Preloved Buku Cerita English Kanak-kanak

Sejak Fareeq kecil lagi, Lisa sudah dedahkan Fareeq dengan buku cerita english supaya dia mudah faham bahasa english dan pada masa yang sama boleh bertutur bahasa english. Orang kata bila kita dedahkan anak dengan pelbagai bahasa, ia dapat meningkatkan lagi tahap keupayaan keyakinan mereka kerana mereka dapat berkomunikasi dengan orang asing. Kebetulan, Lisa dan suami tinggal di negara Qatar sejak fareeq berumur 2 tahun lebih maka dia terpaksa menguasai bahasa english sama ada bertutur mahupun membaca. Environment kami di Qatar kebanyakannya berbahasa english dan hanya beberapa keadaan sahaja yang perlu kami berbahasa arab.

Sebab itulah, Lisa memang mencari buku cerita english kanak-kanak untuk Fareeq baca dan kebetulan Lisa terjumpa dengan satu website ini di mana ia menjual harga buku english kanak-kanak preloved yang murah dan berbaloi-baloi. Jika dibandingkan dengan harga buku cerita english kanak-kanak yang terdapat di pasaraya mahupun di kedai buku, website online ini jauh lebih murah dan walaupun ia jual secara preloved tetapi keadaan buku yang Lisa terima masih keadaan yang baik serta Fareeq boleh membaca dan menyukainya.


Website yang menjual buku cerita english kanak-kanak secara online tersebut adalah My Children's Books( https://www.childrensbooks.my/ ).


Kenapa Lisa sukakan buku cerita English Kanak-kanak di My Children's Books ini?


Biar Lisa kongsikan review hasil pembelian preloved buku cerita kanak-kanak di website ini, supaya anda sebagai ibu bapa juga boleh belikan kepada anak-anak anda.

1. Dalam satu website, ia mempunyai beribu-ribu koleksi buku yang diimport dari luar negara.

2. Service penghantarannya sangat cepat hanya mengambil masa 2 hingga 3 hari dari tempoh tempahan, barangan tersebut sudah sampai ke rumah.

3. Pelbagai kategori buku terdapat dalam website ini antaranya adventures, disney, horror, poetry, fantasy,humour, activity, animals, science, music books, novels dan sebagainya lagi. Anda boleh pilih buku mengikut kesesuaian minat anak anda. Lisa telah memilih buku-buku dinosaur seperti buku cerita dinosaur dan encyclopedia dinosaur sebabnya Fareeq memang meminati haiwan purba ini.

4. Buku dari website ini semunya diimport dari luar negara maka taraf bahasa english setaraf dengan antarabangsa maka mudah untuk anak-anak kita untuk memahaminya.

5. Pelbagai peringkat umur boleh membeli buku di website ini kerana terdapat buku-buku yang dijual mengikut peringkat umur tersebut.

6. Yang paling penting harganya sangat berbaloi dan mampu milik.

Sebelum ni, Lisa adalah peminat tegar BiG bad Wolf sebab ingin membeli buku english untuk fareeq kerana harganya agak murah, tetapi bila Lisa sudah tahu kewujudan My Children's Books maka tidak perlu tunggu hujung tahun untuk menanti Big Bad Wolf sale.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu anda untuk membeli buku cerita english kanak-kanak untuk dihadiahkan kepada anak anda. Lisa percaya mereka juga pasti sukakannya.


Koleksi Buku English Fareeq makin bertambah





Untuk pembelian Preloved buku cerita english kanak-kanak, anda boleh klik di link di bawah ini




No comments:

Post a Comment