6 Cara Romantik Menyambut Anniversary Perkahwinan


January 22, 2016

Kalau cerita pasal romantik memang Lisa no.1 suka. Mungkin sebab dari kecil dah terbiasa dengan cerita dongeng cinderella,snow white and macam2 lagi lah. Dan Lisa jenis yang suka baca novel sejak dari sekolah rendah sampailah zaman universiti. Tapi sejak masuk herbalife ni, Lisa lebih suka baca buku motivation and self-development. Zaman novel dah pun berakhir sebab Lisa sendiri dah ada cerita novel Cinta so tak perlu nak baca cerita orang lain dah.

Kat sini, Lisa nak share cara dan tips untuk menyambut anniversary perkahwinan. Sebenarnya, setiap hari kita perlu romantik dan tak semestinya kena setahun sekali je sambutan ni. Cuma ada setengah pendapat kata, sambutan ni dibuat bagi memperingati saat2 debaran diri dilamar dan melamar.

1) Buat surprise dengan cara Air Tangan Sendiri

Maksudnya, korang boleh buat surprise untuk pasangan dengan cara masak sendiri, hias meja bagi romantik sendiri dan semuanya sendiri. Ini dibuat especially kat rumah sendiri. Kepada lelaki yang tak pernah masak, why not this time korang cuba masak sendiri. Buat ala-ala western pun ok juga. Sometimes, we don need tempat mahal2 untuk celebrate but our effort tu pasangan kita lagi suka.






2)Ajak pasangan Celebrate di Hotel atau Restoran

Kalau boleh, korang pilih lah hotel atau restoran yang ala-ala romantika de amour. Baru la terasa sikit kehangatan cinta suami isteri. Ada juga hotel/restoran yang menyediakan perkhidamatan untuk sambutan anniversary ni, so korang boleh pilih what types yang korang nak. Boleh lihat di sini

3)Bawa pergi bercuti@honeymoon

Walaupun, sambutan anniversary ni yang ke 10 tahun tapi tak salah kalau kita pergi bercuti berdua je bersama pasangan. Lagi best, all accomodation, transport and everything pasal nak bercuti korang dah sediakan just minta pasangan free kan masa tu je supaya dia pun dah ready nak bercuti cumanya tempat untuk bercuti dirahsiakan. Lagi syok, on that time korang bagi pasport kat pasangan, wah lagi power tu. Rupanya nak bercuti ke Paris. Kota Cinta gituh. Korang boleh booking di sini, di sini dan di sini.



4) Hadiahkan pasangan yang dia nak sangat2 tapi tak pernah dapat

Dua atau tiga bulan sebelum sambutan anniversary tu, apa kata korang tanya2 la apa pasangan kita ni nak sangat2. Dan korang boleh belikan waktu anniversary nanti, mesti pasangan kita lebih sayang dan cintakan kita. Kalau pasangan kita suka fashion boleh lihat di Fashion Valet, Zalora dan atau pun boleh juga lihat di Lazada dan Shopee . Lagi banyak pilihan hadiah yang menarik untuk dihadiahkan kepada pasangan kita.

5)Ayat jiwang dan romantik

Karanglah sajak atau syair yang romantik buat pasangan kita. Lagi best sajak tersebut berkenaan cerita cinta korang. Dan bacakan kepada dia. Nampak macam klasik tapi itu membuatkan hati pasangan kita makin cair dan bertambah sayang.


6)Buat Surprise dengan Upah Orang

Maksudnya, zaman sekarang Lisa tengok banyak sangat servis yang boleh buat surprise kepada pasangan dengan cara hantar bunga atau hadiah di pejabat. Dan ada juga servis untuk menghias tempat sambutan bagi romantik. Cara ni juga, korang boleh buat untuk sambutan anniversary nanti. Korang boleh pergi intstagram yang menyediakan servis ni. Memang berlambak ada. Antaranya di Giftr menawarkan penghantaran hadiah dan bunga kepada pasangan anda.




Rasanya itu sahaja yang Lisa dapat kongsi idea dengan pembaca. Kalau korang ada cadangan atau pandangan boleh drop di comment ni.

Pengalaman Lisa dalam melayari bahtera perkahwinan yang nak masuk usia 2 tahun ni, alhamdulillah sambutan anniversary Lisa rasa happy. Sebab kami suami isteri ambil giliran untuk buat surprise. Last year giliran Lisa untuk bagi surprise kat suami.

Lisa masak sedap2( perasan je aku ni) dan hias rumah like Candle Light Dinner. Suami balik kerja memang terkejut bila tengok Lisa buat macam tu.

Inilah hasil tangan Lisa

This our second year anniversary, my husband punya turn. So, since petang dalam pukul 3, dia ajak pergi shopping dan dia tanya apa yang Lisa nak beli sangat. So Lisa ajak dia pergi mall dan tunjuk apa yang Lisa teringin nak miliki. Lepas tu, dia bawa Lisa pergi makan di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Waktu tu, ALLAH je yang tau coz seriously tak expect pun husband nak bawa pergi makan di hotel sebab ingat nak bawa pergi restoran yang biasa kami pergi.


Sebenarnya tak kisah cara macam mana sambutan anniversary kita yang penting cinta kita kepada pasangan semakin bertambah dan semakin mekar.




Semoga cinta kalian dengan pasangan semakin mekar dan dirahmati ALLAH.




1 comment:

  1. selalu berangan nak buat suprise, sudahnya wish je boleh.. Haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.