Part 1: Bagaimana maksud kaya dunia di Negara Qatar?


Sebenarnya macam tak layak je untuk lisa cerita tentang tajuk kaya ni almaklum bukanlah dalam kategori orang kaya seperti Dato Datin di luar sana atau business owner yang ada rumah gah dan dalam akaun bank berjuta-juta tapi disebabkan lisa ni ada blog di mana inilah tempat nak membebel panjang dan menceritakan perkara yang suka tengok dan apa yang lisa alami dalam hidup sendiri.

Lisa terpanggil untuk buat tajuk ni dan menceritakan lebih terperinci sebab Lisa nak beritahu kepada semua bahawa penceritaan dan keindahan ini hanyalah di dunia sahaja dan ia hanya pinjaman semata-mata. Jika orang di luar sana mengatakan anda perlu kaya, ya betul kita semua perlu kaya tetapi dalam menuju jalan kekayaan tu banyak rintangan dan cabaran yang Allah sediakan. Dan perlu ingat bahawa orang kaya itu tidak semestinya berjaya dan orang miskin itu bermaksud gagal sebab setiap perjalanan hidup kita berbeza dan dari lahir ALLAH dah sediakan dah jalan tersebut. Kaya itu ujian dan miskin itu ujian serta yang sederhana itu ujian.

Membebel panjang pulak aku ni.

Let's get back to this subject!!

Sebelum lisa nak cerita bagaimana tentang kekayaan penduduk Qatar ni, Lisa nak kita faham bahawa Qatar ni adalah pemegang takhta The World's Richest Country by GDP per capita dan purchasing power is very high. Dan mereka ada the world high class airlines iaitu Qatar Airways. Supaya bila kita faham perkara ni, kita tak terkejut melihat lifestyle mereka ni seperti mana yang bakal lisa ceritakan.

Setiap anak ada seorang nanny
First time, suami lisa bawa pergi ke Mall of Qatar(the largest mall in Qatar) lisa rasa teruja bila tengok keluarga Qatari ni pergi ke shopping mall siap bawa nanny/bibik sekali. Nanny ni yang akan bawa barang mereka dan mengendong anak ke sana sini. Jika ada 3 orang anak maka akan ada 3 orang nanny di belakang mereka. Nanny akan pakai pakaian uniform. Jika anak pergi main playground, nanny pun akan join skali masuk dalam playground tu. Jika anak main ice skating, nanny pun kena main ice skating sekali. Jika mereka melancong ke luar negara, nanny pun akan ikut sekali.  Jika bos mereka makan di high class restaurant maka mereka pun akan sertai sekali makan di sana. Amacam best tak jadi nanny pak arab ni? So jangan tanya kenapa bibik kat malaysia selalu lari dari rumah. Dan pernah keluar dalam iklan facebook gaji yang ditawarkan kepada nanny adalah RM10,000-Rm15,000.

Lisa pernah berbual dengan seorang nanny, dia kata nanny yang jaga anak dikhaskan untuk menjaga anak sahaja dan tukang kebun kerjanya hanya dikebun luar rumah sahaja dan tukang masak adalah kerjanya memasak sahaja. Mereka tidak akan beri banyak kerja untuk seorang individu.

Dan untuk pengetahuan anda, wanita di sini tidak digalakkan bekerja, so menjadi tanda tanya dalam diri lisa, habis tu suri rumah atau mak-mak di sini buat apa je di rumah sebab kerja menjaga anak, memasak,mengemas semuanya bibik yang buat.

Kebanyakan nanny di sini terdiri daripada orang philipine, India dan Indonesia.

Bila lisa tengok setiap anak ada seorang nanny, dalam hati ni, kalau nak beranak 10 pun tak kisah...hahhaha!!!!(namanya gelak berangan)

Kebanyakkannya memang seorang anak akan ada seorang nanny. tapi ada juga keluarga yang mempunyai bibik dalam sekurang-kurangnya seorang bibik walaupun tiada seorang nanny untuk seorang anak. Ok la tu kan, bersyukur sangat dah kalau macam tu.


Kereta Mewah
Di Qatar, kebanyakkan kereta seperti Toyota, Honda, Hyundai,Nissan dan Kia dijadikan teksi dan Uber. Ada juga expat yang pakai kereta seperti brand di atas sebab harga kereta brand tersebut jauh lebih murah dari Malaysia. Contohnya kereta Honda City, di Malaysia harga dalam lingkungan Rm70,000 hingga Rm90,000 tetapi di sini korang boleh dapat separuh dari harga di Malaysia.

Sejujurnya lisa bukanlah peminat kereta mewah malah nak tau nama dan jenis kereta pun lisa tak berminat tapi sejak datang Qatar ni, dah hari-hari kereta mewah lalu depan mata sampaikan dah boleh tau nama kereta mewah ni contohnya yang biasa penduduk Qatar pakai adalah jenis SUV bagi yang bekeluarga dan bagi yang remaja akan pakai sport car. Antara brand car yang biasa lisa nampak depan mata ialah Hummer, Dodge, Rolls-Royce, Bently, Land Rover, Porche, Ford Mustang dan banyak lagi. Dari jauh dah nampak kereta gah ni. Ada yang bawa sediri kereta tersebut dan tak kurang juga ada driver yang bawakan.

Pernah ada sekali tu Lisa lalu depan rumah di area Qatar ni, ternampak lebih dari 5 buah kereta mewah yang ada untuk satu rumah.

Banyak kali lisa terserempak juga dengan majlis kahwin mak dan pak Arab ni yang diadakan di Hotel berdekatan dengan rumah, dan lisa ternampak kereta yang bawa pengantin adalah Limosin yang ada berapa belas tah pintu dan depan belakang diiringi kereta mewah. Dasyat betul dorang ni.


Shopping Barangan High End 
Kalau sebut barangan high end bagi wanita pasti dah tergambar dalam fikiran kita handbag yang tinggi kualitinya, kasut yang cantik dan bergaya, pakaian yang berjenama serta barangan kosmetik dari jenama yang terkemuka di dunia. Sudah pasti harganya jauh lebih tinggi dari yang biasa.

Jika datang Qatar, shopping mall ni ibarat rumah kedua bagi Qatari. Mana tidaknya, kiri kanan depan belakang shopping mall dan outlet atau kedai yang menyewa dalam shopping mall tersebut bukanlah jenama biasa-biasa tetapi high end brand. Contohnya di Villagio, bila anda masuk di lorong seperti istana terdapat sederet outlet/boutique barangan high end dan anda pasti jadi rambang mata.

Lisa pernah terfikir, boleh ke brand ni nak survive untuk bayar sewa dan kaut untung? Tapi bila kami jalan di sini dalam setengah jam, baru kami faham bagaimana boutique ini boleh jadi kaya raya, mana tidaknya Qatari yang datang bukan beli 1 atau 2 barang mewah tetapi beli memang sekali banyak. Kadang-kadang kasihan tengok bibik sampai tak cukup tangan bawa paper bag yang tulis jenama mewah ni. Lisa rasa sekali dorang shopping bukan setakat Rm10,000 atau Rm20,000 tetapi sekali belanja boleh cecah Rm100,000 untuk barangan jenama mewah ini.

Pernah sekali Lisa nampak ada beberapa budak perempuan dalam lingkungan umur 14 atau 15 tahun pergi shopping barangan mewah untuk beli handbag. Kalau budak-budak beli handbag dalam Rm10,000, then mak dorang beli handbag berapa ringgit la agaknya.

Bersambung....








1 comment:

  1. Alahai bersambung pulak seronok pulak baca kisah dekat qatar boleh taw kehidupan disana serba sikit

    ReplyDelete

Powered by Blogger.