Showing posts with label pengedar Herbalife. Show all posts
Showing posts with label pengedar Herbalife. Show all posts
15:01

Pengalaman hamil sehingga 34 Minggu

by , in
Assalamualaikum w.b.t


Pejam celik, usia kandungan dah masuk 34 minggu, kalau kira-kira lagi beberapa minggu dan hari je nak tunggu masa yg berharga. Tak sabar nak tengok muka si dia. Seriously, sekarang ni baru aku rasa yang aku ni tengah pregnant, baru rasa perot semakin membesar, baru rasa cepat mengah dan penat, baru rasa sedikit tekanan.

Mungkin ada mommies yg alami apa yang aku alami sekarang. Iiatu Tekanan. ahhaha....

Fikir pasal macam mana la keadaan baby? sihat ke tak dia? comel ke tak? cukup tak apa yang aku makan ni cukup untuk dia tak? ceazer ke atau normal? sakit tak nanti waktu bersalin? nanti nak dekat beranak, pecah air kentumban tu macam mana? banyak ke? sampai banjir rumah tak? ade ke kemungkinan beranak dalam kereta ke? sempat tak bawak pergi hospital?

Kadang-kadang, sampaikan apa yg aku fikir ni terjangkit pada husband aku skali. Orang kata, nanti air ketuban tu melimpah banyak, husband aku siap cakap apa kata kita balut kerusi kereta kita dengan plastik. Adeh. Almaklum, ni first time kitaorang akan alami, so masing-masing agak cuak dan gabra.

So many things yang otak aku fikir. Is it negative things? atau normal seorang bakal ibu fikirkan semua ini.

Takut, resah dan gelisah memang ada.

Tambahan pula, sekarang ni sakit yg teruk juga di bahagian perut, kaki memang cepat lenguh, sakit pinggang jangan cakap, ALLAH je yang tahu dan aku pun tak boleh berapa nak drive. Duduk lama tak boleh, berdiri lama pun tak boleh.

Alhamdulillah, mungkin Allah nak bagi aku masa rehat. Maka rehat lah secukupnya bak kata mak aku.

Macam mana nak hilangkan tekanan ni semua?

1- Aku akan telefon dan sembang panjang dengan orang yg pakar iaitu my beloved mom. Always kongsi apa yang aku alami. She will advice me itu ini, sampai aku rasa relieve. Mak is my best friend. Minggu lepas aku balik kg, banyak benda yg dibekalkan contohnya, air zam-zam, air bacaan yasin n mcm2 lagi. Mak pesan banyakkan baca al-quran n dekatkan diri dengan ALLAH. Minta ALLAH permudahkan segala urusan kita semasa beranak nanti.

2- Berbincang dan kongsi perasaan dengan husband aku. Apa yg aku alami, aku akan cerita pada dia. Supaya dia faham keadaan aku. Husband ak pesan, jangan fikir bukan-bukan, rilex je... oke, aku try to be rilexx n cool yaw. Fikirkan yg indah shj. Betul orang kata, kalau kita kongsi masalah bersama, kita akan rasa kurang tekanan. Alhamdulillah dapat husband yg good listener. Almaklum sejak baca buku penulisan John Gray, dah boleh faham dengan lawan jantina kita macam mana.

3-Read, read and read. Book, Book. Book. Semenjak dua menjak ni, i get my strenght thru reading book. termasuklah self-development, parenting, pregnancy, relationship and sewaktu dengannya. Banyak juga tips2 yg best aku dapat dari pembacaan. Sebelum ni, ak sangat la malas nk membaca tapi bila Allah bagi aku masa rehat, i think this is the best time untuk start reading the books. Anything books but not novel ya, Tu zaman cintan cintun ak. Semakin banyak kita membaca atau menuntut ilmu, semakin rasa diri ni semakin jahil, rupanya byk lagi ilmu yg perlu kita tuntut n tahu.

