Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts
21:47

AkU mUsAFiR iLMu

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak jengah kat blog nih...sangat2 rindu untuk menulis. Dulu kalau jari ni tak taip seminggu, dah start rasa resah dan gelisah tapi sekarang ni disebabkan kengkangan masa terpaksa 2 hingga 3 bulan baru dapat sentuh keyboard ni.

Eh, kenapa tajuk kali ni macam ala2 penulis Hilal Asyraf je touching sikit. Eheheh, whatever lah asalkan aku seronok nak story morie kat blog nih... Kira kome2 layan je lah ye..

Bila korang masuk dalam dunia Herbalife, perkataan HOM,STS,ZERO TO HERO,SPECTACULAR, EXTRVAGANZA sangat2 familiar. Tapi ak bukan story pasal tu, tapi nak jadi pencerita tentang penglaman hidup yg ak boleh brkongsi dengan semua.

2 Bulan lepas, ak pergi ke Zero To Hero Padang, Indonesia semata-mata nak belajar dari orang yg hebat bernama Arcelona dan Ibu Whidi. Arcelona menjadi seorang president team pada usia muda 26 tahun dan ibu whidi jadi president team pada usia lebih 40-an. Banyak ilmu yg ak perolehi dari mereka berdua. Susah senang dalam bisnes ni, diceritakan. tidak dapat dibayangkan kesukaran semasa bisnes mereka merudum, tipulah kalau kata buat bisnes Herbalife sentiasa musim bunga sahaja pasti ada juga musim luruh,panas dan sejuknya. Perniagaan lain pun sama cuma bezanya, herbalife ada sistem di mana kita dikelilingi dengan orang2 yg positif.

Pulang je dari Indonesia bermula lah, dugaan demi dugaan datang kat ak. Tak sempat ak nak upload gambar2 semasa ak berada di Padang, habis kamera, mp3, charger, scanner/penimbang, semua data customer hilang dicuri orang. Subhanallah!!!

Ada suara-suara yang kata 'tu petunjuk dari ALLAH la tu, supaya kamu tak perlu buat Herbalife lagi'.....wah gitu kan!!!!

INGAT ALLAH bersabda "aku adalah sangkaan hambaKu"

Alhamdulillah, ak tak terjebak langsung dlm perkataan mereka, tapi apa timbul dalam hati ak waktu tu.... 'ALLAH mungkin nak uji ak, sebab Dia nak bagi hadiah yg lebih baik dan cantik'

Alhamdulillah, 3 hari kemudian ak dapat retail shake dan tea sehinggga ak dapat balik beli timbang yg lebih cantik dan bagus. Dan yang best partnye, sponsor ak menghadiahkan sesuatu yg ak memamng nak sejak 6 bulan yg lalu. Subhanallah, bestkan.


Maaf la ye gambar2 yg ada di indonesia semuanya tak dapat di upload... But no problem....mungkin ALLAH suruh ak datang lagi ke bumi Indonesia untuk melihat lebih lagi ciptaanNya.

Dan baru-baru ni, ak baru je balik dari Bangkok. Wah!!!Best kan berjalan je kerjanya....I loike...Ini lah lifestyle yang ak suka. Bukan lifestyle ak 8 bulan yg lalu, di mana pagi2 dah menghadap jammed, pastu menghadap komputer 8 jam, lepas tu balik rumah dan seterusnya tidur. Tapi apa yang ak dapat dalam Herbalife, subhanallah....setiap kali bangun mesti rasa nak brsyukur sebab kehidupan luar biasa ni.

Setiap hari ak menghadap ciptaan ALLAH yang sangat amazing.

Semasa ak pergi ke Bangkok, ak pergi seorang diri je sebab kawan2 yang lain dah pergi waktu hari Rabu dan ak pula hari jumaat. Memang tabrak habis. macam tajuk buku penulis Pahrol ke Hilal asyraf tah tak ingat iaitu 'Aku seorang pengembara'...huhuhuh....

So ak dengan tabraknya, naik flight sorang2 lepas tu naik keretapi pun sorang2, sesat pun sorang2 dan yang bestnya, bila nak beli tiket balik ke Malaysia guna train, dah habis tiket...Panic kejap.. Time tu rasa nak nangis tapi, bila fikir balik tak guna pun nangis. Ak pun terus ke Impact Areana tempat kami training,kat sana apa lagi minta tolong dari side line yg baik hati.

Betul lah cakap orang, bila kita dah decide mesti ALLAH tolong dengan bagi pelbagai cara pertolongan. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan jalan ak. Mendapat sideline yg baik, hotel yg bagus, teman susah senang bersama dan pokok pangkalnya semuanya baik2 belaka.

Terima kasih sangat2 pada ica,ika,team kak del n abg mie, team abg nasir coz banyak membantu.

Semoga ALLAH permudahkan jalan mereka untuk ke next level.

Ak cerita semua ni, bukan nk kata ak bagus ke apa tapi ak nak kata decision come first, HOW will come later. Kalau takut nak buat keputusan, kita tak akan ke mana-mana. Walau pun, ak belum masih President Team tapi insyaALLAH ak sedang mengejar.

tHiS Is MY jOUrney