Showing posts with label kisah fareeq. Show all posts
Showing posts with label kisah fareeq. Show all posts
17:48

Kisah Fareeq dan Air Panas

by , in
"Adik....adik.......fareeq..........."

Angah menjerit terkejut macam histeria. Aku terus keluar dari bilik dan tengok Fareeq atas air panas di lantai. Periuk air panas dah menyimbah ke kaki Fareeq.

Masa tu Tuhan je yang tahu hati seorang ibu. Macam nak tercabut jantung bila tengok kaki Fareeq jadi kejung. Terus aku angkat Fareeq dari air panas. 

Dah macam SUPERWOMAN je aku rasa diri aku nih..Wah gituh!!!

Kemudian, aku cepat-cepat bawa dia masuk ke dalam bilik air dan simbah dengan air sejuk. Mula-mula Fareeq tak menangis langsung dan tiada reaksi pun. Tapi bila air sejuk disiram di kakinya, Fareeq menangis kuat tanpa henti. Masa tu pun, air mata aku dah bercucuran dah. Husband masuk rumah dan tolong simbah dengan air sejuk.

Aku terus tanya mak soothing gel aloe vera herbalife sebab ingat lagi waktu husband accident dulu,luka besar dan setelah letak soothing gel aloe vera herbalife nasib baik lukanya baik dan sekarang kulit husband dah cantik.

Aku terus sapukan soothing gel aloe vera herbalife dan pada masa yang sama terus bawa Fareeq ke hospital di wad kecemasan.

Waktu tu, Fareeq menangis sangat kuat. i just can hug him tightly. Tak tahu nak buat apa dah. 

Doktor cuci luka Fareeq dan beri surat supaya setiap hari kami perlu pergi ke pusat kesihatan.

Alhamdulillah dalam waktu yang singkat, luka Fareeq dah makin kering.




Kemudian, kami akan sentiasa sapukan soothing gel aloe vera herbalife di kaki Fareeq. Setiap masa.

Bersyukur sangat-sangat sebab perubahan luka Fareeq sangat cepat.

Pada masa yang sama, pemakanan Fareeq Lisa sangat jaga dan Lisa banyakkan shake dalam hidangan makanannya supaya sel-sel kulit Fareeq lebih elok dan diperbaiki.


Hari Pertama kena air panas

Hari Kedua

Hari keEnam

Hari keLapan


DISCLAIMER: Produk ini tidak merawat, mendiognis atau mencegah penyakit.


Mungkin Lisa bukan doktor atau pakar tetapi bersyukur sebab diperkenalkan herbalife dalam hidup Lisa. Banyak sangat dengan izin ALLAH, produk herbalife membantu dalam kehidupan harian kami sekeluarga.

Setelah mendapat  real testimoni, Lisa lebih yakin untuk mengesyorkan kepada semua untuk memiliki soothing gel aloe vera herbalife terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil di rumah.


16:00

Pengalaman Menyusukan Anak ( Ameer Fareeq)

by , in
Assalamualaikum wbt

Tak terlambat rasanya Lisa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca blog Lisa.

Tak sangka dah seminggu kita meraikan bulan kemenangan iaitu bulan syawal.



Tapi entry Lisa kali
ni bukan berkaitan dengan raya , jangan misunderstanding ya.

Entry kali ni Lisa rasa terpanggil nak share pengalaman Lisa menyusukan Ameer Fareeq bila terbaca satu post kak fel tentang susukan anak.

Subhanallah...tak sangka rupanya Allah bagi rezeki susu dari Lisa kepada Fareeq dah setahun 8 bulan. Cepat betul masa berlalu.

Jika cerita tentang susu ibu, sebenarnya ia agak sensitif untuk wanita. Ada ibu dikurniakan susu yang banyak dan ada juga ibu hanya sempat menyusukan anak sekejap sahaja.

Tapi Lisa rasa bersyukur sangat sebab ALLAH bagi peluang pada Lisa untuk susukan Fareeq sehingga kini. Banyak suka duka pengalaman menyusukan anak ni.

Apa yang Lisa belajar semasa pregnant, kita perlu buat mindset dari awal-awal lagi bahawa kita mahu menyusukan anak sehingga 2 tahun. Jerit perih macam mana pun, kita mesti tekad nak menyusukan anak. Itulah yang Lisa cuba terapkan dalam diri.