4- Nikmati makanan. Waktu tengah pregnant ni, nafsu makan memang la membuak-buak. aku ingat lagi, waktu student, if tension belajar mesti aku akan double kan makanan, fast food restaurant is my fav. Time tak boikot McD, siap order double cheese burger gituh. So, waktu tengah alami keadaan sekarang, aku sangat enjoy dengan makanan. Apa makanan yg aku nak, confirm husband aku belikan.... Lately ni, aku suka makanan yg sweet. Aku jadi makin rilex bila nikmati makanan yg sweet mewit nih. Tapi jangan sampai kena kencing manis sudah.




Alhamdulillah, sekarang ni emosi semakin stabil. Aku ada terbaca buku pregnancy ni, dia kata just enjoy this moment... Nikmati lah saat-saat terindah. Fikirkan yg indah-indah sahaja. Gembirakan hati dan jiwa kita. Buat perkara yang kita suka. Kita ada pilihan untuk berfikir secara positif atau negatif, terserah kepada diri kita. I choose to be happy. Ada kajian menunjukkan, jika si ibu sering berfikiran negatif, keberangkalian komplikasi lebih tinggi untuk dialami. Maka pisitif lah!!!!




Just enjoy this moment ya!!!

18:11

10 Gangguan Ketika Hamil

by , in
Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar perkongsian untuk semua bakal ibu di luar sana. Mungkin ada mommies yang risau tentang perubahan yang berlaku pada diri, jangan risau, itu sebenarnya adalah normal ketika mommies sedang hamil. Cuma bezanya, setengah mommies mengalami beberapa gangguan yg disebutkan dan ada mommies yang tidak mengalaminya, ia bergantung kepada badan kita.

10 Gangguan ketika hamil


1-Gusi Berdarah-waktu hamil, gusi mmg sangat2 sensitif dan lebih lembut. Makanya, pilih berus gigi yg lembut. Di awal pregnant, ak pun alaminya.

2-Sembelit- Otot usus akan dikendurkan oleh hormon kehamilan iaitu progestron, jadinya mommies mungkin alami masalah najis menjadi keras disebabkan masalah pencernaan yg lambat. Maka, banyakkan minum air at least 2litre dan pengambilan buahan.

3-Kekejangan.- Selalunya kejang di betis dan kaki. ini disebabkan kurangnya kalsium. Maka, mommies perlu ambil suplement kalsium ataupun ambil diet pemakanan yg kaya dgn kalsium.

4-Kerap buang air.- Kandungan yg semakin membesar akan menekan pundi kencing kita. Bagi mengelakkan bangun malam untuk ke tandas, make sure 3 atau 4 jam sebelum masuk tidur, tidak minum air yg banyak hanya sekadar haus shj.

5-Muntah- Selalunya berlaku pada awal 3 bulan kehamilan. Masalah ini jadi lebih teruk jika perot kosong, mellaui perjalanan yg jauh, terhidu bau yg tidak menyenangkan. Waktu awal kehamilan aku, seriously, aku tak boleh bau gel rambut husband aku, makanya kami berbincang dan dia setuju untuk tukar gel rambut. dan sejak tu, aku rasa aman dan bahagia.

6-Berpeluh dan ruam- Bintik-bintik merah akan timbul di kawasan yg mudah berpeluh contohnya leher,bahagian pelipat tangan dan kaki. ini berlaku disebabkan perubahan hornom. Mungkin ada setengah mommies tidak alaminya, macam aku memang sedang alaminya. Pada waktu ini, sebelohnya elakkan daripada berpeluh dan duduk di ruangan yg sejuk. Pakai baju yg longgar.

7-Berlakunya banyak cairan keputihan- yang ni dinasihatkan berjumpa terus dgn doctor, sebab ini melibatkan hormon di bahagian vagina.

8-Urat timbul- Pada hujung kehamilan, kemungkinan masalah urat timbul pada betis dan paha. Selalunya ia berlaku kepada mommies yg mempunyai berat berlebihan, makanya banyakkan rehat dlm kedaan kaki di atas bantal.

9-Sukar tidur- Selalu dikaitkan apabila kandungan semakin membesar. kemungkinan disebabkan bayi yg aktif menendang, kerap pergi tandas ataupunkandungan semakin membesar menyebabkan sakit ulu hati.

