Tips berpantang cara tradisional dan moden
Assalamualikum w.b.t
Sementara Fareeq tengah tidur sempat aku update entry blog ni, sebenarnya banyak aku nak story tapi buat sementara waktu ni sikit-sikit je la dulu ye, sebab fareeq kadang2 cepat terjaga. Aku pulak jenis pantang dengar dia menangis. Become clumsy beb. Terus je nak tenangkan dia. Lagipun mak aku cakap baby jangan dibiarkan menangis terlalu lama,nanti cepat kembung perut.
Entry kali ni aku nak berkongsi pengalaman sepanjang aku berpantang secara ala-ala tradisional. Pengalaman yang sangat teruja. Disiplin memang tahap tinggi tau.
First and foremost, berpantang ada setengah mentafsirkan pantang makan sahaja,tapi ada juga orang kata waktu berpantang lepas bersalin banyak benda kena jaga bukan setakat makanan tapi dari segi perlakuan, aktiviti harian dan sebagainya lagi.
Aku berpantang di rumah mak mertua dalam 3 minggu dan 2 minggu lagi di rumah mak ayah aku di Perak.
1. Bengkung.
Sepanjang 44 hari memang badan aku ni tak terlepas dari berbengkung. Mak mertua aku cakap bagi badan kita kembali bentuk asal. sebelum berbengkung, perlu sapu limau nipis dan kapur di perut. Supaya perut cepat kempis, almaklum sebelum ni kan perut orang mengandung kan besar.Tapi memang menjadi,dalam masa 5 hingga 7 hari perut kembali bentuk asal. Siapa nak perut kempis,boleh la amalkan petua nenek moyang kita. waktu aku pakai bengkung,memang la jalan dah macam dayang senandung je,tersipu-sipu,perlahan-lahan.
2. Tangas
ada setengah orang tak familiar dengan tangas ni. aku pun first time dengar. Rupanya ia untuk baikkan luka. Sebelum mandi letak serbuk tangas ni dalam baldi berisi air panas,pastu letak dekat di antara kaki , wap dia akn naik atas kita supaya percepatkan sembuh luka di bawah.
3. Mandian Herba
Kebetulan mak mertua aku ni pengedar mandian herba. keliling rumah tanam pokok-pokok herba. Memang best rupanya mandi herba ni, terus aku rasa badan ringan lepas bersalin. SEpanjang 44 hari memang setiap pagi dan petang aku guna daun herba ni.
4. Serbuk Manjakani.
ini pun first time aku tau kewujudan manjakani...sebelum ni tak pernah tahu pun. serbuk ni sapu di bahagian luka bawah, memang cepat baik. macam aku, hari ke 10, aku dah bersila dah supaya senang nak menyusukan fareeq. Ada setengah orang aku dengar ambil masa juga nak sembuh luka.
5. Tapal Perut.
Ha yang ni untuk mengelkkan kembung atau masuk angin. Aku akan sapu kat perut sebelum tidur bagi selesa dan lena, walaupun sepanjang waktu pantang,fareeq kadang-kadang waktu malam mengamuk juga,tapi ok la aku still boleh tidur balik lepas tu.
6. Bedak sejuk
Bedak sejuk ni aku tak pakai secara konsisten sangat,sebab aku lebih selesa pakai skin Herbalife dan lagipun aku pernah ada sejarah athma,so orang kata bedak sejuk ni kan ada serpihan tu boleh buat kita cepat selsema. Pencuci muka skin herbalife memang power. Alhamdulillah,kulit muka memang tak da masalah sepanjang waktu pregnant dan berpantang.
aku ambil jamu ni bagi luka dalam cepat baik dan mengelokkan sistem peranakan kita.
8. Bertungku.
Mak aku sangat la strict bab tungku ni. Pagi subuh, dengan mata terkebil-kebil lagi,aku dah bertungku. If suami aku ada,dia la yang tolong panaskan tungku atas api,kalau tak ayah aku jadi mangsa. Heheh... sebab orang kata masa berpantang tak boleh angkat berat-berat nanti mudah jatuh peranakan. Bertungku ni sgt la bagus,supaya badan kita ni rasa panas dan selesa, pastu cepatkan pengecutan rahim.
9. Berurut.
aku berurut dalam masa 5 hari. Balik je dari hospital, bidan kampung dah datang rumah untuk urut aku. Wak demi urut memang power, terus badan rasa lebih ringan.
ini lah set bersalin yang mak mertua aku bagi. Kepada yang nak dapatkannya, boleh hubungi mak mertua aku sebab mak mertua aku jual set bersalin ni. :)
Makanan.
Dari segi makanan, memang la aku jaga gila-gila, Mak dan mak mertua aku pun agak strict bab ni, supaya kesihatan dalaman kita terjaga. so, aku memang ikut je apa yang dorang cakap. Tak pernah cakap tidak. Sepanjang 44 hari aku boleh turun sebanyak 11kg, sedangkan baby baru 3.4kg so selebihnya adalah lemak tepu aku, hasil dikumpulkan sepanjang 9 bulan mengandungkan dia.
Lauk- dorang masak guna ikan haruan,kekisi, pastu ada 2 or 3 jenis ikan lagi. ayam dan daging aku start makan waktu hari ke 30.
Sayur- kobis,sawi,carrot merah dan lectus. 4 jenis ni je la yang aku makan sepanjang 44 hari. dan ia dimasak dengan air sahaja. ada juga campur dengan bawang putih dan halia.
Sarapan- aku memang loyal dengan shake herbalife supaya bagi nutrisi kepada badan aku dan untuk baby.
Jadual Makan orang berpantang.
8 pagi- Shake herbalife, aloe vera herbalife, oemga 3 herbalife,multivitamin herbalife
10.30pg- biskut dan air kosong
12.30 tghar- nasi,lauk dan sayur
4.30 ptg- biskur dan air milo
6.30ptg- nasi,lauk dan sayur.
petua orang lama kata, makan kena sebelum maghrib. Mandi pun kena sebelum maghrib.
Okey lah got to go, Fareeq dah bangun sebab tak rasa selesa la tu. So kena mandikan dia.
No comments: