Stroller Vs Baby Carrier? Mana Satu Yang Bagus Buat Anak Anda


August 21, 2019
Adakah anda sedang keliru untuk memilih antara stroller atau baby carrier yang terbaik buat anak anda? Jika anda mahu pilih stroller, jenis apa yang anda perlu beli? Dan jika baby carrier pula, yang mana satu anda perlu pilih? Kerana terdapat pelbagai jenis stroller dan baby carrier yang terdapat dipasaran.



Adakah yang mahal itu semestinya bagus? Dan yang murah itu semestinya tidak bagus?

Sebagai ibu bapa kita pasti mahu yang terbaik buat anak terutama sekali ia melibatkan tentang kesihatan mereka. Kerana jika anda tersalah pilih stroller mahupun baby carrier, ia akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan mereka.

Lisa pernah mengalami dilema ini ketika melahirkan anak pertama dan kedua. Disebabkan setiap anak adalah berbeza maka Lisa perlu tahu apa yang terbaik buat kedua-dua anak ini.

Semasa Lisa melahirkan anak pertama, Lisa tiada ilmu dan pengalaman yang banyak dalam mencari keperluan anak terutama sekali tentang pemilihan stroller dan baby carrier. Lisa hanya main beli saja tanpa mengira soal kesihatan dan cara hidup kami. Kenapa Lisa katakan tentang kesihatan dan cara hidup?

Dua elemen inilah yang perlu anda titik beratkan kerana ia berkait rapat dalam pemilihan stroller dan baby carrier.


Tips Pemilihan Jenis Stroller Dan Baby Carrier Yang Sesuai Dengan Anak Anda

Fahami Gayahidup Anda

Disebabkan kurang pengetahuan tentang jenis stroller ini serta kegunaannya, menyebabkan Lisa dan suami rasa sangat susah untuk bawa stroller ke mana-mana. Kerana kami tidak faham tentang gaya hidup kami. Dan bila Lisa dan suami berbincang, rupanya kami adalah jenis yang suka travel dan sering aktif ke sana sini. Semasa awal perkahwinan, kami hanya ada kereta viva sahaja, iaitu ruangan car boot sangat kecil. Stroller yang kami beli pula adalah besar hanya boleh lipat dua sahaja dan menyebabkan ia banyak mengambil ruang dalam kereta kecil kami. Bermaksud stroller yang kami beli sangat tidak sesuai dengan gaya hidup kami sebenarnya.

Sebab itulah anda perlu tahu gaya hidup anda bagaimana? Adakah anda aktif bersukan dengan anak? atau adakah anda suka travel? atau adakah anda lebih selesa tidak membawa apa-apa stroller untuk bawa anak anda?

Budget Kewangan

Jika kewangan bukanlah masalah utama buat anda maka anda boleh pilih untuk membeli beberapa jenis stroller dan baby carrier mengikut kesesuaian majlis atau situasi yang anda lalui. Tetapi jika budget kewangan merupakan perkara utama yang anda titik beratkan maka anda perlu pilih salah satu daripada jenis gears ini yang bersesuai dengan budget anda serta keperluan anak anda.

Kesihatan Dan Keselamatan

Untuk pengetahuan anda, jika anda tersalah beli sama ada stroller mahupun baby carrier, ia mungkin memberi kesan negatif kepada kesihatan anak anda pada masa akan datang. Contohnya jika anda membeli stroller jenis umbrella, ia tidak sesuai untuk bayi bawah 6 bulan tetapi anda paksa juga anak anda menggunakan strolller tersebut maka ia memberi impak tulang belakang anak anda. Selain itu, jika anda tersalah beli jenis baby carrier, ia mungkin memberi kesan kepada tulang paha kaki anak anda dan tulang belakang anak.

