Resepi Tempe Goreng Jawa Yang Simple


June 04, 2020
Sebelum Lisa kahwin dengan suami Lisa yang berketurunan jawa, Lisa biasanya masak tempe goreng hanya mengunnakan kunyit dan garam sepertimana masak ikan goreng kunyit. Masak tempe goreng kunyit pun rasa sangat sedap. Ada sedikit rasa masin dan rasa tempe tu dah membuatkan selera makin naik untuk makan bersama nasi dan lauk yang lain. Tapi sejak Lisa berkahwin dengan suami, ibu mertua Lisa sangat suka dengan resepi yang bakal Lisa kongsikan di bawah kerana suami Lisa kata orang jawa ni mereka suka rasa rempah ratus terutama sekali jintan dan ketumbar. Ini antara bahan utama kalau nak menggoreng tidak kisahlah nak goreng tempe atau goreng lauk yang lain.

Resepi tempe goreng jawa yang simple ni sebenarnya memang mudah disediakan walaupun memerlukan lebih sedikit bahan berbanding tempe goreng kunyit. Dan jika betul-betul masak mengikut teknik di bawah, tempe tersbeut akan rasa lebih rangup dan lebih sedap.

Jika anda baru pertama kali mahu mencuba resepi tempe goreng jawa ini, Lisa sarankan supaya berhati-hati kerana anda mungkin akan menjadi ketagih dengan rasanya. Hehehe...

tempe goreng jawa


Resepi Tempe Goreng Jawa Yang Simple


Bahan-bahan


1 peket tempe 300gm-500gm(Dipotong nipis)
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan halus dan jintan kasar*
3 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air*
1 sudu kunyit
3 ulas bawang putih*
1-2 cubit garam

Cara-caranya


1. Kisarkan bahan bertanda * sehingga separuh halus.
2. Masukkan kunyit, tepung beras, garam dan bahan kisar dalam satu bekas yang sama.
3. Jika anda mahu sedikit pekat tambahkan tepung beras.
4. Masukkan tempe ke dalam mangkuk tersebut dan salutkannya ke semua permukaan tempe.
5. Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng.

Sekian sahaja perkongsian Lisa kali ini untuk resepi tempe goreng jawa yang simple dan yang sedap serta rangup dimakan. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan sahabat anda yang lain. 

No comments:

Powered by Blogger.