5 Butik Online Famous Untuk Anda Si Ibu Mengandung Dan Menyusukan Anak


August 01, 2019
Seawal usia kandungan mencecah 5 atau 6 bulan, sudah pasti banyak baju yang ibu pakai sudah lagi tidak muat terutamanya di bahagian perut. Tidak dinafikan mungkin masih ada yang boleh dipakai cumanya ibu sendiri rasa tidak selesa. Inilah masanya untuk anda mencari baju mengandung yang lebih selesa dipakai dan longgar di bahagian perut.

Semasa anak pertama, perut Lisa tidaklah sebesar mana dan baju yang selalu Lisa pakai memang masih muat lagi sehingga usia kandungan mencecah 8 bulan lebih. Tetapi untuk anak kedua, perubahan dan kenaikan berat badan Lisa agak mendadak dan memerlukan Lisa mencari baju mengandung yang lebih selesa dipakai dan pada masa yang sama baju tersebut boleh dipakai untuk menyusukan anak.


Ada beberapa butik online yang menjual baju ibu mengandung dan menyusu yang Lisa berkenan di hati. Di samping mempunyai banyak pilihan design dan corak, butik-butik online ini juga memberi layanan yang baik walaupun tidak bersua muka. Bagi Lisa apabila memilih baju ibu mengandung dan menyusu, perkara utama yang Lisa akan tittik beratkan adalah design baju tersebut iaitu patuh syariah atau pun tidak. Maksudnya ia longgar dan labuh. Kemudian barulah Lisa akan tengok corak serta warna.

Cozy Lady

Cozy Lady ini adalah butik online dan juga offline yang menjual baju ibu mengandung dan menyusu. Baju mengandung yang pertama Lisa beli adalah dari butik online Cozy Lady kerana Lisa tertarik dengan design jubahnya yang patuh syariah iaitu longgar dan mempunyai warna yang tidak terlalu terang. Materialnya juga agak bagus dan yang paling penting tidak perlu iron.

Lisa tahu tentang butik online Cozy Lady daripada pencarian hashtag di instagram. Alhamdulillah sehingga kini, Lisa masih memakai baju dari butik online Cozy Lady ini dan telah membuat beberapa koleksi jubah dan dress labuhnya.

Dari segi harga, Lisa boleh katakan ia adalah affordable dan sangat berbaloi dengan material yang ditawarkan.


Ini adalah salah satu koleksi yang Lisa pakai dari Cozy Lady. Waktu ini Lisa sedang mengandungkan Sarah 5 bulan.


MumsLuv

Pada hari raya yang lepas, Lisa memilih baju kurung moden keluaran dari butik online MumsLuv. Apa yang membuatkan Lisa tertarik dengan baju moden yang nursing friendly ini adalah coraknya yang seakan-akan nampak simple tetapi menarik serta ia adalah ironless. Sebagai seorang ibu yang menguruskan hal keluarga serta keperluan diri,Lisa perlukan baju yang tidak perlu iron bagi menjimatkan masa.

Material yang digunakan sangat lembut dan kainnya sejuk. Sebab itulah Lisa ingin repeat order untuk keluaran terbaru daripada butik online MumsLuv.



Adrinis

Setiap kali keluar berjalan seperti membeli barang di pasar atau ke pasaraya, Lisa lebih selesa memakai baju lengan pendek(inner) dan sarungkan cardigan diluarnya. Ia nampak lebih simple dan cepat untuk bersiap-siap. Lisa memang mencari baju inner yang sleeveless tetapi susah nak jumpa di butik online mahupun offline. Lisa tak sangka apabila rupanya ada satu butik online bernama Adrini's mengeluarkan baju inner yang mempunyai nursing friendly dan pada masa yang sama boleh dipakai ketika mengandung.

Lisa terjumpa butik online ini ketika Lisa menyusukan Sarah umur 3 bulan iaitu pada 2 bulan yang lepas. Bukan sahaja baju inner yang dijual malah banyak pilihan baju dan blouse untuk ibu mengandung dan menyusu.




Feedmilk

Ada beberapa sahabat Lisa suka membeli baju mengandung dan menyusu di butik online feedmilk. Kebanyakan baju yang dijual adalah menggunakan konsep santai dan materia yang sering digunakan adalah cotton tshirt. Material ini sangat sesuai untuk anda yang sentiasa bergerak aktif dan masih ingin mengekalkan gaya seorang ibu dan tampil menarik.

Feedmilk ini sudah lama berada di pasaran iaitu 6 tahun dan ia masih mengekalkan konsep asas mereka iaitu menampilkan baju nursing dan wudhuk friendly.

Belloscarves

Lisa mula membeli baju mengandung dan menyusu di Belloscarves apabila salah seorang sahabat facebook Lisa suka mempromosikan baju dari keluaran Belloscarves ini. Walaupun butik online ini hanya menampilkan baju yang bercorak plain sahaja tetapi design yang ditonjolkan nampak lebih simple dan menarik oleh si pemakai. Tambahan pula, kebanyakan baju keluaran Belloscarves ini adalah blouse nya labuh dan patuh syariah. Sebab itulah, Lisa suka membuat koleksi baju mengandung dan menyusu dari Belloscarves.


Sebenarnya banyak lagi butik online yang menjual baju untuk ibu mengandung dan menyusu tetapi 5 butik online di atas adalah betul-betul mengikut kriteria yang Lisa suka dan ingin membeli lagi jika mereka membuat promosi mahupun mengeluarkan design yang baru.


Lisa percaya jika anda juga mempunyai taste yang lebih kurang sama dengan Lisa, anda juga akan suka koleksi-koleksi yang butik online di atas tawarkan. Semoga perkongsian ini dapat memberi pilihan kepada anda untuk memilih baju mengandung dan baju menyusu.




No comments:

Powered by Blogger.