Bila dah laluinya, memang Lisa mengaku tidak mudah untuk susukan anak. Pernah sekali tu, kami pergi Ikea Damansara, tiba-tiba Fareeq nak susu. Setahu Lisa toilet atau surau sangat jauh dari tempat kami berjalan, tiada pilihan Lisa pun terus cari tempat tersorok di celah-celah barang. Bersila dan terus susukan Fareeq. Makesure no cctv here. Kalau tak, free je dapat dosa. Huhu..

Itu antara cabarannya bila si ibu bapa yang kuat berjalan macam kitaorang.

Mula-mula jadi ibu ni, Lisa seriously akan panik kalau fareeq menangis nak susu sebab dia menangis satu mall boleh dengar. So, apa yang kami buat sampai je mall , kami akan kenal pasti laluan ke toilet atau surau  supaya bila fareeq menangis je, terus boleh tuju ke sana. Sampai sekarang, kami masih amalkannya. Cuma sekarang ni, Fareeq dah start makan so bila dia lapar kami akan bagi makanan je.

Kalau datang rumah orang atau pergi ke tempat seperti klinik, memang kena buat muka tebal kalau fareeq nak susu, sebab Lisa akan minta tumpang bilik mereka. Bila dah biasa buat muka tebal ni, itu bukan jadi masalah pun sebab orang lain pun faham dengan siatuasi kita.


Masa driving pula jangan cakap, banyak kali juga tengah Lisa drive Fareeq minta susu. Bayangkan kat tengah-tengah highway tu mana la ada tempat singgah kalau ada pun stesen minyak tapi jarak agak jauh. Fareeq pula menangis dan meraung ala-ala tarzan. Pernah juga, dalam kereta , Lisa sekali menangis sama-sama. Itu paling tak boleh lupa.

Lisa akan terus ambil Fareeq dan letak diriba. Memang bahaya, bak kata orang macam menempah maut je. Tapi Lisa tawakal je, sebab tak sanggup nak tengok anak menangis sampai berjurai air mata hanya semata-mata kerana lapar susu.

Dalam hati ' Ya ALLAH, aku buat ni sebab tak nak anak aku lapar, selamatkanlah perjalanan pergi dan balik kami.'

Kalau perjalanan tak jauh, Lisa memang akan susukan Fareeq sebelum kereta bergerak, supaya dalam kereta dia akan terus tidur cumanya kadang-kadang dia terjaga bila perjalanan tu lama.

Cerita tentang lapar memang Lisa pun mengalaminya. Lapar macam tahap nak makan orang je...hahahah....tapi tak la sampai jadi canibal pulak...

Sebelum kahwin dulu, bila pergi makan kat restoran mesti makanan susah nak habis pastu offer kat tunang(sekarang husband) suruh habiskan. Tapi sekarang, siap tanya lagi

"Sayang tak nak makanan you ke? Tak pe, biar I habiskan."

Husband Lisa pun pelik tengok cara Lisa makan. Memang banyak. Mulut sentiasa nak mengunyah. Nasib baik la ada shake herbalife dapat la juga control makan ni.

Tapi benda tu happen waktu mula-mula Fareeq dilahirkan tapi setelah 5 or 6 bulan, Lisa dapat sesuaikan diri. Bila kita banyakkan minum air, insyaALLAH rasa lapar tu tak mengusai diri. Ada yang kata, menyusukan anak boleh cepat turun berat badan. Tapi Lisa tak tahu itu fakta atau auta sebab kebanyakan Lisa tengok ibu-ibu yang susukan anak memang naik berat badan berganda-ganda.

Tipulah kalau Lisa kata tak pernah terlintas dalam fikiran ni, nak stop susukan Fareeq. Memang pernah sebab banyak perkara membuatkan Lisa rasa nak stop kan susu tapi husband Lisa selalu bagi kata-kata semangat dan Lisa pun ada juga baca blog-blog parenting supaya gagahkan juga susukan anak sehingga 2 tahun.

Pernah sekali tu, Lisa nak stop susukan Fareeq dan waktu maghrib tu Lisa nak baca al-quran. Entah macam mana ada satu ayat al-quran tersebut menceritakan tentang susuan ibu.



Pernah dengar bengkak susu? Ya itulah yang Lisa pernah juga alami bukan sekali tapi banyak kali bila Lisa berjauhan dengan Fareeq. pernah Lisa tahun lepas pergi ke Singapore sebab menghadiri program Herbalife dan Lisa minta tolong husband jagakan Fareeq di Malaysia.

Sepanjang 3 hari 2 malam, memang menangis je kerja Lisa. Time tu, ALLAH je yang tau what i have felt. Rasa macam nak balik terbang je jadi macam superman tapi tak boleh sebab flight ticket semua dah ditetapkan.