10- Sakit pinggang- Hal ini terjadi kerana faktor hormon kehamilan meningkat dan membuatkan sendi tidak stabil sehingga ke kawasan pelvik yg mengembang mengikut perkembangan bayi. Makanya, elakkan duduk di posisi yg sama pd jangka masa yg lama. waktu nak tidur, pastikan ada bantal di bawah kaki.


Semoga perkongsian ini, membuatkan mommies tidak terlalu risau dengan gangguan yg sedang dialami. Hanya laluinya dengan sabar dan tabah serta boleh mengambil tips2 yg diberikan. Semasa kehamilan, pemakanan yg seimbang dan aktiviti harian sangat dititik beratkan.


Hargailah setiap detik ketika anda hamil. Saat-saat inilah, kita lebih menghargai ibu kita kerana, baru kita tahu bagaimana ibu kita melahirkan kita. Sudahkah anda telefon ibu anda pada hari ini? I love my mom very much. 



10:46

Harga Herbalife 2014

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Salam ramadhan kareem

Kini boleh dapatkan harga herbalife bagi produk Herbalife Skin yang dijual secara single serta produk dalaman yang terbaru boleh hubungi saya. Pembelian secara program iaitu Basic program, advanced program serta ultimate program juga boleh dilakukan.

Lisa 019-3749822










17:53

Perkahwinan: Memberi itu Permulaan

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Semoga pembaca sekalian sentiasa di bawah rahmat dan hidayahNYA.

Selamat Petang!!! Feel Good and Feel Better!!!

Almost 2 weeks aku tak conteng blog ni kan, disebabkan kengkangan masa kot(ayat standard untuk lepaskan diri..huhuhu)

Pejam celik pejam lagi dan celik balik, usia perkahwinan aku dah menjangkau 5 bulan dan usia kandungan aku sekarang 4 bulan dah. Alam perkahwinan sangat berbeza dengan zaman remaja dan zaman kanak-kanak dulu. Pemikiran, jiwa dan diri tidak sama bagai bumi dan langit.

Aku ingat lagi ada satu ceramah tu kalau tak silap rancangan Tanyalah Ustaz(favourite mak aku) kata,

5 Tahun pertama
-Salam perkenalan.
-Pergaduhan sering berlaku kerana mahukan keserasian.
-kewangan masih tidak stabil
-Pelbagai dugaan akan datang dan pergi.
-Proses belajar menjadi seorang sumai/isteri

5 Tahun Kedua
- Salam Mesra
-Pergaduhan kurang berlaku kerana keserasian makin bertambah serasi dan fahami pasangan di antara satu sama lain.
-Kewangan semakin stabil.
-Anak penyatu hubungan cinta
-Sudah tahu tanggungjawab masing-masing

5 Tahun Ketiga
- Salam kebahagiaan.
-InsyaALLAH pergaduhan sangat-sangatlah kurang sebab umur semakin matang bersama dengan usia perkahwinan.
- Kewangan sudah stabil.
-Lebih tertumpu kepada pembesaran anak-anak.
- Lebih banyak memberi dari menerima.

Bila aku berbual dengan mak abah, memang betul pun fasa-fasa ni... Aku sendiri lihat perubahannya dengan keadaan orang sekeliling aku. Tidak hairanlah aku yang tak sampai setahun janggung ni pun mula alaminya, tapi di sini aku lebih nak berkongsi tentang 'Memberi itu satu permulaan'.

Dalam hubungan suami isteri perlu lebih banyak memberi dari menerima...Dalam Herbalife, yang aku belajar kita perlu deposit dulu baru boleh withdraw. Contohnya,

Jika suami/isteri tak tahu nak romantik, kita sebagai pasangan mengajarnya menjadi seorang yang romantik
Jika sumai/isteri kita tak tahu tentang beribadah kepada ALLAH, kita yang perlu mengajarnya,
Jika suami/isteri kita tak tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan cara baik, kita yang perlu memberitahunya,
Kita yang perlu mulakan. Sentiasa mempunyai sifat memberi dan jangan sesekali-kali mengharapkan balasan. Dan jangan sesekali marah kepada pasangan sebab kadang-kadang fikiran si suami lain dengan fikiran si isteri. Kalau nak tahu lebih lanjut better baca buku ' MEN ARE FROM MARS AND WOMAN ARE FROM VENUS'.

