15 Cara 'Me Time' Untuk Si Ibu


September 10, 2019
Menjadi seorang ibu merupakan satu anugerah terindah buat si ibu. We love being a mom. Tetapi bila seharian mendengar jeritan, tangisan anak-anak. Ditambah pula dengan kerja rumah yang tidak pernah akan habis serta perlu menguruskan keperluan anak-anak menyebabkan kadang-kadang kita akan rasa penat dan kita perlu recharge our energy. Sedangkan bateri kereta yang sering digunakan setiap hari perlu recharge inikan pula kita manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Ada setengah ibu yang inginkan 'Me Time' tetapi mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk melakukan me time tersebut. Untuk pengetahuan anda, me time ni bermaksud kita ada masa untuk rehatkan diri serta restore energy. Senang cerita me time ni membawa maksud kita keluar daripada rutin harian dan masa tersebut untuk kita betul-betul rasa rehat dan chill.

Me time yang berkesan adalah me time yang apabila anda dapat refresh mood anda. Positive mood. Positive vibes. Me time yang tidak berkesan apabila anda lihat anda masih dalam keadaan negative dan sentiasa mood yang tidak baik.




Jika di negara orang putih mereka banyak mengamalkan self-care. Dengan pelbagai tekanan pada zaman ini, self-care ini sangatlah penting. Jika ia tidak dilakukan secara konsisten ia boleh menyebabkan berlakunya depresi dan boleh membawa kepada bunuh diri.


Wahai ibu, di sini Lisa kongsikan 25 cara 'Me Time' yang boleh ibu lakukan untuk kembali positive. Mungkin ia nampak remeh tetapi dengan melakukannya secara konsisten, anda akan rasa bahagia untuk melakukannya.

1. Take a nap

Ambillah sedikit masa untuk ibu tidur sebentar. Dapat 5 hingga 10 minit pun sebenarnya sudah boleh buat kita kembali bertenaga.

2. Keluar untuk bersenam atau berjogging

Semasa Lisa travel ke Australia dan London, boleh dikatakan setiap awal pagi Lisa akan nampak ibu-ibu mat saleh ni akan bersenam dan berjogging sambil membawa anak sama ada menggunakan stroller mahupun baby carrier. Sebab itulah badan ibu mat saleh ni memang cantik kerana mereka mengamalkan hidup sihat dan disamping recharge energy mereka. Ibu-ibu boleh lakukan sedemikian. Ambillah masa setengah jam sehari untuk melakukannya atau 3 kali seminggu. Mungkin dengan cara ini membuatkan anda rasa lebih positif.

Anda boleh dapatkan baju senaman muslimah di sini. 

Artikel Berkaitan: 5 Rahsia Dapatkan Me Time


3. Menari Sambil Mendengar Muzik

Tidak semestinya perlu menari seperti Stacy dalam TV tu, cukuplah menari ikut irama lagu. Pasanglah lagu kegemaran ibu dan menari dengan gembiranya dalam rumah. Jika segan jiran nampak anda menari, jangan lupa tutup langsir.


4. Baca buku atau majalah kesukaan ibu

Apa hobi anda? Apa yang anda suka lakukan? Memasak? Menjahit? Baking cake? Tak kisah lah apa pun hobi atau perkara yang anda suka, anda boleh cari majalah dan buku untuk dibaca dan untuk menambah pengetahuan yang sedia ada. Dengan ilmu baru membuatkan anda rasa lebih excited untuk melakukannya dan anda akan menghasilkan mood yang positif.



5. Keluar dengan rakan perempuan

Mengapa waktu zaman universiti mahupun zaman sekolah, kita tidak rasa sunyi dan seperti seorang diri? Sebabnya kita selalu keluar dengan rakan-rakan dan berbual perkara yang menyeronokkan. Mintalah izin dari suami untuk keluar dengan rakan anda. Jika anak perlu dihantar kepada pengasuh untuk sementara, maka buatlah keran dengan cara itu membuatkan anda rasa lebih bahagia dan refresh your mood.


6. Sertai aktiviti zumba atau workout

Ada setengah orang pergi zumba atau workout program untuk kuruskan badan tetapi ada juga golongan yang ddatang ke ativiti tersebut untuk suka-suka je sebab nak refresh mood. Itu juga dikira me time. Melakukan zumba beramai-ramai sambil gelak ketawa, boleh menghasilkan hormon endorfin.


7. Pergi Membeli-belah dan Window Shopping

Lisa pernah alami rasa sunyi disebabkan rutin harian dan suami pula sibuk dengan rutin kerjanya, menyebabkan Lisa perlu Me Time bagi recharge energy. So Lisa minta izin suami untuk pergi ke shopping mall seorang untuk beli belah. Bukanlah nak beli barang sangat pun sebenarnya tetapi lebih kepada ingin masa untuk bersendirian. Anak pula Lisa minta suami jagakan. Dengan cara ini Lisa dapati mood terus jadi positif dan kembali bertenaga untuk melakukan rutin harian.


8. Pergi Spa atau Massage.

Wanita dan spa tidak dapat dipisahkan. Kerana wanita suka dibelai dan dimanja. Dengan menghadiri sesi spa dan massage membuatkan kita rasa nyaman serta itulah Me time yang kita inginkan. Menurut kajian di negara Barat, wanita yang konsisten menghadiri sesi spa dan massage lebih bahagia berbanding wanita yang tidak pernah atau sekali sekala sahaja datang ke sesi spa dan massage. Ini mnenunjukkan ,sebagai seorang wanita kita perlu pergi spa dan massage demi kebahagiaan diri sendiri.

Terdapat banyak website yang menawarkan promosi spa dan massage termasuklah Fave (MY) . Serendah Rm35 untuk sesi spa dan massage anda sudah boleh dapat. Lisa kalau nak pergi spa atau massage website ni la yang jadi kegemaran untuk tengok promosi yang ada untuk bulan tersebut.


9. Call ibu bapa, kakak atau teman baik.

Untuk kembalikan mood kita yang makin hilang dengan rutin harian yang memenatkan, kita boleh call ibu bapa,kakak atau teman baik kita. Tanya khabar mereka dan berbuallah apa-apa topik pun yang penting ia dapat membuat kita rasa lebih gembira apabila we have someone to talk and hear what we say. Mungkin dengan call mereka dapat beri kata-kata semangat kepada kita dan membuatkan kita rasa lebih positif.


10. Sertai Persatuan Wanita Mahupun Aktiviti Kemasyarakatan

Di Malaysia, terdapat banyak persatuan wanita mahupun persatuan kemasyarakatan yang boleh kita sertai. Dengan penyertaan tersebut kita dapat join aktiviti yang mereka adakan dan kita juga boleh menambah kawan baru. Kita juga dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang ilmu kekeluargaan daripada mereka yang sudah berpengalaman.

Macam Lisa sendiri, Lisa suka bergaul dengan wanita yang lebih berusia dari Lisa kerana dapat belajar ilmu kekeluargaan daripada mereka. Kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang tetapi mereka mengingatkan kita tentang perkara tersebut.


11. Lakukan Hobi Anda

Pernah tak ada orang tanya apa yang kita suka buat? Jika tiada, biar Lisa tanya kepada ibu-ibu, apakah hobi ibu atau apa perkara yang ibu suka buat? Jika anda suka menanam, maka pergilah lakukannya. Jika anda suka shopping, lakukanlah. Jika anda suka membaca buku,lakukanlah. Jika anda suka baking cake lakukanlah.



Jika melakukan hobi tersebut membuatkan anda rasa lebih bahagia dan gembira, apa salahnya. Sayangi diri anda dan sayangi hobi anda.


12. Cuba Perkara Baru

Ada wanita yang takut untuk melakukan perkara baru tetapi tahukah anda dengan melakukan perkara baru tersebut boleh membuatkan anda rasa gembira dan rasa ingin tahu untuk melakukan secara lanjutnya. Contohnya, jika anda suka sangat memasak, apa kata anda cuba perkara baru dengan suka mendekorasi rumah.

Ia akan membuatkan anda rasa ingin lebih tahu dan menambah ilmu untuk mendekorasi rumah. Lisa percaya apabila dekorasi rumah anda berlainan dari sebelum ini, sudah pasti suami dan anak-anak juga suka melihatnya. Mereka akan memuji hasil dekorasi anda dan ia akan membuat anda lebih bahagia dan gembira.


13. Tengok Wayang

Jika anda inginkan 'Me Time' , mungkin anda boleh pergi seorang tengok wayang tersebut tetapi jika anda perlukan teman, anda boleh call rakan-rakan mahupun dengan suami sendiri untuk tengok wayang. Lisa pernah lakukannya bersama suami dan anak kami tinggalkan dengan pengasuhnya walaupun hanya 2 atau 3 jam sahaja. Demi mendapatkan Me Time yang berkesan.

Apabila kita tengok wayang, kita akan rasa lebih relax dan chill. Kita tidak fikir tentang rutin harian mahupun masalah yang dihadapi. Beri masa kepada diri anda untuk rehat.


14. Hadirkan Diri Ke Kelas Agama atau Ceramah

Pegangan agama merupakan nadi dalam hidup kita. Jika ia goyah dan tidak dipegang kuat maka lemahlah seluruh tubuh kita untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya yang berlandaskan syariah islam. Sentiasalah hadir ke kelas agama atau ceramah untuk tambahkan ilmu pengetahuan agama serta dapat memberi ketenangan kepada diri keran menuntut ilmu itu wajib bagi setiap umat islam. Apabila kita dengar ceramah, insyaALLAH hati akan tenang.



15. Pergi Bercuti

Tahun lepas kecoh dalam media sosial tentang hanis zalikha bercuti dengan rakan-rakannya tanpa membawa suami dan percutian tersebut hanya dihadiri oleh teman perempuannya sahaja. Mungkin anda juga boleh melakukannya demi mendapatkan Me Time anda. Tidak perlulah sampai ke luar negara. Dapat dalam negara pun sudah cukup untuk anda dapatkan Me Time tersebut. Tetapi jika ada budget lebih apa salahnya.



Wahai Ibu, jangan lupa lakukan Me Time ini supaya Ibu dapat positive vibes dan refresh mood.  Jadilah ibu yang sentiasa ceria dan bahagia demi melahirkan anak-anak yang bahagia.




Jangan Lupa Kongsikan Artikel ini Dengan Ibu-Ibu Yang Lain Supaya Mereka Juga Dapat Me Time dan Kembali Bertenaga Untuk Menghadapi Rutin Harian.

1 comment:

Powered by Blogger.