Rancang Dan Buat Anggaran Sehingga Bila Anda Mahu Menggunakannya

Perkara ini juga perlu diambil kira sebelum membeli gears ini. Jika anda mahu menggunakan stroller ini pada jangka masa yang lama maka anda perlu lihat jenis stroller tersebut boleh tahan lama atau tidak dan selalunya sehingga berapa berat yang boleh ditampung. Selalunya stroller atau baby carrier, seller akan sebut sehingga berapa berat limit yang boleh masih digunakan dan anda juga boleh lihat ruangan review di mana mereka yang telah menggunakan gears tersebut sudah berapa lama boleh tahan.

Baiklah, apabila anda sudah faham tentang tips di atas anda sudah boleh ambil tahu tentang jenis-jenis stroller dan jenis baby carrier yang ada di pasaran.


Jenis stroller

Jogging Stroller


Stroller ini khas untuk ibu bapa yang aktif bersukan seperti berlari, jogging dan hiking. Sebab itulah stroller ini sinonim dengan speed dan ia agak ringan. Untuk kenal pasti jogging stroller ini, ia mempunyai 3 tayar dan kebiasaannyaa tayar di belakang adalah lebih besar. Anda boleh lihat Di Sini jenis jogging stroller.

Lightweight or Umbrella Stroller 





Nama pun lightweight stroller, sudah tentu ia sangat ringan,mudah dilipat dan mudah dibawa tetapi stroller ini tidak sesuai untuk bayi yang baru lahir. Ia sesuai dipakai untuk bayi 6 bulan ke atas kerana tulang belakang mereka sudah kuat. Harga untuk umbrella stroller ini kebiasaannya adalah lebih murah berbanding harga stroller yang lain. Ia sesuai digunakan ketika keluar berjalan untuk santai seperti shopping mall, majlis-majlis dan sebagainya. Di sini anda boleh lihat pelbagai jenis lightweight or umbrella stroller.

Convertible or Full-set Stroller 



Convertible or Full-set stroller ni bermaksud stroller yang didatangkan dengan 2 set iaitu ia boleh diubah untuk dipakai hanya ketika anak masih bayi dan pada masa yang sama boleh diubah untuk dipakai apabila anak sudah masuk fasa toddlers(Umur setahun ke atas). Ia juga boleh dijadikan sebagai car seat. Tetapi selalunya stroller ini agak berat dan saiznya besar berbanding stroller yang lain. Jika ia gunakan untuk berjalan santai dengan bayi, ya memang sesuai tetapi jika untuk dibawa travel, tidak digalakkan kerana saiznya yang agak besar. Anda boleh lihat di sini , terdapat pelbagai jenis jenama yang menawarkan full set stroller ini.

Double stroller

Selalunya double stroller ini sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kembar atau anak yang beza setahun atau dua tahun. Ia memudahkan untuk ibu bapa handle 2 orang anak pada 1 masa. Untuk double stroller ini terdapat beberapa jenis iaitu, ada double stroller depan belakang, ada yang sebelah menyebelah dan ada juga atas bawah. Di sini ada beberapa jenis double stroller yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda.

Travel System

Travel system stroller ini selalunya adalah ringan, mudah dilipat dan ia akan sebut tentang cabin size. Ada sesetengah jenama, telah mengubah suai untuk jenis stroller dia atas seperti convertible stroller, lightweight stroller kepada travel system stroller. Anda boleh lihat di sini. 

Perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli stroller
  • Di mana anda sering mahu menggunakan stroller ini?
  • Adakah stroller ini sesuai untuk newborn?
  • Adakah ia mudah digunakan?
  • Adakah ia mudah dilipat dan dibuka?
  • Adakah ia ringan?
  • Adakah ia ada sistem keselamatan seperti 'break'?
  • Adakah anda perlu lebih dari satu stroller?
Baby Carrier 

Terdapat banyak jenis baby carrier yang perlu anda tahu sebelum membelinya. Jenis baby carrier yang asas perlu anda tahu adalah Ergonomic carrier, non-ergonomic carrier dan unsafe carrier. Ergonomic bermaksud ia menyokong struktur badan bayi secara semulajadi bukannya memaksa atau memberi tekanan kepada struktur badan bayi, termasuklah postur tulang belakang bayi, punggung bayi serta kaki bayi.

