Part 1: Pengalaman Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah

Ini adalah merupakan percutian ke Kota Kinabalu Lisa yang ketiga tetapi sebelum ini bukan pun dinamakan percutian sebab lebih kepada pergi ke kota kinabalu Sabah sebab ada program Universiti. Terasa perbezaan apabila kita pergi bercuti sendiri dengan bercuti mengikut program sekolah mahupun universiti.

Kali ni Lisa pergi Sabah bersama keluarga belah mertua. Pengalaman kali ni memang agak mencabar sebab Fareeq dah berumur 2 tahun so banyak sangat perangai baru dia yang ditunjukkan. Berbeza semasa kami pergi bercuti di Australia.

Kesabaran memang tahap maksima tapi mengenangkan kami sedang bercuti, perlulah dikawal perasaan ingin marah tu. Masa umur 2 tahun, perasaan ingin tahu membuak-buak. Semua yang berada di sekelilingnya baru.

Kenapa kami memilih hujung tahun untuk pergi bercuti? Kerana masa itu Mak mertua lisa tengah cuti sekolah sama dnegan adik ipar yang bongsu juga sedang cuti sekolah. Cumanya cabaran semasa cuti sekolah adalah orang ramai berada di Sabah. Ye lah, semua juga mahu bercuti. Tapi kami bersyukur sebab kami ambil pada awal cuti sekolah. Dan perancangan untuk bercuti ini dirancang 2 bulan lebih sebelum kami terbang ke sabah.

Pada mulanya, kami mahu uruskan sendiri percutian ini tapi mengenangkan keluarga besar akan sertai maka ia agak cabaran jika diruskan sendiri. Mungkin cabarannya jika kami sewa kereta di sabah, takut-takut mahu tersesat jalan maka lebih baik kami menggunakan khidmat agency pelancongan. Supaya mudah untuk kami pergi bercuti.


HARI PERTAMA




Kami bertolak pada pukul 10 pagi dan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines. Kebetulan masa kami tengah check untuk penerbangan dan membandingkan harga tiket antara Airasia dan MAS, kami dapati MAS jauh lebih murah.




Dalam flight, Fareeq tak tidur pun. So macam-macam perangai yang dibuatnya. Baling barang di belakang orang. Aduh itu yang paling tak tahan sekali sebab dapat teguran dari orang belakang. Nak kutkan memang nak marah Fareeq tetapi hanya boleh tenangkan dia dan tegur sahaja. Almaklum dalam flight ramai orang so macam not nice untuk marah anak depan orang ramai dan ia akan membuatkan perasaaan anak kecil lebih cepat memberontak.

Maka jadilah ibu bapa yang penyabar...huhuh...

Tiba sahaja di airport Sabah, kami disambut oleh driver bernama Andy. He is a nice man. Memang punctual dan flexibel.




Kami pergi ke tanjung aru terlebih dahulu kemudian pergi makan tengahari di restoran kota kinabalu. Disebabkan hari yang kami tiba adaah Hari jumaat, sempat husband lisa, abah dan Andy solat jumaat di Masjid Kota Kinabalu. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Signall Hill untuk melihat pemandangan seluruh Kota Kinabalu. Kemudian kami dibawa ke Muzium Kota Kinabalu serta perkampungan sabah.











Sebelum check in di Marina Court Resort, kami menjamu selera di Tanjung Lipat Likas iaitu Anjung Selera Kota Kinabalu.

Masjid terapung Sabah



Lisa boleh bagi 5 bintang untuk restoran di Tanjung Lipat Likas. Sebenarnya sebelum tiba di Sabah, mindset kami memang nak makan seafood puas-puas sebab orang kata di sini seafoodnya murah-murah dan masakannya sedap. Ya memang betul 100%. We spend a lot for food. Tapi memang puas hati. Bayangkanlah Lobster di Semenanjung 1kg Rm300 tetapi di sni 1kg boleh dapat dalam Rm120. Jauh bezanya.







Travel Resources List










Setelah semua kekanyangan, kami terus check in di Marina Court Resort. Kami sangat berpuas hati dengan resort di sini. Sebabnya ia sangat convinient untuk mereka yang mahu bercuti bersama keluarga besar. ia seperti di rumah condominium. Ada 3 bilik, 2 bilik air serta dapur yang lengkap boleh dimasak. Boleh klik di sini untuk booking dan dapat diskaun yang agak tinggi.







3 comments:

  1. Jom Ke Sabah 2017

    Pakej Transport Bajet ke sabah 2017
    (Pakej termasuk kenderaan, pemandu dan Minyak kenderaan)

    Tidak perlu pening memandu sendiri... biarkan kami urus perjalanan anda !!

    3 Hari 2 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM500. 5 Pax RM250. 6 Pax RM250
    3 Pax. RM350 6 Pax RM230. 7 Pax RM230
    4 Pax. RM250 8-12 Pax RM200


    4 Hari 3 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM600. 5 Pax RM280. 6 Pax RM290
    3 Pax. RM435 6 Pax RM240. 7 Pax RM250
    4 Pax. RM325 8-12 Pax RM220


    5 Hari 4 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM750. 5 Pax RM340. 6 Pax RM360
    3 Pax. RM500 6 Pax RM285. 7 Pax RM310
    4 Pax. RM375 8-12 Pax RM265

    Itinerary Perjalanan
    Kota Kinabalu
    * Tg Aru
    * Masjid Terapung
    * Jesselton Point
    * Masjid Negeri
    * Signal Hill
    * Muzium Sabah
    * Perdana Park
    * Zoo Lokkawi
    * Pasar Filipina
    * Pasar Malam
    * Tamu Gaya Street
    * 1 Borneo

    Kundasang
    * Rumah Terbalik
    * Jambatan Tamparuli
    * Pekan Nabalu
    * Kinabalu Park
    * Desa Cow Farm
    * Sabah Tea
    * Poring Hotspring
    * Luanti Fish Tagal
    * Kundasang Memorial

    Hubungi Raziman untuk pertanyaan lanjut
    0129600702 Whatsapp / Call / Sms
    0163751978 Call / sms

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak.  Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Bezza, Alza,Exora,Innova, Van Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada termasuk pakej pelancongan Sabah bajet. Call/Watsapp 0142011144 untuk tempahan.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak.  Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Bezza, Alza,Exora,Innova, Van Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada termasuk pakej pelancongan Sabah bajet. Call/Watsapp 0142011144 untuk tempahan.

    Terima kasih

    ReplyDelete