Showing posts with label mr. istikharah. Show all posts
Showing posts with label mr. istikharah. Show all posts
16:30

Mr. Istikharah-II

by , in
sambung cerita semalam....

kenapa la ak gagah juga nak tulis pasal how i met him and till our wedding??

Sebabnya, ak ni dah bila-bila masa je nak deliver, nanti baby keluar terus tanya

"mama, how can u fall in love with papa?"

Ha!!! menambah kerja ak nak jadi story teller to baby. At least, bila ak story in this blog, ak boleh cakap " u can read in this blog dear". Simple. (macam la anak ak keluar dari perut terus boleh cakap dan membaca kan. imaginasi di luar kawalan betul ak ni)

After a few days, dia always message ak and tanya itu ini. Sihat tak? dah makan belum? So, i think ada udang di sebalik Maggie Goreng. ak jadi suspicious jap. Mom is my best fren forever. Ak tanya pendapat mak pasal dia. Mak kata, "terus terang je dengan dia, siapa kamu kat hati dia. Nanti bila kamu tak tanya, then syok sendiri, tiba-tiba dia bagi kad kahwin dia, tak ke gigit jari je."

Betul juga cakap mak.

Ak kumpulkan segala kekuatan yang ada, dan terus ajak dia pergi makan willy Sate Kajang. Habis makan dan on the way balik, ak tanya kat dia " Siapa ak kat hati ko?" (dah macam cerita drama melayu je kan)

Dia cakap " Bagi ak 3 hari"

Sepanjang 3 hari ni, ak memang langsung tak contact even message pun. Dipendekkan cerita, selepas 3 hari dia message dan kata nak jumpa waktu di event Herbalife di Times Square.

"InsyaALLAH, hujung bulan ni mak ayah ak datang merisik"

What??? Brain freeze!!!


Rombongan dari Banting dah sampai.


Alhamdulillah, selesai urusan merisik.


Dari tarikh merisik sampailah hari kami bernikah takes 8 months to do preparation. Seriously, ak macam tak percaya. Ak punya la mencanang dekat kawan-kawan, yang ak akan kahwin at the age of 30, tengok2 ak kahwin dulu.

Perancangan Allah is the best.

Sepanjang 8 bulan ni, nak kata kami bercintan cintun tak la sangat sebab sibuk buat preparation, dia sibuk nak kumpul duit dan ak pula sibuk nak kejar benda yang ak nak sangat in that year. Alhamdulillah, apa yang ak nak kejar tercapai sebelum hari wedding kami.

Terasa masa cepat sangat.

2013- Merisik, buat preparation kahwin, kenal hati budi sikit, kumpul duit, travel 3 negara.
2014-Kahwin, honeymoon 2 tempat, pregnant, insyaALLAH baby akan deliver in oct or nov,berpantang.

Sebenarnya, ak kenal dia dah 4 tahun cuma ak contact dia pun just nak compare pointer for every semester. if my pointer higher than him, i felt relieve tapi kalau sebaliknya ak akan cuak tambah2 lagi if pointer below than 3.2,confirm2 dapat warning email dari company scholarship kitaorang tu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Actually, Bercinta selepas kahwin lagi manis. Semoga jodoh kami hingga ke syurga amin.

Tips jimat kahwin muda:

1- Kepada yang nak kahwin tahun depan, better booking pelamin,baju,catering and bagai this year sebelum GST naik. Macam ak,everything ak settle tahun lepas, sebab kita akan dapat harga last year. Tahun ni just tinggal kahwin je.

2- Ataupun kahwin selepas raya cina, sebab banyak barang2 ada promotion sempena Tahun Baru Cina. Macam majlis belah husband ak, buat waktu selepas raya cina so banyak sangat barang2 murah dan ada promosi.

3- List kan semua preparation yang patut dibuat. Contohnya:

  • Catering
  • Sewa pelamin dan baju pengantin
  • Photographer
  • Barang-barang hantaran
  • Kad kahwin
  • Doorgift
Then,after to do list, buat comparing. Macam ak, ada masa 8 months untuk buat persiapan, so sempat la nak buat comparing dari segi harga,kualiti,kecantikan dan sebagainya. Dan kena tahu, di antara semua yang korang dah list kan ni, mana yang give the most satisfaction untuk wedding korang. Certain people sanggup spend a lot of money to their wedding dress nak nampak like prince and princess gituh, ada setengah plak sanggup spend duit banyak untuk makanan, tak kisah pakaian cantik atau tak tapi makanan kena tip top. So, the rest of this list kalau murah and tak nampak gorgeous, it's still oke for u.

Kalau ak,sanggup spend duit untuk photographer. Sebab bagi ak kualiti dan kecantikan gambar sangat penting. Sebab itu satu-satu nya kenangan yang kita akan bawa sampai cucu cicit. Sebab tu bab pasal photographer, ak sgt2 la fussy, sampai bergaduh2...

