Lazada Online Revolution Blogger Contest


November 19, 2017
Bila dapat email dari Lazada Malaysia tentang sale secara besar besaran sempena 11.11, kami suami isteri memang tak lepaskan peluang membeli belah secara online di laman web yang terkenal di Malaysia. Potongan diskaun bukan setakat 5% Aatau 10% sahaja tetapi sehingga lebih 60% diskaun yang diberikan. Paling best bila harga adalah RM11 untuk barang yang terpilih. Yang terbaru Lazada Malaysia sedang mengadakan kempen Lazada Online Revolution dan ia bakal menawarkan diskaun yang tinggi kepada pembeli.

Untuk pengetahuan anda, Online revolution yang diadakan oleh Lazada bermula 11 November hingga 14 Disember 2017. Maka, anda masih ada dalam 3 minggu lagi untuk merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Lazada Malaysia.


https://www.lazada.com.my/online-revolution/


Dalam masa yang sama, bersempena Lazada Online Revolution ini, Lazada mengadakan contest kepada semua blogger untuk memenangi hadiah yang lumayan dengan syarat menjawab soalan seperti di bawah.

Ini adalah pengalaman Lisa sendiri dalam membeli secara online menggunakan website Lazada Malaysia.


Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 

Saya masih ingat lagi yang produk pertama saya beli dari website Lazada Malaysia adalah handbag hitam berjenama Harrods. Sehingga kini, saya masih menggunakan handbag tersebut kerana ia sangat cantik dan tahan lasak. Ramai teman-teman memuji kecantikan handbag tersebut. Dan service delivery sangat cepat iaitu mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja sahaja.



Which types of products would you prefer buying online? 

Antara produk yang saya suka membeli secara online adalah barangan kanak-kanak iaitu untuk anak bujang saya ni seperti permainan, pampers dan pakaian. Selain itu, saya juga suka produk seperti aksesori wanita seperti handbag, shades dan sebagainya.

Tapi berbeza dengan suami Lisa, dia lebih suka membeli barang di Lazada Malaysia seperti gadjet dan aksesori lelaki. Baru-baru ini, dia membeli laptop dari Lazada Malaysia dan kualitinya sangat berpuas hati.

What do you love about online shopping? 

Lisa sukakan online shopping sebab dapat lihat review dari pelanggan yang sudah menggunakan produk dan service tersebut. Dengan adanya review dan testimoni yang bagus, Lisa lebih confident untuk membeli barangan tersebut.

Selain itu, boleh menjimatkan masa dan tenaga. Kadang-kadang, kita tiada masa untuk keluar membeli barang dan barangan tersebut tidak ada di kawasan tempat tinggal kita.
Dengan online shopping ia memudahkan lagi urusan harian kita.

Dengan online shopping juga, ia seperti kita mendapat hadiah apabila postman datang ke rumah dan menyerahkan bungkusan tersebut kepada kita. 

Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 

Semasa Online Revolution sales yang dianjurkan oleh Lazada, Lisa telah beli barangan kosmetik iaitu seperti di bawah. Dan Lisa juga telah merancang untuk membeli lagi barangan permainan kanak-kanak untuk Fareeq.





Dengan adanya Lazada Online Revolution ini, ia dapat membantu rakyat Malaysia untuk membeli secara bijak dengan penjimatan yang diberikan serta barangan yang berkualiti disediakan,




Semoga Lazada Malaysia akan terus membuat offer and sales untuk pelanggan setia di Malaysia.


No comments:

Powered by Blogger.