Malam tu, Fareeq pun menangis meraung sampaikan husband Lisa buat video call. Sampai Lisa pun menangis juga dan dodoikan Fareeq dalam video call. Akhirnya, baru Fareeq tidur dalam tengah video call tu.

Time tu baru tau nikmat perasaan seorang ibu.

Waktu bulan puasa yang lepas, pernah 2 kali Lisa tak bersahur, time tu memang rasa nak pengsan dan dehydrate. Fareeq pula mengamuk sebab dia tak dapat banyak susu sangat. Sebab selalunya, masa sahur Lisa akan pastikan minum teh herbalife campur aloe vera 1.5 litre dan shake herbalife dalam 500ml.

Tapi dah terlajak tidur, redha je lah. Huhu....

Waktu berbuka, Lisa memang akan pastikan minum 1 litre teh herbalife dan 1 litre air kosong dan 500ml shake herbalife. Bila Lisa amalkannya, InsyaALLAH pengeluaran susu tak da masalah.

Alhamdulillah, sekarang ni Fareeq pun nak masuk 2 tahun dah. Dia kuat makan dan kuat juga menyusu cuma kadang-kadang mood dia tak nak makan dan dia akan kerap menyusu. Dalam hati Lisa, tak pe lah selagi ALLAH kurniakan rezki susu ni bagi lah kat anak sebaik mungkin.

Sekian sahaja pengkongsian Lisa dengan korang. Kalau korang nak share tentang pengalaman menyusukan anak boleh juga drop comment di bawah.

Semoga anak kita menjadi mujahid dan mujahidah gama ALLAH.

Thank you.












14:23

Cara Mendidik Anak Berdikari

by , in
Assalamualaikum w.b.t
Korang pe kabar?
Anak sihat?

Fareeq dan Lisa pun sihat
sekarang ni diam makin aktif dan tambah-tambah lagi bila dah start banyak cakap
walaupun tak berapa nak faham, tapi Lisa layan je.
That's how i respond and communicate with Fareeq

Kat sini Lisa nak share dengan korang bagaimana nak biarkan anak kita pandai berdikari
Lagipun tadi baru dengar ceramah dalam rancangan Tanyalah Ustazah
Ustazah tu kata nak ajar personaliti anak sebenarnya dari kecil lagi, sejak dia dah mula faham siapa mama, siapa papa

Bukan waktu umur 6 atau 7 tahun.


Ini cara Lisa, jika korang ada opinion yang lebih bernas boleh comment

1) Masa Makan


Disebabkan, Fareeq tak suka sangat dah Lisa suap so terpaksa la bagi dia makan sendiri. Mula-mula, memang penat sebab setiap hari kena mop dan menyapu sebabnya, separuh je nasi dia makan selebihnya buat main.

Tapi Alhamdulillah selepas belajar dengan mak mertua, dia kata bagi satu kain atau tikar ajaib bagi Fareeq nak makan hanya kat atas kain tu je, so lantai tak akan kotor. After, he finish his meal then Lisa just angkat je kain tu untuk buang serpihan makanan tersebut.

2) Masa Bermain


Sebelum beli permainan, Lisa akan pastikan toys ni bagus tak untuk Fareeq bukan sekadar beli toys main-main. Salah satu permainan yg Lisa belikan adalah basket ball. Bukan sebab Lisa suka game ni, tapi Lisa rasa baik untuk Fareeq.

Sekali atau dua kali je tunjuk cara bermain, selebihnya biarkan dia explore sendiri cara permainan tersebut. Nak lari, nak panjat atau nak jengket terpulang, asalkan ball masuk dalam net.

Even nampak simple je game ni, tapi Lisa ada terbaca yang game ni bagus tuk kepekaan anak. 

3) Masa shopping


Time shopping pun boleh didik anak kita berdikari, 
Kalau ada shopping mall yang ada trolley macam ni, biarkan anak kita duduk dalam tu dan biar kan dia explore untuk drive this cute car. 

Even sebenarnya, kita yang control but at least dia nak seperti dia yang drive.

Lisa akan bagi arahan, contohnya Fareeq turn left, turn right. 

4) Galakkan anak membantu kita di dapur


ini juga salah satu cara untuk mengajar anak berdikari di samping membina keyakinan diri.
Biarkan dia tolong kita di dapur.
Ajar dia cara memasak dan cara membantu.

Sebab selalunya, anak-anak ni bila nampak kita ke dapur, dia pun sibuk nak pergi dapur.
Dan akan bermulalah drama menyepahkan barang2.
instead of, dia sepahkan why not give them job untuk dibuat.

Supaya mereka rasa diri mereka ada kepentingan di dapur.

5) Taman Permainan


Lisa memang selalu bawa Fareeq pergi taman permainan
Kat sini, di samping dia dapat bermain, Fareeq juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan
Dia sendiri akan explore semua permainan di situ.

Macam pemainan kuda ni, fareeq sendiri yang naik tanpa Lisa letakkan dia.
Dari jauh Lisa tengok je.

Memang nampak macam kesian je, sebab banyak kali jatuh tapi at last dapat pun naik.
Dan Fareeq gelak sepuas-puasnya.

Begitulah sharing dari Lisa. Kalau korang rasa, tips ni bermanfaat boleh share dgn kwn2.

Semoga kita dapat melahirkan pemimpin Islam yang soleh dan solehah




Fareeq di HQ Herbalife, next time Fareeq sendiri boleh order produk herbalife untuk papa,mama,atuk,nenek dan opah.


Fareeq pun dah start pandai nak join mama buat shake herbalife untuk breakfast papa.


Anda mahu: 

TURUN BERAT BADAN 5-30KG
NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 

HUBUNGI LISA SEKARANG!!!
0193749822

Apa yang anda dapat apabila memulakan program ini?


*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income








01:53

Pengalaman Breastfeeding Fareeq

by , in
Terima kasih Lisa ucapkan kepada ibu-ibu yang singgah baca blog Lisa ni untuk mengetahui pengalaman Lisa setahun 4 bulan menyusukan Fareeq. Tahniah diucapkan kepada bakal ibu serta ibu yang masih menyusukan bayi anda. Bukan mudah untuk menyusukan bayi kerana perlukan kekuatan fizikal dan mental.

Sebenarnya, Lisa segan juga nak tulis entry ni tapi disebabkan ada permintaan teman2 yang ingin tahu lebih lanjut pengalaman breastfeeding Lisa yang lebih setahun ni. Lisa pun bukanlah pakar sangat dalam bidang penyusuan ni, almaklum anak pertama. So, try and learn my mistake and try to improve.

Selepas melahirkan Fareeq, Lisa banyak baca blog-blog untuk menambahkan pengetahuan tentang panduan menyusukan bayi. Dan pada masa yang sama Lisa ni jenis yang suka membaca pengalaman orang berbanding fakta2 mengenai perkara tersebut. Sebab bagi Lisa, pengalaman adalah guru terbaik buat manusia.

Kalau ditanya tentang give up untuk menyusukan Fareeq, Lisa lah orang pertama yang boleh dikatakan banyak kali nak give up. Bukan sebab tak sayang anak, tap keadaan diri kadang-kadang membatasinya.

Waktu Fareeq dilahirkan memang rasa berdebar sangat nak menyusukan dia. Mana taknya, orang sebelah sebelah Lisa semuanya bayi mereka, selepas dilahirkan masih tak tahu nak menyusu. Maka bermula sesi teriakan di situ. Dan mereka, terus beri susu botol kepada bayi tersebut. Lisa memang cepat2 doa suapaya, Fareeq terus pandai menyusu. Sebab Lisa memang nak susu ibu ni menjadi susu pertama untuk Fareeq. Bila, nurse serahkan Fareeq pada husband dan terus diazankan. Husband sempat buat tahnik di mulut Fareeq.

Selepas Fareeq bertukar tangan pada Lisa, terus bagi dia susu. Mula-mula dia macam taknak, tapi kami sedaya upaya juga pujuk. Alhamdulillah, setengah jam Fareeq menyusu dan tak lama kemudian dia terus tidur lena sampailah 6 hingga 7 jam.

Bersyukur sangat-sangat.

Waktu nak susukan dia, seriously Lisa blur giler macam mana nak pegang dia. Alhamdulillah nurse di hospital sg.buloh sangat membantu Lisa. Dorang yang banyak ajar teknik penyusuan yang sebenar.

Hari ke-5 ,semasa Lisa berpantang di rumah mak mertua, Lisa ada masalah sakit sangat2 bila Fareeq menyusu. Sampai menangis dan rasa nak meraung je. Yes,memang nak give up. Dah cakap dengan husband dah suruh dia belikan susu tepung. Husband ada juga nasihatkan supaya bersabar tapi memang rasa tak boleh.

Entah macam mana, ramai sedara belah suami dan jiran rumah mak mertua bagi kata-kata semangat tentang penyusuan ni. Dorang kata its normal. Memang kena bersabar. Mak Lisa pun keep bagi kata-kata semangat untuk penyusuan ni. Alhamdulillah, selepas 2 hari, bila Fareeq menyusu, dah tak sakit. 

Selepas habis berpantang maka bermulalah sesi hidup dengan Fareeq dan suami sahaja dirumah. Lisa dan suami memang kaki jalan. Sebelum ni, kitaorang kan terus je jalan-jalan kat mall atau ke mana-mana je. Tapi sekarang ni sebelum pergi jalan kat suatu tempat, kami akan pastikan tempat tersebut wajib ada surau atau tempat penyusuan kalau tak memang kami tak pergi.

Tapi pernah sekali tu, kami pergi ke ikea damansara. Kononnya, nak beli barang-barang perhiasan rumah. Tengah syok tengok pelbagai bentuk lampu syiling, tetiba fareeq dah mengamuk teruk dah. Menangis tak henti. That time memang panic habis. Lisa dapat idea. Kami cari tempat yang agak tersembungi di celah-celah rak-rak lampu tersebut dan ambil posisi belakangkan jalan.

My Herbalife baby


Dan husband pula cover baik punya.

Alhamdulillah, terus dapat bagi susu kat fareeq. Please make sure, cctv jauh dari kita kalau tak...adeh..

Setelah fareeq kenyang, dengan happy nya kami sambung balik shopping...

Banyak lagi pengalaman yang memang first time Lisa alami, insyaALLAH ada masa dan ketika Lisa akan share lagi dalam blog ni.

Tiada rahsia atau tips yang Lisa dapatkan kongsikan bagaimana sampai sekarang susu masih banyak dan cukup untuk keperluan faraeeq, kerana Lisa hanya amalakan makan shake herbalife,minum air lebih 2 litre dan kurma.



My two heroes

Anda mahu: 

TURUN BERAT BADAN 5-30KG
NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 
Dapatkan:

*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income

Hubungi:
Ahli Bebas Herbalife Malaysia
Coach Lisa
0193749822
20:02

Setahun Bersama Fareeq: EVERYDAY IS FIRST DAY FOR FAREEQ

by , in
Assalamualaikum w.b.t

EVERYDAY IS FIRST DAY FOR FAREEQ

I love this title 

Aku masih ingat lagi saat-saat melahirkan fareeq.
Tak sangka cepat betul masa berlalu.
Almost 1 year 3 months fareeq ada kat dunia ni.

I want to give the best for him.
Not only in terms of material but the most important things are my time and LOVE.
He grows so fast.

Now He can Run
He can talk
He can follow what i said to him. That's why
i always remind myself and my husband dat we should say and do positive thing.
He can give signal to us what he want
He can smile and laugh.
Dan paling membuatkan aku happy sebab 
He can hug me tightly

I want to become the best mom in the world even I know my mom is the best mom in the world

Alhamdulillah.



First time Fareeq tengok dunia. Pastu terus korek hidung. Aku tak pernah ajar dia dari perut tuk korek hidung, keluar2 terus pandai dah.



First time fareeq datang ke rumah nenek dan atuk Banting. Tidur lena.


First time Fareeq datang ke rumah atok dan opah Perak.


First time Fareeq dibotakkan oleh bangla dekat rumah tok. Siap free lagi. thank you baiya.


First time Fareeq pergi Spectacular Herbalife. Muzik kuat pun still boleh tidur.




First time Fareeq meniarap.


First time mama and papa bawa Fareeq pergi jalan selepas habis pantang. 


First time Fareeq pergi ke HQ herbalife.


First time Fareeq belajar pusing dalam stroller.


First time Fareeq duduk tempat tinggi. Ha nampak tak muka scary dia tuh.


First time, Fareeq tengok mama exercise. Sekali pandang macam muka shoulin je budak ni


First time, mama and fareeq drive sama without papa. Memang berdebar bila berdua je dengan budak ni. Sekali dia menangis, mau bergegar kereta.




First time Fareeq sambut aqiqah


First time Fareeq datang kelab mama. Pastu kena ikat. Heheh


First time Fareeq tonggek macam tu


First time Fareeq duduk


First time Fareeq nak belajar memanjat.

Subhanallah...... one of the biggest gift ALLAH give my husband and me.

Bersambung.........

Anda mahu Turun Berat Badan? Ingin mendapatkan ideal Breakfast?
Hubungi Lisa 0193749822