Kalau nak terperinci lagi macam ni


  • Sewa pelamin dan baju pengantin- ada kawan ak ni nak jimat, so dia ambil pakej pertunangan,still ada pelamin,still ada baju pengantin. Ak bertuah boleh nego harga sebab kawan yang perkenalkan. So dapat harga yg berpatutan
  • Photographer- cari dalam facebook, banyak gila photographer yg tengah offer diri dan boleh bagi harga murah. Lagi bagus cari photographer yg baru nak naik dan baru cipta nama, so dia akan kasi harga murah.
  • Barang-barang hantaran- buat 5 je dulang, tak perlu sampai 7 or 9. Nampak macam beria sangat.
  • Kad kahwin- Guna kertas biasa je, tak perlu glossy paper ke or artcard ke atau mcm2 lg, nanti orang buang jugak.
  • Doorgift- ak pernah attend wedding yg grand giler, dato datin pun ramai tapi doorgift yg kawan ak bagi ni simple je gula2 diletakkan dalam bekas uncang yg simple. So, tak perlu pun doorgift yg mahai2 atau nampak gah unless korang nak org lain simpan doorgift tu sbg kenangan.
  • Catering- Minta jasa baik mak ayah untuk nego harga sebab mak ayah kita, orang area situ so boleh la tawar menawar dengan penduduk yg buat catering tu.

Majlis perkahwinan tak perlu terlampau meriah sangat dan sanggup spend a lot of money,coz yg lebih penting adalah selepas perkahwinan. 


Hanya selingan.



Jan 2014. All my family r here.



Senget.


Macam raja sehari.










15:07

Mr. Istikharah

by , in
assalamualaikum w.b.t

2 hari lepas tengok tv3 cerita mr.istikharah... tiba-tiba teringat story of my life... Love story la sangatkan!!!

Ramai kawan2 tanya aku, waktu nak kahwin dulu kau ada buat solat istikharah tak? Nampak tak muka husband kau? apa yang kau mimpi?

if we say bout istikharah, dalam otak terus fikir pasal mimpi... frankly, aku cakap waktu ak terima si dia, ak tak solat istikharah pun. Bukan ak tak percaya, sedangkan istikharah sangat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. tapi waktu tu ak ni macam blur sikit bab2 jodoh dan solat istikharah.

i'm not ready to face alam percintaan n perkahwinan. Tapi ak pernah berdoa, supaya sepanjang ak belajar sampai habis degree, i dont want to involve myself dalam cintan cintun. Scary kot bila dengar, kawan2 ak bercinta time belajar, That's why ak tekad tak nak bercinta or fikir pasal kahwin masa study.(Budget focus je dgn study,tak sangat pun tapi gila dengan persatuan and bagai)


10 years back, ak tekad dan berimpian waktu konvokesyen akan ada someone datang dan bagi bunga kat ak. So itulah jodoh ak. Konon2, surprise and ada orang admire kita. Inilah hasil dari pembacaan ratusan novel sampai ak terbawa-bawa dalam reality.

i create my own story. Waktu Pentauliahan atau Konvokesyen Pegawai Muda, aku harapkan akan ada someone datang dan bagi bunga. Seminggu sebelum Pentauliahan, ak message semua budak laki yg aku admire atau budak laki yg pernah suka kat ak. Sounds annoying rite??? On that day, punah harapan, tiada siapa pun yang datang. Kesimpulannya, syok sendiri!!Hehehehe...



Don't confuse. these flowers come from my eldest bro. But still happy, yeay!!! Dah habis dah jadi kadet askar.


Am I give up? No...

Next Year, is my convocation for degree. I rebuild my dream. Kali ni memang ak doa kepada ALLAH.

i pray to Allah " ya ALLAH, jika ada seorang yg datang waktu majlis konvo esok, itu pasti jodohku." seriously, ak bulatkan hati ak. Tawakal kepada ALLAH memang tinggi habis. Setinggi mana, ak pun tak tahu.

i did the same things. Bagitahu kat kawan-kawan dat day is my convo,datanglah!!

we plan but ALLAH is the best planner.

Sepanjang tengah tunggu giliran untuk naik stage, langsung tiada siapa msg ak. AGAIN. punah lagi impian ku ini. Tapi ak tak lah desperate sangat untuk mengharapkan someone untuk datang dan untuk ak boleh bercinta dengan si dia. Bcoz i've another planning for my future, plan A tak jadi, i've plan B. if tiada juga si dia datang, ak akan kumpul duit banyak-banyak, travel around the world--->alone then fikir pasal wedding at the age of 30. bcoz ak memang giler backpacking, travel dan sewaktu dengannya. i need 5-7 years untuk round the world even alone. Coz i know ALLAH always with me. wherever. whenever.

Lagi 5 or 6 persons depan ak akan naik on stage. 

Tit..tit...tit...

My phone bunyi masuk msg. I looked at someone's name.

"ko kat mana?"

"aku kat dalam dewan. ko kenapa?"

"aku kat luar dewan. aku tunggu ko"


What???? is he 'Si dia' .... ALLAH dah jawab doa aku ke? zassss ....seram sejuk....



ak speechless jap. dia datang dan bawa bunga. bagi depan ayah dan adik beradik ak. Muka ak pun senyum macam tak ikhlas, still in shocking mood.


Anyway, this pic give me a thousand meaning in my life. After we married, imbas balik what happend last year, then baru ak tahu yang dia siap ambil cuti separuh hari semata-mata nak datang my convo, disebabkan first time datang ke uitm, he park kereta dia di KFC seksyen 7 then walk to this hall(siapa student uitm shah alam tahu la how far it is). Patut la ak tengok dia sweating habis waktu jumpa dat day. Tapi macam cool je yaw!!

Adeh, macam banyak je ak bebel. Next time sambung la, what happen after my convo day. Pa pe hal pun, i can't call him Mr.Istikharah, sebab ak tak solat istikharah pun but i can call him Mr.Tawakal.




Thanx abah,k.yang dan along,k.long memeriahkan majlis konvo cek ni.


i crazily miss dis moment guys. Gang WMR!! 2 org dah kahwin, sorang coming soon, another 3....yeay!!!tak sabar nak tunggu.