Inilah salah satu buku yang suami aku hadiahkan sebelum berkahwin, suapaya kami masing-masing faham tentang pemikiran masing-masing. Tapi dalam hubungan tipulah kalau kata tidak bergaduh, it's normal rite? siapa suami isteri yang tak pernah bergaduh, something wrong somewhere with your relationship...hehehe...kadang-kadang sebab parking pun kami boleh bergaduh, tapi itu yang membuatkan hubungan kita lebih rapat. 

Aku ingat lagi, aku pernah jumpa dengan pasangan yang sangat romantik. mereka amsih muda. si lelaki pakai kopiah dan si isteri pakai tudung labuh, pegang tangan ke mana-mana. Terus aku pasang impian, suatu hari nanti aku akan pegang tangan suami aku ke mana-mana. So bila lepas kahwin, aku memang pegang tangan dia, lagi pun dah halal so tak kisah pun....hehheh... Tapi ada juga suara kata,

 " ala baru kahwin memang macam tu, tengok lah nanti ada ramai anak mesti dah tak pegang"

Tapi bagi aku, melentur buluh biar dari rebungnya. Hubungan kami ni diibarat seperti rebung dan waktu inilah nak mendidik diri untuk belajar romantik...ahahhaa...takkan dah tua nanti baru nak romantik. aku suka sangat tengok ada sepasang suami isteri  mungkin dalm lingkungan 60 tahun ke atas, mak cik dan pak cik ni duduk tak jauh dari meja makan kami, dorang siap suap menyuap, dan bila berjalan saling berpegang tangan. bila berdua, si suami menyanyikan lagu P.ramlee. ha!!! Romantikkan.




Dalam hubungan perkahwinan, kita yang perlu mulakan tanpa mengharapkan pasangan. Keapada sesiapa yang sudah berkahwin tahniah diucapkan dan kepada yang masih belum temui jodoh, cepat-cepat pasang niat bila nak berkahwin sebab itu pun salah satu Law of Attraction.

Doakan kami supaya bahagia hingga ke Jannah.
18:25

Pankreas bengkak makan Herbalife

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang dan teruskan senyuman anda hingga ke telinga sebab setiap hari adalah hari yang bahagia dan ceria.

Waktu aku tulis entry ni, senyuman aku terlihat tambah-tambah lagi bila dapat beberapa berita dan rumors yang memburukkan Herbalife. Antaranya, ada artikel yang mengatakan 

  • Herbalife merosakkan hati dan ginjal
  • Herbalife menyebabkan pankreas bengkak sehinggakan seorang jururawat di Malaysia meninggal.
  • Herbalife menyebabkan cancer usus
  • dan macam-macam lagi.

Sejak aku balik dari Singapore, banyak juga customer tanyakan soalan-soalan ini. Tapi tak pa, sebab aku faham diaorang risau dan tak tahu nak rujuk kepada siapa. Gelabah ayam tak aku??? Alhamdulillah tak, sebab dengan training, melalui pembacaan serta penglaman sendiri aku lebih tenang untuk jawab segala persoalan dan gosip yang timbul ni. 

Again, kembali kepada fakta,


Ini adalah barisan doktor dalam pembuatan Herbalife. Siapa yang blurrr mereka ni siapa, silakan pergi ke Pak cik Google. jawapan akan ada di sana. Jika logik, if herbalife boleh menyebabkan pelbagai penyakit, maka sudah lama mereka ni akan ditarik balik segala PHD dan sijil professional mereka. Tetapi kenapa dalam gambar ni mereka masih tersenyum.