Bagi non-ergonomic, ia adalah tidak sesuai dengan struktur badan bayi terutama sekali bayi bawah 6 bulan. Antara jenis non-ergonomic baby carrier adalah hip seat(iaitu baby carrier yang ada tempat duduk untuk bayi), crotch carrier( ia tidak sesuai untuk struktur kaki dan paha bayi) serta carrier yang boleh menghadap kehadapan( front facing).


Selalunya crotch carrier adalah seperti belah kiri gambar ini, paha bayi tidak menyokong lutut kaki dan ia boleh membawa risiko dysplasia. 


Paling tidak bagus dan tidak baik untuk bayi adalah carrier yang jenis tiruan dan baby sling bag. Bagaimana nak tahu baby carrier tersebut adalah tiruan atau yang original? Anda perlu lihat penjual atau laman web yang menjualnya adalah terdiri daripada trusted seller atau tidak. Dan selalunya harga asal untuk ergonomic carrier adalah lebih tinggi daripada harga carrier tiruan kerana kualitinya.


Baby sling bag juga tidak bagus buat bayi kerana ia memberi tekanan kepada kaki dan ia juga boleh menyebabkan dysplasia.


Dalam Ergonomic carrier terdapat 6 jenis baby carrier tetapi di sini Lisa kongsikan 3 jenis baby carrier yang popular dan sering digunapakai oleh ibu bapa pada masa kini. 

SSC(Soft Structured Carrier)




Sejak tahun 2017 hingga sekarang baby carrier jenis SSC sangat popular di kalangan ibu bapa yang mencari baby carrier yang sesuai dengan anak mereka. Kerana baby carrier jenis SSC ini selamat dan sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga umur 3 atau 4 tahun. Tambahan pula baby carrier SSC ini mudah dipakai. Lisa sekarang pun suka pakai baby carrier jenis SSC ini untuk bawa baby Sarah. Selesa dipakai. Terdapat beberapa jenama yang popular yang mengeluarkan baby carrier jenis SSC antaranya Ergo baby, Boba and Tula.

Infant insert


Jika anak anda bawah 5 bulan, pastikan anda memakai infant insert kerana ketinggian bayi tidak sesuai untuk terus diletakkan dalam baby carrier. Dan pastikan juga ada ruang untuk bayi anda bernafas. Nak tahu cara mudah bayi anda sesuai dengan ketinggian tahap baby carrier ini, anda boleh tunduk sedikit dan mencium kepala anak. Jika anda tidak capai tahap tersebut maka, ia terlalu rendah buat anak anda.

Ring Sling


Ring sling ini adalah seperti gambar di atas. Ia ada kain yang menyangkut pada ring. Anda boleh lihat di youtube cara memakai ring sling yang betul. Ring sling boleh dipakai untuk bayi baru lahir sehingga umurnya setahun atau dua tahun bergantung kepada berat bayi. Lisa pernah dapatkan ring sling untuk anak pertama cuma cara pemakaiannya Lisa tidak arif tapi ada sahabat Lisa memang pakar memakai ring sling ini dan anaknya juga suka dimasukkan di dalam ring sling carrier. Antara jenama yang mengeluarkan baby carrier jenis ring sling adalah Mamaway.

Wrap



Baby carrier jenis wrap juga sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga usianya mencecah setahun atau 2 tahun bergantung kepada keselesaan bayi dan berat mereka. Baby wrap ini anda hanya menggunakan 1 kain sahaja dan mengikut cara ikatan yang ditunjukkan dalam tutorial youtube. Wrap carrier juga terdapat jenis stretchy wrap iaitu kain yang jenis elastik. Ia juga bagus untuk bayi yang baru lahir sehingga setahun lebih.



