Cara Elakkan Ketagihan Gadget Di Kalangan Kanak-kanak


July 18, 2019
Seperti yang Lisa pernah tulis tentang fareeq dan gadget iaitu seawal umur 2 tahun Lisa perkenalkan gadget kepada Fareeq kerana masa itu Lisa sangat sibuk membuat bisnes online. Bagi Lisa, bila beri fareeq gadget maka dia tidak akan kacau apa yang Lisa buat. Setelah mendengar ceramah dan membaca beberapa artikel berkenaan keburukan gadget maka Lisa dan suami mengambil keputusan untuk Fareeq kurangkan ketagihan gadget.

Alhamdulillah setelah beberapa kali percubaan akhirnya kami berjaya juga mengurangkan ketagihan fareeq terhadap gadget. Bukanlah bermaksud kami tidak bagi langsung dia bermain phone tetapi hanya sekali atau dua kali seminggu sahaja dia dapat pegang phone, pada waktu lainnya adalah sesi pelbagai aktiviti yang dilakukan di rumah.



Lisa kongsikan dengan anda beberapa cara yang kami lakukan. Mungkin cara ini works to your kids and may be not. Tapi tak salah untuk mencuba. Yang penting kita sebagai ibu bapa berusaha untuk berikan yang terbaik buat anak-anak kita.

Ibu Bapa Sendiri Perlu Jauhi Gadget

Pepatah Inggeris pernah mengatakan "Monkey see, monkey do".

Umur anak-anak yang bawah 6 tahun ni, mereka lebih suka memerhati apa yang ada di hadapan mereka dan kemudian mereka akan lakukan. Jika ibu bapa sudah tekad untuk menyuruh anak-anak kurangkan sesi gadget maka ibu bapa sendiri perlu mula untuk kurangkan sesi gadget. jangan suruh anak tidak tengok phone tetapi mak ayah 24 jam menghadap phone. Bermaksud lain apa yang dicakap dan lain apa yang dibuatnya.

Mula-mula memang rasa susah sebab Lisa sendiri sentiasa dengan phone sebabnya untuk balas message customer. Tapi itulah perkara yang perlu dikorbankan ketika itu. Bila fareeq lama tengok Lisa sudah tak pegang phone, indirectly dia sendiri terlupa pasal phone dan fokus untuk bermain dan pegang buku.

Rules no. 1 ini perlu dipatuhi jika nak baca yang kedua. Jika no.1 pun anda tidak lepas maka ia agak sukar untuk melakukan next step.

Tiada istilah phone ini anak punya

Apabila dari awal anda sudah menyatakan phone ini anak punya bermaksud kita sudah letak satu hak ke atas phone tersebut.  Maka anak-anak akan faham "Phone ini aku punya,so aku boleh guna pada bila-bila masa dan boleh tengok apa saja". Jadinya apabila anda melarang mereka untuk berhenti menggunakan phone, mereka akan refuse kerana mereka sudah anggap itu hak mereka dan tiada siapa boleh menghalang untuk menggunakannya.

Berlainan pula dengan konsep meminjam. Jika menggunakan istilah meminjam bermaksud mereka perlu pulangkan balik. Lisa tahu anda mampu untuk membeli satu phone untuk setiap anak tetapi untuk umur mereka yang masih kanak-kanak, lebih baik mereka meminjam phone anda. Apabila anda mahu menggunakannya, mereka akan mudah untuk memulangkan kembali phone tersebut kerana mereka faham itu hanyalah pinjaman semata-mata.

Selalu tekankan kepada mereka phone tersebut adalah anda yang punya, bukan mereka punya.

Keep them busy

Apa yang Lisa faham apabila melihat anak sulung Lisa ni, Fareeq akan meminta gadget apabila dia berasa bosan dan tidak tahu nak buat apa. Maka sebagai ibu bapa kita perlu pastikan mereka sentiasa sibuk dengan keadaan sekeliling. Antara contoh yang boleh membuatkan mereka sangat busy adalah dengan menyuruh mereka membantu anda membuat kerja rumah seperti menyapu, sidai kain, menyiram pokok bunga, basuh pinggan atau pun membuat aktiviti yang bermanfaat bersama-sama seperti aktiviti art and craft, bermain lego dan lain-lain lagi.

Macam Lisa sejak duduk di Dubai, rumah kami tidak besar mana dan tiada tanah untuk tanam pokok bunga, maka jauh sangat untuk meminta fareeq membuat aktiviti luar tambahan pula pada musim panas ni. Suhu di luar dalam 48 hingga 50 darjah. Kadang-kadang mati kutu dibuatnya. Tapi Lisa akan ajak fareeq buat aktiviti seperti:

Bila Lisa exercise, Lisa akan ajak Fareeq exercise bersama-sama. Ambil masa setengah jam hingga satu jam

Bila Lisa cuci toilet, Lisa ajak sekali Fareeq cuci toilet. Dia memang suka main air.

Bila Lisa kemas dapur, Lisa akan suruh dia lap meja dan almari.


Hantar Ke Kelas Kemahiran atau Playgroup

Jika anak anda bawah 3 tahun, anda sudah boleh hantar mereka untuk ke kelas playgroup dan kebanyakannya kelas playgroup ini hanyalah beberapa jam sahaja untuk 1 sesi. Sekurang-kurangnya mereka dapat belajar cara bersosial dan montessori. Bagi anak anda yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun ke atas, anda sudah boleh hantar mereka ke kelas kemahiran seperti kelas memasak, taekwando, belajar muzik dan sebagainya. Apabila aktiviti harian mereka penuh, maka mereka akan lupa tentang phone atau gadget kerana itu hanyalah sampingan sahaja bukan perkara utama untuk aktviti harian mereka.

Tips ini Lisa tulis apabila melihat cara Sheikh Muzaffar mendidik anak-anak beliau dengan memenuhi jadual harian mereka. Lisa selalu juga follow facebook Sheikh Muzaffar kerana kagum dengan cara didikan beliau terhadap anak-anaknya.

TV sebagai alternatif

Ada sesetengah berpendapat TV membawa banyak keburukan tetapi bagi pendapat Lisa sendiri ia bergantung kepada apa yang kita tonton. Lisa lebih prefer TV berbanding phone kerana di TV kita boleh lihat apa yang anak tonton berbanding phone, ada perkara yang kita tidak boleh kawal.

Tetapi perlu juga kawal masa untuk sesi menonton TV. Bukanlah setiap masa tetapi tetapkan waktu bila masa anak boleh menonton dan bila masa mereka tidak boleh menonton TV.



InsyaALLAH semoga perkongsian Lisa ini dapat memberi idea kepada ibu bapa yang berusaha untuk mengurangkan ketagihan gadget di kalangan anak-anak.




Percayalah, untuk permulaan ia agak sukar tetapi ia sangat berbaloi dengan kesabaran serta pengorbanan yang kita berikan. Jangan lupa untuk berdoa kepada ALLAh supaya dilembutkan hati anak-anak kita untuk mendengar kata dan menjadi anak-anak yang soleh solehah.









No comments:

Powered by Blogger.