Kemudian, Herbalife sudah berada di pasaran selama 34 Tahun, jika sesebuah company masih berdiri lebih 20 tahun maka company tersebut adalah company yang sangat kukuh dan Herbalife telah tersenarai dalam bursa saham NYSE.




Siapa tak kenal, sila tengok World Cup pada bulan puasa ye. Aku pun mula-mula tak kenal, tapi disebabkan dia jadi duta Herbalife baru kenal...almaklum aku suka sukan renang je, bab bola ni lemah sikit. Ha!!! jari dia pun harga berjuta-juta beb, ini kan pula ginjal dan hati. If Herbalife merosakkan organ, takkan pemain dunia ni boleh makan herbalife. Serius cari nahas.



Inilah gambar kenangan kami di Singapore, dalam hall ni seramai 22 000 orang yg sudah berpuas hati, itu tak termasuk negara-negara lain di seluruh dunia. macam-macam testimoni yang kami jumpa.

Daripada anda risau makan herbalife, apa kata anda risau makan makanan ini



Mesti ada yang terliurkan, sekarang telan air liur anda dulu dan fikir tentang badan anda.


Untuk anda tahu berapa kilogram lemak dalam badan serta umur dalaman anda, boleh hubungi saya 

Lisa 019-3749822
( Personal wellness coach)


00:08

KeRANa cINTa

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan al-mubarak

Wah tak sangka rupanya, hari ni dah hari ke 14 Ramadhan dan semua umat islam berpuasa. Di kesempatan ini sy nk ucapkan selamat berpuasa n slamat beribadah kepada rakan muslim sekalian.

Entry kali ni ak nak share dengan semua readers tentang apa yang ak nampak dan apa yang ak belajar sepanjang Nutrition Club Academy. we learn from amazing lady and iron mother all the way from Indonesia. Dia dh berkecimpung dlm herbalife selama 14 tahun. Seorang ibu tunggal yg mencari-cari ruang dan waktu untuk membahagiakn anaknya dan pada masa yang sama perlu mencari rezeki. How strong she is. Dengan kehadiran herbalife dlm hidupnya,merubah segala-galanya. i inspired with her story and journey in her life. She almost give up when she in level Mill Team but what makes her wake up is with this word "what do you want in yourlife and if u only have given 3 years what would u do"

Because of her love to her son,she do Herbalife like crazy...she said "because of your work like crazy,u'll be pay like crazy bcoz u'r not like ordinary people...bcoz of that last month hrbalife pay me RM100k per month..i want to retired rich n i just want to see my son's smile,..n now i can travel over the world wif my son"

Subhanallah memang amazing cerita dis lady.

Ak tertarik dengan lagu yg dia pasang

Hari ini adalah lembaran baru bagiku
Ku di sini kerna kau memilihku
tak pernah ku ragu akan cintamu
inilah diriku dengan melodi untukmu

dan bila ak berdiri, tegar sampai hari ini
bukan karena kuat dan hebatku
semua karena cinta
tak mampu diriku dapat berdiri tegak
terima kasih cinta

Joy tobing-karena cinta

Nak ikutkan hati memang nak cerita panjang,tapi mata dah macam layu di tasik madu...rugi snagat2 siapa yang tak pergi...kalau ak cerita  A-z pun tak best juga,kena pergi dan rasai sendiri...seperti ak tengok wayang yg gila kelakar dan sedih,korang yang duduk luar wayang tanya mcm mana cerita yg ak tengok tuh...then tak sama cerita ak dgn experience yg korg alami sendiri...so better tengok sendiri okeh, u can feel what i feel...then we'll have same direction!!!



Ni lah Emcee hari ni, Dr.Idros..sebelum herbalife beliau seorg lecturer dan pernah juga menjadi profesional engineer,tapi setelah tertarik dengan misi herbalife then he quit his job...



with my sideline...seorang anak dato' dan ayah adalah owner salah satu bank di malysia tapi pilih herbalife sebagai career.








this is amazing lady and iron mother who teach us about love in herbalife


pasangan sponsor kepada Ibu Ennie,masing2 berumur 60 tahun...bcoz of nutrition they looks younger