Sumber rujukan buat ibu-ibu sekalian


Mengikut pengalaman Lisa sendiri, semasa anak pertama Lisa beli baby carrier yang bukan ergonomik dan ia sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada anak. Maklumlah anak pertama, masa itu masih tiada ilmu lagi untuk perkara ini. Tapi mujurlah Fareeq(anak pertama Lisa) kurang suka duduk dalam baby carrier tersebut dan dia lebih suka duduk dalam stroller.

Berbeza dengan anak kedua Lisa ni, Sarah. Dia lebih suka duduk dalam baby carrier berbanding stroller. Sarah akan tidur sangat lena dalam baby carrier, sehingga boleh capai sejam lebih, tetapi Lisa selesa pindahkan Sarah ke dalam stroller apabila lihat dia sudah lena tidur. Sebab itulah, apabila kami pergi ke shopping mall atau ke mana-mana, Lisa akan letakkan baby carrier bawah stroller.

Tips bonus yang boleh Lisa kongsikan kepada anda, jika anda masih ragu-ragu yang mana satu stroller atau baby carrier yang sesuai buat anak anda, anda boleh menyewa terlebih dahulu dan lihat bagaimana reaksi anak anda apabila menggunakan kedua-duanya. Kerana ada baby carrier dan stroller harganya agak tinggi dan jika anda main beli sahaja tanpa membuat try and error, mungkin ia menjadi membazir je jika tiba-tiba anak anda tidak mahukannya.

Selain itu, anda juga boleh masuk ke dalam group ibu-ibu yang membincangkan tentang baby carrier ini. Klik di sini untuk sertai group tersebut. Lisa banyak belajar tentang perkara asas membeli baby carrier sehinggalah cara memakainya.


Masa ini umur Sarah baru 3 bulan, sebab itu Lisa pakaikan dia sekali infant insert supaya tidak terlalu rendah.



Gambar ini ketika Sarah sudah masuk 5 bulan lebih, tulang belakang dia pun makin kuat dan Lisa dah tak pakaikan di infant insert. Dan masa ini, dia lebih suka tengok suasana sekeliling.



Stroller merah inilah yang Lisa ceritakan tadi. Stroller ini bukanlah travel system mahupun cabin size, makanya ia sangat susah untuk dibawa ke mana-mana. Tapi Lisa syukur sangat stroller ni la banyak bantu kami untuk bawa Fareeq pergi travel lebih 10 buah negara. Tapi percayalah jika anda ada pilihan dan mempunyai kewangan yang lebih, sila beli stroller travel system jika anda adalah keluarga yang suka travel. 


Kedua-dua stroller ini adalah travel system. Sangat mudah dan Lisa memang suka. Lagipun ia adalah newborn friendly. Mudah dilipat dan dibawa. Paling Lisa suka sebab ia cabin size. Jika kami transit ke mana-mana, maka kami akan masukkan stroller ini di atas rak dalam kapal terbang supaya mudah untuk bawa anak-anak ketika mereka tidur. 

Boleh klik di sini untuk melihat stroller Fareeq dan klik di sini untuk stroller Sarah.

Nak ikutkan, kami memang nak beli double stroller supaya mudah nak handle dua orang anak, tetapi memandangkan waktu Lisa beli stroller ini kami tidak terfikir wujudnya double stroller iaitu satu untuk infant dan satu lagi untuk toddlers.


Semoga perkongsian Lisa tentang stroller dan baby carrier ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda membuat keputusan untuk memilih yang mana satu yang sesuai untuk anak anda serta cara kehidupan anda sendiri.

Sila Share post ini jika ia dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang lain. 

37 comments:

  1. nice info lagi2 pasal stroller tu.

    ReplyDelete
  2. Farid,Alis Tanya kenapa Farid naik unta aritu??Angah cakap la.farid duduk negara Padang pasir..Dia duduk Abu Dhabi..😁

    ReplyDelete
  3. TB pun tengah mencari stroller cabin size.. senang nak bawa kemana-mana kan.. harraz kalau keluar asyik la tertidur.. jenuh nak dukubng dia..berat pulak tu.. so rasanya dah kena cari stroller 1 untuk dia..

    ReplyDelete
  4. bagus info ni terutama buat ibu2 muda..saya anak 1st & 2nd je guna stroller, lepas tu memang guna baby carrier je terus tak guna stroller langsung utk anak ke 3 & 4. sbb lebih mudah utk handle anak2 yg lain sekali bila pakai ssc..

    ReplyDelete
  5. Info yang bagus buat mama mama masih mencari carrier atau stroller. Stroller ni yang bagusnya kalau beli yang mudah untuk disimpan (dilipat) dan size kecil jadi tak makan space kalau nak masuk boot kereta atau naik kapal terbang. Semestinya ia ringan.

    ReplyDelete
  6. Marina pakai baby carrier je sebab anak taknak duduk stroller. Buat penuh bonet je. Sudahnye letak brg shopping. Hihi

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang bagus. Nak nak buat mereka yang pertama kali menjadi ibubapa. Memang tak tahu nak buat pemilihan yang mana yang terbaik dengan gaya hidup kan. Anak eiza dulu, eiza letak dalam stroller, gigih dia capai itu ini nak bangun dan keluar. Sejak dari tu, eiza lebih suka carrier.

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan Lisa, yang mahal tu tak semestinya bagus. Dan yang murah, tak semestinya tak bagus.

    Ikut pengalaman Ruby, anak² tak suka duk dalam stroller. Ada beli, sudahnya stroller tu buat isi barang shopping. Hahaha

    Anak Ruby jenis nak berdukung. Ada pakai baby carrier mudah lah sikit. 😁

    Nice sharing Lisa. Panduan dan info berguna untuk ibu² yang mencari stroller atau baby carrier untuk mereka guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la macam anak kedua Lisa, suka nak berdukung tapi kami try paksa dia duduk dalam stroller. hehehe

      Delete
  9. Bagi BBL, depends dengan keadaan masa nak guna. kalu time sesak dengan orang elok guna baby carrier je senang nak dukung anak. kita pun tak lah tersodok orang lain kan. selalunya kalu kawasan lapang atau penat dukung, memang letak baby dalam stroller je.

    ReplyDelete
  10. Stroller or baby carier? Abam pilih more on stroller la. Penat juga nak dukung lama2 ni. Kalau dalam kereta, boleh je dukung dkt riba, pasangkan tali pinggang. Tapi jika ada kemampuan, pasang baby court kereta tu utk keselamatan anak. Selalunya anak abam tk minat dkt baby carier. Rimas

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak lisa pun mula2 rimas,lama2 tu ok sebab kadang-kadang tak nak duduk dalam stroller.

      Delete
  11. Thanks lisa sharing info yg sgt bermanfaat. Teringat masa anak nur, Mardhiyah baru lahir. Hari2 study pasal stroller & car seat. Banyak faktor yg perlu di ambil kira dan setuju dgn lisa. Nak pilih baby gear ni perlu tgk dulu cara hidup kita mcm mana. Tak boleh ikut org sbb cara hidup masing2 berbeza. Macam Nur yg jarang travel so nur beli stroller set dgn car seat. Bulky jugak lah stroller jenis ni, tapi tahan lama in shaa Allah ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis yang tu memang tahan lama macam kakak lisa pakai yang tu jugak.

      Delete
  12. Bagi Bonde yang dah lama tak ada Baby kecil ni, ikut parentlah.. ada parent ramai anak-anak kecil stroller kadang tu dah makan ruang dalam bonet kereta.. cara penggunaan ikut masa dan situasi... kalau untuk shopping tak sesuai bw stroller sebab nak letak barang tak muat. Ikutlah yang mana selesa untuk parent gunakan.. kalau guna baby carier pon ok untuk peringkat umur baby.. kalau dah pandai jalan susah jugak nak dukung jer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..payah juga kalau yang dah pandai jalan tu nak pakai baby carrier. berat pun makin bertambah.

      Delete
  13. baby carrier Yaya sendiri tak selesa nak pakai..Baby tak tahu lah..pakai sekali dua je.
    Stroller pulak pengalaman kita sama..kali pertama beli makan space dalam bonet. Bila anak kedua beli yang lighweight, cari yang murah je..tapi boleh handle guna sebelah tangan je.Kadang bila keluar tanpa suami, benda ni semua kena fikir..nak buka stroller lg, pegang anak lg. Tapi stroller penting la,terutama time beli barang anak pula meragam nak tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju tu yaya.. kena pikir banyak aspek bila beli baby carrier atau stroller ni.

      Delete
  14. hai lisa. done folo ur blog. alang2 nak komen ni kan :)

    ohsem info lisa ni. boleh membuka mata new parents.
    as for aida dulu kala, time anak pertama, x byk kemudahan spt sekarang.
    14 years ago. limited choices.
    stroller pun pattern lama2 dan x brape praktikal. yg bagus2, amat la mahal.
    but now, yg bagus dah murah, afforadble! terbaik.
    same goes to baby carrier. nowadays, cari jer la pe pun, nak ikut keselesaan memasing.
    mcm2 pattern dah wujud. antara nak beli dan x nak jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betoi tu... yang penting selesa untuk anak kita

      Delete
  15. sis dua2 ada... carrier ada.. stroller pun ada dan bila masa nk guna. kat mana.. tgk pada keadaan dan tempat yg nk di tuju .. bagus ada info yg mcm ni boleh bantu ibu2 kat luar sana

    ReplyDelete
  16. banyak jenis rupanya stroller ni sebab selalu nampak carrier je berbeza. Lightweight tu nampak macam convenient untuk parents. Travel pun sama, mudah untuk parents yang ada anak kecil lagi.

    ReplyDelete
  17. Ahh Bella tak merancang ada baby lagi tapi kalau nanti dah plan, kena baca artikel2 mcm ni utk memudahkan Bella sendiri dalam memilih apa yang terbaik untuk baby. Barang2 baby sekarang bukan murah2 so kena pandai pilih yg sesuai dengan bajet tapi lebih penting, selesa utk bayi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu bella, insyaALLAH da rezki nanti boleh tengok apa yang terbaik buat anak

      Delete
  18. Bg sis dua2 sama penting, tgok keadaan dn tempat mana nak pergi. Masa zaman anak2 sis dulu..hanya ada stroller, bila diorg meragam x nak duduk dlm stroller haaa punyalah seksa nak dukung sb tak ada carrier zaman tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..mesti susah juga tu nak berdukung...sakit tangan..

      Delete
  19. k mid pun tak berapa faham pasal stoller dan carrier nie..klu dulu pakai beli ikut kemampuan dan rasa elok jer...bagus sharing pasal nie.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la lisa dulu pun tak paham, lepas ada anak kedua baru belaar pasal ni.

      Delete
  20. Bagi kita lahkan apa yang dapat kita perhatikan masa anak sedara kita dua-dua ada kebaikan dan kelemahan kalau kebaikan yang bawa stroller tu tak sesuai untuk tempat ramai orang kalau yang baby carrier tu sangat flexible...

    ReplyDelete
  21. Thanks for a very interesting blog. What else may I get that kind of info written in such a perfect approach? I’ve a undertaking that I am simply now operating on, and I have been at the look out for such info. baby products

    ReplyDelete
  22. It's for a long time now parents are using baby strollers for its convenience and reliability. But how often do people choose new baby stroller thinking about its safety for babies.
    stroller cup holder

    ReplyDelete

Powered by Blogger.