Showing posts with label thailand. Show all posts
Showing posts with label thailand. Show all posts
12:24

Backpacking trip to Thailand

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Mula-mula rasa berat juga nak tulis entry ni, tapi tak best pula kalau tak abadikannya. Blog ak yang lama dah terdelete, yang mana aku story morie pasal backpacking ak ke Thailand, alone. Sorang-sorang. No family, no friends and nobody, only me and ALLAH. Sure.

Nak refresh balik memang la susah, almaklum makin umur meningkat ada certain things we forgot but bout backpaking to Thailand ni insyaALLAH, akan jadi the best memory ever dalam hidup aku.

How do I start? Through picture je la ye. 

Sebelum aku decide nak backpacker,  sebulan sebelum ak dah survey dengan blogger dan backpackers yang lain. Dorang bagi banyak sangat tips2 yang berguna. Masa tu, aku pun tak tahu la hati ni nak sangat ke oversea dan nak merasai pengalaman backpackers sorang2. So,  Thailand menjadi pilihan hati. Nak juga rasa naik train 25 jam. 



Waktu ni malam, dan abah yang hantar ke Train station Batu Gajah. Dijangka sampai ke sempadan thailand waktu pagi. Sebenarnya, jantung nak meletop dah, takut punya pasal, dalam hati getus sorang2. Doa banyak2 semoga ALLAH permudahkan pengembaraan ak ni.

Aku ingat lagi dalam train, ak ternampak sekumpulan budak pengakap yang buat trip ke Phuket. Mulanya aku tak tegur pun dorang dalam train, tapi sampai je di hatyai, terserempak lagi depan kedai tak jauh dari Train Station yang kitaorang turun tu. Sembang punya sembang, rupanya sama uitm di hatiku. Kenal dengan dorang sampai lah sekarang still contact tapi thru FB je, Iqbal dan azman. 



Sampai je di hatyai, ak dengan gamble nya terus dapatkan tuk-tuk. Bermulalah pengembaraan solo ak di bumi asing. Kap kun kap. Don't worry, i'm still on earth. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku bila berjumpa dengan pak cik yang dulu pernah kerja di Malaysia, dia cakap nak pergi mana-mana cakap je, dia akan bawa. Flat rate. Ak pun apa lagi buka la tentatif jadual ak untuk hari itu dan esoknya. Seriously, pak cik tu baik gila. 


Ni tempat pertama yang ak pergi, pasar terapung. Memang betul la, semua peniaga dok atas air, terapung-apung kau. Kat sini, aku jumpa ramai rombongan dari Malaysia. Kiranya, tak la takut sangat pun.



Makanan yang ak makan di sana. Gerai tepi jalan tapi muslim yg jual, so kira halal. Rasa pelik tapi sedap. I forgot it's name.

Sim kad ni aku dapat harga murah, sebab pak cik driver tadi yg tolong belikan. So, dapat contact ma n pa di Malaysia.


Next destination, aku pergi ke Tang Kuan Hill. Memang best sebab dapat tengok view bandar di situ.




See that. Cantikkan.

Actually, banyak lagi tempat2 yang aku pergi yang cantik2 di area Hatyai, tapi tak berkesempatan all the things nak tulis kat sini. If ada masa insyaALLAH, ak akan story balik.




Ni aku dah sampai ke Bangkok. Tiba je kat sana, terus ak beli tiket balik ke Malaysia, mengikut jadual yg aku tetapkan sendiri. Nasib baik ada. So, from Bangkok direct to Batu Gajah, takes 25 hours. Redha je lah. Kematu punggung ak dok dalam train seharian nanti.


Ni bilik backpackers yg ak dh book, seminggu sebelum datang. Aku guna kredit kad akak aku. Heheh.... Mula2 aku dapat bilik campur laki perempuan, pastu aku teruis pergi kat counter kata' 'i'm muslim, my religion prohibit me to stay one room with guy'. Kebetulan, waktu ak masuk bilik tu, ada orang putih lelaki dalam tu. Mak ai gila sih. Time tu otak aku dah tak keruan, tapi sempat lagi dia sembang. Dia cerita, dia baru balik dari travel Malaysia, ada someone ni hadiahkan dia senaskah al-Quran, now dia nak mengkaji al-quran." makes me wonder betul. Sebelum ak pergi counter, boleh pulak dia ajak aku pergi tengok Muay Thai, ahahah....memang tak la kan aku pergi. 



After settle bilik semua, ak pergi la jalan2 round bangkok. pErgi sungai Chou Phraya.


Pergi kuil yang terkenal. Ukiran dorang memang superb buat aku nganga jap.



Malam pula aku berjalan ke Patpong Market, tak jauh dari hotel aku. Ha ni pengalaman yg best...ahahah...scary+ geli... aku pun baru tahu yang deret kedai di sini ada night club, kiri kanan tapi tengah market, harga not bad murah la juga. Entah macam mana, seriously tak da niat pun nak tengok, tiba-tiba ada pintu satu ni terbuka so aku ternampak la dorang tengah buat tarian tiang, ada 2 or 3 org perempuan. Astaghfirullahala'zim. all my body macam shaking je. Hilang mood nak jln dah. Terus Balik bilik.


Yeay makan time. Ada orang belanja. Kawan yg baru aku kenal and he from China, salah seorang pakar pasal ilmu angkasa lepas nih. aku pun tak tahu betul ke tak, tapi tengok gaya ada la sikit. sebenarnya, waktu tu duit ak tinggal bape baht je, tapi ALLAH temukan aku dengan dia, so everything makan atau pergi mana-mana dia yg belanja. Alhamdulillah rezeki jgn ditolak ya.



Gambar senget. Jaln-jalan2 cuci mata sebelum gerak balik ke Train Station.


Ni lah tempat tidur aku selama 25 jam.....Dah on the way balik ke Malaysia. Bye..bye.. Thailand....

2 Hari aku di Hatyai dan 3 hari di Bangkok mengajar aku banyak benda tentang kehidupan. Bergantung kpd ALLAH sangat2 la tinggi. Sebab waktu tu, tiada siapa can help us if anything happen. I always pray to ALLAH, please ALLAH ease my journey coz i want to see the beautiful of Your creation selain di MalaysIA.

Walaupun tengah pregnant sekarang, aku sangat2 la rindu nak backpackers balik like i did before time single dulu2. InsyaALLAH, tengah plan dengan husband nak buat backpackers , tapi masih memilih nak negara apa mengikut budget yang ada. Sorry la ye to my husband terpaksa melayan isteri yg giler backpackers ni and sorry to my baby yg bakal lahir ni, coz dapat mama yg macam ni.... Untung la time baby dah di bawa pergi jalan-jalan.

i still remember waktu aku backpacking trip to thailand, aku ada berkenalan dengan 1 family ni from Jerman. Sembang2 dengan dorang. aku tengok, laki tu bawa baby dlm baby carrier, belakang pula ada anak dia dalam umur 2 tahun lebih, isteri pula pegang tangan anak yang dalam lingkungan umur 4 tahun. Wow!!! 1 family backpackers. Dah la bawak 2 bag pack. That guy kata, mereka suka backpacker dengan family even anak masih kecil, sebabnya we r too busy with our work life and sometimes kita susah nak kenal anak kita macam mana, so thru backpacking yg ambil masa 2 minggu hingga sebulan ni boleh merapatkan ikatan kasih ibu bapa dan anak. Sebab backpacker ni it's not easy, susah senang tanggung sama-sama. 

Terus aku dapat idea....urmmm betul juga....



TErima kasih baca entry Backpacking To Thailand