu dan
tidak langsung bermaya.
**************************************
Setelah Prof. Dr. Zaidi keluar dari kelas, aku segera memasukkan semua buku-buku yang telah digunakan tadi ke dalam perut bag. Sebatang pen hitam dan satu buku nota kecil aku selitkan di tepi bag supaya mudah untuk aku ambil nanti. Selalunya, aku akan catatkan segala kerja rumah yang diberikan oleh pensyarah akan aku tulis dalam buku tersebut.
Marz datang menghampiriku. Ambil tempat di sebelah. Mujur mamat sebelah aku tadi awal-awal lagi dah tinggalkan kelas. Aku mengerlingnya. Pasti dia mahu tanyakan tentang assignment yang baru diberikan oleh Wak Zaidi, itulah gelaran yang diberikan oleh teman sekelasku kepada pensyarah yang separuh abad umurnya. Selamba. Setiap hari, tubuhnya hanya dikenakan dengan kemeja kotak-kotak dan berseluar slack hitam, janggut dan misainya tak jauh beza dengan gaya Wak Doyok cuma perbezaannya adalah warna janggut dan misainya putih. Menampakkan dia lebih tua dari usianya. Bila berjalan perutnya yang akan mendahului badan.
"Eh, Ebi kau dah plan pa pe tak untuk buat design sempena Festival Fashion Muslimah tu. Kalau design kau terpilih , famous kau nanti. Semua reporter keliling kau."
Aku memandang dia tajam. Tidak pasti kata-katanya sebagai pembakar semangat atau hanya nak membakar hati aku.
"Ah! Tak kuasa aku nak masuk fashion muslimah tu. Aku sendiri pun tak berapa nak muslimah, inikan pula nak buat baju orang lain. Baik aku masuk Festival Fashion Antarabangsa lagi glamour " Aku membalas pertanyaannya.
"aku tau la kau ni memang tak layan tudung dan muslimah ni tapi apa salahnya cuba nasib. Tadi Wak Zaidi kan offer kat kelas kita siapa yang berminat boleh hantar design. Kau kan power bab-bab design"
Sambil Marz membebel, barang-barang aku sudah kemas rapi. Teman sekelas yang lain sudah pun meninggalkan tempat duduk. Mungkin semuanya perut sudah berkeroncong. Aku lihat jam di tangan menunjukkan Pukul 1 petang. Aku terus menarik tangan Mars/
"Jom sembang sambil jalan-jalan cari makan. Aku laparla. Dari tadi perut aku nyanyi dondang sayang jangan sampai dia nyanyi lagu Cindai sudah"
bersambung....

No comments: