16 Cara Ini Tanpa Disedari Mampu Menjimatkan Duit Sebagai Seorang Wanita Dan Ibu
Assalamualaikum w.b.t
Sebagai seorang wanita dan bergelar ibu, kita pasti mahu yang terbaik buat keluarga terutama sekali dalam pengurusan kewangan demi kelangsungan hidup. Ada sesetengah orang mengatakan wanita atau ibu merupakan pengurus kewangan yang bijak. Dari perihal perbelanjaan dapur sehinggalah perbelanjaan harian anak-anak, walaupun si bapa merupakan tunjang utama sumber pendapatan dalam sesebuah kekeluargaan. Jika kita dapat menguruskan kewangan dengan baik, maka tiada istilah tidak cukup duit dalam perbelanjaan bulanan.
Adakah anda tahu dengan beberapa cara ini boleh membantu anda dalam menjimatkan duit harian dan bulanan, malah apabila anda lakukannya anda dapat menambahkan lagi duit dalam tabungan simpanan keluarga. Mungkin ada di antara anda nampak cara ini hanyalah perkara remeh tetapi sebenarnya ia memberi impak besar dalam sesebuah perbelanjaan keluarga termasuklah belanja dapur, belanja harian serta perbelanjaan rumah.
Entry post kali ini Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 16 cara ini tanpa disedari mampu menjimatkan duit anda sebagai seorang wanita dan ibu.
Entry post kali ini Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 16 cara ini tanpa disedari mampu menjimatkan duit anda sebagai seorang wanita dan ibu.
Senaraikan Menu Mingguan
Jika anda belum pernah lagi membuat senarai menu mingguan, masa inilah yang sangat sesuai untuk anda mula melakukannya.
Sebab apa?
Sebabnya, apabila anda sudah tahu apa yang anda mahu masak untuk minggu tersebut maka anda sudah boleh senaraikan barangan dan bahan-bahan untuk masakan itu.
Tidaklah nanti berlakunya pembaziran seperti anda mahu pergi ke pasaraya dan anda beli apa sahaja tanpa merancang menu minggu tersebut. Sebagai contoh anda membeli tauhu tetapi minggu itu anda tidak memasak tauhu dan selalunya tauhu hanya bertahan 2 atau 3 hari sahaja di dalam peti ais. Apabila anda tidak menggunakan tauhu tersebut, ia akan rosak dan berlakulah pembaziran tanpa anda sedari. sebab itulah pentingnya ada senarai menu mingguan dan senarai barangan yang perlu dibeli untuk stok seminggu atau dua minggu dalam perbelanjaan dapur. Tidak kiralah barang masak basah ataupun bahan kering.
Ini List yang Lisa buat semasa bulan Ramadhan lepas. Senaraikan menu dan sebeahnya barang yang perlu dibeli untuk minggu tersebut.
Beli Barang Ketika Ada Promosi
Di Malaysia, terdapat pelbagai sambutan perayaan dan peristiwa yang diadakan seperti sambutan hari raya, deepavali, tahun baru cina, sambutan tahun baru dan sebagainya lagi. Kebiasaannya, pasaraya serta kedai-kedai yang menjual barangan keperluan rumah, pakaian, barangan elektronik dan sebagainya, akan mengadakan promosi. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding ketika bukan hari perayaan tersebut.Antara promosi yang sering diadakan adalah seperti diskaun 10% sehinggalah 90%, ada juga yang menawarkan 'Buy 1 Free1' dan tidak kurang juga memberi hadiah voucher untuk pembelian seterusnya.
Lisa ingat lagi waktu Lisa dan suami ingin buat majlis perkahwinan, kami membeli doorgift seperti air kotak ketika promosi sempena sambutan tahun baru cina. Lebih kurang 2000 unit kami beli dan dapat jimat sangat banyak berbanding kami membeli ketika bukan promosi. Sedangkan majlis perkahwinan kami akan berlangsung lagi 4 bulan, dek memimirkan penjimatan kami membeli barangan tersebut lebih awal.
Dan jika anda mahu lebih jimat, selalunya pasaraya dan kedai-kedai tersebut akan buat promosi ketika hujung tahun kerana mereka mahu membuat clearance stock.
Buat Budget Bulanan
Setiap daripada kita mempunyai perbezaan taraf hidup dan perbezaan dari segi perbelanjaan. Ada keluarga yang mempunyai anak ramai, sudah tentu perbelanjaannya lebih daripada mereka yang mempunyai anak yang sikit tetapi jika kita buat budget bulanan insyaALLAH, perbelanjaan akan berada dalam kemampuan kita. Sebenarnya, tidak ramai yang melakukan budget bulanan ini kerana bagi mereka budget bulanan ini hanyalah perkara sia-sia dan sukar untuk kita ikut.
Tapi sebenarnya bila kita ada budget bulanan, kita akan lebih berdisplin dan mengajar diri dan keluarga untuk lebih berjimat dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak.
Artikel berkaitan: 11 Cara Menjana Pendapatan Pasif
Download Apps Untuk Bandingkan Harga
Apabila anda bandingkan harga untuk sesuatu barang, anda secara tidak langsung dapat buat keputusan yang bijak kerana barang yang sama tetapi harga berbeza. Ada beberapa aplikasi di phone yang boleh anda download dan ia akan menunjukkan harga yang berbeza untuk setiap pasaraya seperti econsave, giant, Tesco dan lain-lain lagi.Sebagai pengguna yang bijak, anda sudah boleh membuat keputusan di mana anda mahu berbelanja untuk barangan dapur mahupun barangan keperluan lain.
Berikut adalah aplikasi yang boleh anda download:
- Smart Shopper
- Harga Pedia
Anda juga boleh bandingkan harga di Lazada dan Shopee cuma bezanya 2 website ini adalah belian secara online sahaja. Lazada merupakan website kegemaran Lisa untuk membeli pampers anak ketika Lisa masih duduk di Malaysia. Kerana harga yang ditawarkan selalunya lebih rendah berbanding di pasaraya.
Praktis Tips dan Tricks DIY
Tahukah anda bahawa apabila anda selalu mempraktiskan DIY, anda dapat jimat banyak duit. Baru-baru ini, Lisa ada terbaca tentang seorang surirumah ini membuat DIY untuk dekorasi dapur serta permainan anak-anaknya dengan hanya menggunakan barang dari kedai Eco dan Mr.Diy sahaja. Hasilnya sangat mengujakan.Antara DIY yang anda boleh lakukan adalah seperti perhiasan rumah, permainan anak-anak, dekorasi ruangan bilik,ruangan dapur dan sebagainya.
Berikut merupakan page DIY yang boleh anda jadikan panduan:
Beli Barang Second Hand
Ada di kalangan kita berasa malu untuk beli barangan second hand kerana bagi mereka barangan tersebut kurang kualitinya dan kondisinya tidak sebagus seperti first hand. Tapi bagi Lisa sendiri jika anda mahu beli barangan second hand tiada salahnya pun dan sebenarnya ia membantu anda untuk menjimatkan duit kerana barangan second hand ini sangat murah tetapi ia masih boleh dipakai.Tips yang boleh Lisa kongsikan dengan anda ialah beli barangan second hand yang anda mahu pakainya hanya sementara waktu sahaja sebagai contoh baby chair. Ia hanya dipakai dalam tempoh beberapa bulan saja sementara bayi akan membesar selepas itu dan mereka sudah boleh duduk di kerusi dewasa.
Jangan malu untuk beli barangan second hand. Tidak semua barangan second hand itu tidak bagus. Lisa pernah jumpa barangan second hand yang sangat bagus kualitinya kerana orang yang memakainya sebelum ini sangat pandai menjaga barangan tersebut.
Anda boleh beli barangan second hand di beberapa group facebook seperti:
- Preloved and New Rm10-Rm100
- Barang Baby Murah dan Preloved
- Preloved Baju Kurung, Tudung, Shawl
Dekorasi Rumah Secara Minimalis
Sudah menjadi trend dekorasi rumah secara minimalis sejak tahun 2017. Konsep yang ditonjolkan dalam minimalist ini adalah konsep kesederhanaan tetapi ia sangat menarik dan kemas.Dengan dekorasi rumah minimalist ini, anda dapat menjimatkan duit apabila anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi dekorasi rumah.
Anda juga boleh membaca 77 Tips dan Teknik Dekorasi Budget untuk mendapatkan idea bagaimana anda boleh membuat dekorasi yang lebih menarik untuk rumah anda mengikut budget yang anda ada sahaja.
Rekod Perbelanjaan Anda
Tak ramai di kalangan kita yang merekod perbelanjaan mingguan mahupun bulanan. Sebenarnya ia sangatlah penting kerana ia dapat memberi gambaran sebenar tentang di mana arah duit kita banyak dibelanjakan. Bila anda kenal pasti perbelanjaan yang boleh dijimatkan maka anda sudah boleh merancang untuk berbelanja pada minggu atau bulan seterusnya.Pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk merekod perbelanjaan ini, antaranya anda boleh create group wassap di antara suami dan isteri supaya kedua-duanya tahu keadaan duit keluar masuk. Selain itu, anda juga boleh merekodkan perbelanjaan dalam microsoft excel.
Rajinkan Sign Up Atau Subscribe
Apabila anda buka sesuatu laman web atau e-commerce, selalunya akan keluar pop up dan minta anda untuk sign up atau subscribe newsletter mereka. Bagi anda yang malas nak layan dengan newsletter mereka sudah pasti anda akan tekan pangkah dan close dari pop up tersebut. Tapi sebenarnya tujuan sign up itu bukanlah ingin menggangu atau memenuhi inbox email anda tetapi ia juga memberi kemudahan untuk anda mengetahui promosi yang mereka lakukan. Dan anda adalah orang pertama akan tahu mengenai promosi tersebut.
Dulu Lisa pun seperti anda, tidak suka mengisi nama dan email untuk sign up bagi sesebuah newsletter website tapi apabila Lisa terbaca ada seorang wanita di negara Amerika yang suka akan sign up ini dan ia membuatkan wanita ini berbelanja secara berhemah.
Lisa beri contoh situasi yang pernah dialami iaitu Lisa suka akan satu brand baju ini tetapi disebabkan harga yang dijual agak mahal bagi Lisa maka Lisa hanya follow newsletter mereka sahaja. Sehinggalah suatu hari, Lisa buka newsletter brand baju tersebut dan mereka menawarkan hanya 10 orang pertama sahaja yang layak mendapat harga yang sangat berbaloi itu dan dalam masa 1 jam sahaja sale tersebut dilakukan. Lisa dapat baju itu dengan harga yang mampu milik dan sekarang apabila lihat harga baju tersebut, ia sudah 7 kali ganda daripada harga yang telah Lisa beli pada masa itu.
Menarik bukan? Maka mulai sekarang pilihlah website atau online shop yang anda suka dan segeralah sign up untuk menjadi orang pertama mengetahui segala promosi yang mereka lakukan.
Jual Barang Yang Tidak Terpakai
Cuba anda lihat di store atau pun di bawah katil anda, mungkin ada barang yang anda tidak pernah pakai langsung dan mungkin juga anda hanya pakai sekali dua sahaja. Ya, barang itulah sepatutnya anda perlu jual kepada orang yang memerlukannya. Jangan disimpan terlalu lama dan akhirnya anda akan buang juga barang tersebut. Sayang sangat.
Apabila anda jual barang yang sudah tidak dipakai sebenarnya, ia juga boleh menambahkan pendapatan sampingan tanpa anda sedari.
Buat Bisnes Online
Zaman sekarang ramai yang membuat bisnes online dari rumah. Ada yang menjual barangan seperti barang dapur, barang kosmetik,pakaian dan sebagainya lagi. Dengan cara ini dapat menambahkan tabungan bagi sesebuah keluarga demi kelangsungan hidup.
Rebutlah peluang yang ada. Jika anda tidak tahu bagaimana mahu memulakannya, terdapat banyak panduan dan mentor yang menawarkan perkhidmatan untuk mengajar anda membuat bisnes online. Anda juga boleh menjadi dropship atau agent bagi menjinakkan diri dalam bisnes online ini.
Berikut merupakan panduan yang anda boleh belajar untuk membuat bisnes online mengikut minat anda
Bekerja Dari Rumah
Bekerja dari rumah mungkin namanya tak sehebat seperti orang yang bekerja di pejabat tetapi tahukah anda dengan bekerja dari rumah ia banyak dapat jimatkan duit seperti perbelanjaan minyak kereta atau moto, duit tol dan lain-lain lagi. Pelbagai pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah seperti menjadi freelancer untuk bidang yang anda suka seperti bidang penulisan, perakauanan,kesenian dan sebagainya.
Anda juga boleh daftar di website FIVERR untuk menjadi freelancer antarabangsa.
Kebanyakan syarikat pada zaman sekarang memerlukan freelancer untuk bekerja di syarikat mereka tanpa perlu pergi ke pejabat. Kerana ia juga dapat menjimatkan kos bagi sesebuah syarikat apabila mengupah freelancer.
Recycle
Recycle barang sebenarnya tidak asing lagi di kalangan kita kerana sudah banyak kempen recycle yang telah diwar-warkan dalam media sosial mahupun di televisyen. Di sini Lisa mahu mengingatkan kembali kepada anda untuk recycle barang yang boleh anda lakukan. Dan antara barangan tersebut seperti plastik yang anda dapat di pasaraya ketika membeli belah, ia boleh digunakan semula sebagai plastik sampah di rumah.
Bagi anda yang selalu membeli makanan yang mempunyai bekas plastik jernih, ia juga boleh digunakan semula untuk mengisi barang dalam peti ais supaya ruangan peti ais anda nampak lebih teratur. Maka tidak perlulah membeli bekas tupperware untuk mengisi barang dalam peti ais tersebut.
Refill
Anda pernah terfikir tak untuk refill sabun mandi, sabun basuh pinggan dan seumpama denganya boleh dilakukan dengan menambah air sahaja. Caranya mudah sahaja, 1 bekas sabun mandi di bahgika kepada dua bekas yang berlainan. Kemudian, tambahkan air dalam bekas tersebut bercampur dengan sabun mandi dan goncangkan ia sehingga anda lihat kedua-dua campuran ini bersatu. Lakukan perkara yang sama dengan botol kedua. Dan botol pertama anda sudah boleh gunakannya untuk bekalan mandi bagi 2 minggu dan seterusnya boleh gunakan botol kedua.
Nah, jimatkan. Cara ini Lisa dapat dari sebuah blog yang banyak menceritakan tips and hacks of saving money. Bila Lisa sendiri lakukan, ya memang betul dapat jimat duit untuk perbelanjaan sabun-sabun di rumah.
Bersiar atau Bercuti di Tempat Yang Percuma
Untuk menggembirakn keluarga anda, sudah pasti bersiar-siar dan bercuti merupakan aktiviti wajib pada musim cuti sekolah mahupun pada hujung minggu. Jika anda yang sedang dan ingin menjimatkan duit, anda boleh praktiskan dengan cara bersiar-siar di tempat yang percuma. Terdapat lebih 300 buah tempat dan aktiviti percuma yang boleh anda lakukan bersama keluarga anataranya adalah berkelah di air terjun, memancing di sungai, memanjat gunung, bermain di taman permainan dan sebagainya.
Tanam Pokok
Lisa ingat lagi waktu Lisa masih kecil dan keluarga Lisa tinggal di kampung kemudian kami berpindah di kawasan taman, mak Lisa sangat suka menanam pokok. Mak cakap boleh jimat duit bila kita tanam pokok. Bayangkanlah dari sayuran seperti bendi, kucai, terung sehinggalah buah pisang, semuanya mak Lisa tanam. Boleh dikira berapa sayur sahaja yang kami beli di pasar dan selebihnya mak tanam di belakang rumah.
Bagi anda yang ada ruangan tanah yang boleh ditanam tumbuhan seperti sayuran mahupun buahan, maka lakukanlah kerana ia dapat menjimatkan duit tanpa anda sedari. Jika anda yang duduk di rumah tiada tanah seperti rumah apartment mahupun kondominium, anda boleh tanamnya di dalam bekas pasu.
Ini sedikit sebanyak yang boleh Lisa kongsikan dengan anda berdasarkan pengalaman Lisa sendiri serta pengalaman dari orang sekeliling Lisa. Jika anda mahu lebih banyak lagi tips cara menjimatkan duit, and boleh klik di link bawah ini. Lebih 100 tips yang dikongsikan oleh penulis Encik Zahid zainal tentang cara jimatkan duit dari perihal strategi berjimat cermat di rumah sehinggalah strategi berjimat cermat di pejabat.
Share This Post With Your Friends!!
No comments: